Pages

Wednesday, November 30, 2011

Mencari Jati Diri Bangsa Melayu !



Kehidupan kita hari ini sering di momokkan dengan perkara-perkara palsu yg terbentang di depan mata walaupun kebanyakkan kita sudah terang-terangan memahami akan kepalsuannya.Kita juga di momokkan dengan politik yg menghancurkan tetapi hanya itulah saja medan bagi kita utk menegakkan yg benar. Sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw bahawa "Islam itu pada mulanya asing dan akan kembali terasing", jadi bagi kita yg selalu mengasingkan diri pada hari ini akan di buru dan dilemparkan dengan berbagai fitnah tetapi beruntunglah bagi mereka yg terasing. Mudah-mudah Allah swt memberi rahmat dan kurnianya kepada mereka. InsyaAllah!

Jadi janganlah kita terlalu taksub di medan politik hari ini sehinggakan membawa kepada permusuhan sesama kita, ambillah yg benar dan kita tolaklah yg tidak baik yg penting kita sama-sama dapat menyebarkan maklumat yg berguna demi pewaris yg bakal memimpin suatu masa nanti.




Bangsa Melayu

Sebagaimana yg telah kita kerap kali baca di dalam banyak blog-blog ilmiah masa kini yg masih berusaha utk membongkarkan kebenaran yg telah dipesongkan, kita akan dapati bagaimana mulanya Baginda bersabda seperti di dalam Kitab 'Sulalatus Salatin' :

Sebermula maka tersebutlah pada zaman Rasulullah SAW, baginda bersabda pada segala sahabat :
“Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Maka apabila kamu mendengar khabarnya isi Samudera itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pula seorang faqir di negeri Mu’tabari namanya, ialah kamu bawa beserta kamu”

Tidak dapat dibayangkan bagaimana fikir Rasulullah saw ttg sesuatu perkara yg berlaku jauh ke depan dan ianya tidak mustahil seandainya ada dari kalangan para sahabat telah pun sampai ke tanah semenanjung ini dan ada juga di antara sahabat yg telah wafat di 'Tanah Emas' ini dan di makamkan pula di sini.

Justeru itu berbalik kita kepada apa yg telah Baginda Rasulullah saw telah pesankan melalui sabda Baginda bahawa akan lahir ramai para wali Allah dari negeri ini. Jadi tidak hairanlah pada kita yg mahu ambil fikir dan memelihara warisan peninggalan datuk nenek moyang kita dahulu dan pasti akan menemui harta yg tak ternilai ini yakni 'khazanah ilmu' dalam melalui perjalanan IMAN.

Setelah tahun demi tahun berlalu sehinggalah sampai kepada Khalifah Umar Ibnu Abdel Aziz, maka belayarlah satu rombongan,

Setelah berapa lamanya, kemudian daripada sabda Nabi SAW, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Samudera itu. Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu’tabari, adapun nama nakhoda kapal itu Syeikh Ismail.

 Siapakah Syarif dan Fakir yg dimaksudkan ini?

Di dalam hal ini kembali kita melihat pada tulisan batu bersurat. Siapakah gerangannya yg menulis batu bersurat ini. Jadi ini fakta yg agak sukar utk diketengahkan. Meskipun begitu kita maseh lagi boleh mengkaji dari segi kedatangan ISlam di Tanah Melayu. Apakah kita maseh mengambil bulat-bulat bahawa Islam mula sampai ke Tanah Melayu di zaman Parameswara? Apakah punyai masa bagi mereka yg berdagang utk menyebarkan Agama Tuhan? 

Ya! Mungkin ada sedikit kebenarannya seandainya kita menyedari bagaimana dikatakan para pedagang menyebarkan agama tetapi itu semuanya sebagai sampingan kepada tujuan asalnya. Begitu juga para musuh-musuh Islam mengambil kesempatan utk merntuhkan agama Tuhan yg Maha Suci. Alasannya berdagang tetapi mencari sesuatu bagi meruntuhkan budaya Melayu yg berkonsepkan keTuhanan.

Tatkala Syeikh Nakhoda Ismail datang membawa rombongan tersebut ianya disertai oleh Seorang Fakir yakni Syarif Muhammad Al-Baghdadi di mana ianya juga di panggil sebagai Fakir Muhammad atau 'Tok Ayah' di mana makamnya kini ada di daerah Hulu Trengganu. Beliaulah satu-satunya Hamba Allah yg mula membentuk perkahwinan campur yg kini lahirlah kita hari ini yang mengaku sebagai seorang Islam. 

Cuba kita bayangkan pula, bagaimana kita hendak memasuki sesuat negeri yg punyai penganut agama yg berbeda dengan kita tetapi kita mahu menyampaikan amanat agama Tuhan yg sebenarnya. Apa kekuatan yg kita ada utk kita pengaruhi penganut agama tersebut tanpa ada pertumpahan darah? Sudah pastilah kita akan menyakinkan Tuhan kita dengan tuhan mereka. Satu-satunya cara adalah melalui pengamalan kerohanian melalui rasa dan penghayatan.

Jadi inilah kekuatan bangsa Melayu, dapat menumpaskan lawan tanpa ada pertumpahan darah.

Bangsa Melayu adalah bangsa bongsu, bangsa Agama, bahasanya bahasa Agama, tulisannya adalah tulisan Agama, budayanya adalah Budaya Agama dan cara hidupnya adalah cara hidup Agama yg berTuhankan Allah swt.

Bangsa adalah ciptaan Tuhan dan para wali Allah berperanan dalam menentukan atas apa yg Allah swt kehendaki. Bangsa Melayu merupakan ulamak di akhir zaman selain Bangsa Arab yg merupakan pemimpin, Bangsa Afrikanya sebagai makmum dan Bangsa Khorasan adalah pendekarnya.

Sebagaimana yg telah kita ketahui bahawa Rasulullah saw seorang yg tidak tahu membaca tetapi bagaimana apabila ada sahabat yg bertanyakan kepada Rasulullah saw tentang huruf jawi dan baginda dapat menjawabnya dengan betul.

Jadi, huruf jawi bukanlah huruf yg diciptakan manusia melainkan ianya adalah abjad-abjad yg terdapat pada langit dan ianya mempunyai maksud yg tersendiri pada huruf-huruf jawi. Tulisan orang melayu adalah tulisan jawi tetapi kini sudah perlahan-lahan di mansuhkan kegunaannya. Kelak akan lahirlah bangsa melayu yg pada zahirnya mengaku Islam tetapi hakikatnya jahil tentang perjalanan utk mengenal 'Pencipta'nya.

Mengapa hari ini apabila kita bercakap tentang agama Islam ramai yg mengenepikan 'Melayu'. Apakah itu Islam? Islam tidak lain adalah susunan cara hidup bertuhankan Allah swt. Seandainya kita tidak melalui perjalanan mereka yg terdahulu yakni Tokki-tokki kita dahulu adalah amat sukar utk kita kembali kepada jalan sebenar. Sebagaimana pepatah orang kita dahulu 'sesat di hujung jalan maka kembalilah kamu ke pangkal jalan'. Di manakan pangkal jalan yg mereka maksudkan? Itulah jalan mereka yg terdahulu, jadi susulilah mereka....



Di dalam hadis Qudsi Baginda bersabda:
"Barangsiapa yg kenal akan dirinya, maka kenallah ia akan Tuhannya"
Jadi perlulah kita  dalam usaha utk mengenali asal-usul Bangsa agar ianya memudahkan perjalanan kita dalam mengenal Tuhan yg Maha Mencipta.

 Itulah Bangsa Melayu ini dikaitkan dengan budaya, ianya bukanlah bermaksud budaya melayu ini melalaikan tetapi ianya melambangkan hidup berTuhankan Allah swt.

Pada hari ini jikalau kita lihat berapa banyak Bangsa Asing masuk Islam tetapi tidak berusaha dalam mengenal Tuhan? Sedangkan Rasulullah saw bersabda di dalam hadis Qudsi yg bermaksud: 'Bermulanya agama dengan mengenal Allah'. Apakah kita sudah mengenal Allah?

Dan tidaklah mustahil seandainya hari ini kita boleh cakap setiap hari ada saja bangsa melayu yg masuk agama lain. Apa tidaknya, mengaku Islam tetapi mengabaikan Perintah dan larangan Tuhan sebaliknya mengambil cara hidup bebas mengikut hawa nafsu.

Cara hidup orang Melayu adalah cara hidup yg berTuhankan Allah swt. Memang benar seandainya pada waktu dahulu orang putih berkata orang melayu itu pemalas. Betul ke tuan? Memang betul ler, sebab orang melayu kita bukan tujuan hidupnya mengejar dunia jadi mereka buat apa nak bersungguh-sungguh mengejar dunia tetapi mereka rajin dalam usaha nak mengenal Tuhan yg sebenarnya. Sepertimana sabda Baginda Rasulullah saw yg bermaksud:

“beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi”.

 Rasulullah berpesan agar kita sentiasa fikirkan bahawa mati akan datang tak kira masa jadi bersedialah dengan bekalan kamu dan ingatlah, bahawa kerja dunia anggaplah seolah-olah kamu akan hidup lama supaya kamu dapat tangguhkan kerja dunia kamu. Jadi pentingkanlah hari kemudian kamu.

  Rahmat bertukar bala.

 Dalam keadaan suasana hujan yg melanda negara kita hari ini, sepatutnya kita berbangga dek kerana setitik air hujan yg turun di bawa oleh satu malaikat dan sepatutnya ianya membawa rahmat kepada seluruh alam. Sebagaimana di waktu dahulu kala, Allah swt mendatangkan hujan di antaranya sebagai rahmat bagi menyucikan tempat yg kotor maka di bersihkan dengan turunnya hujan. Tetapi pada hari ini kita dapat lihat sendiri bagaimana hujan telah membawa bencana di mana berlakunya keadaan tanah runtuh, banjir sehingga melumpuhkan pergerakan kita.

Dalam masa yg sama pada ketika ini, manusia sudah berani menentang hukum Allah dengan terang-terangan dengan membela cara hidup Kaum Nabi Lut. Apakah ini negara Islam yg dikatakan telah maju? Keruntuhan akhlak sangat-sangat serius. Padahal banyak Alim Ulamak yg lahir setiap tahun tak kurang juga Uni Islam jadi apakah peranan mereka dari lepasan Uni Islam ini?

Agama semakin jauh dari hati sanubari manusia dan yg lebih takut lagi agama hanya menjadi kepentingan diri, Ilmu-ilmu agama yg sepatutnya di amalkan tetapi kini menjadi dongengan malah menjadi kesalahan pula seandainya dibicarakan.

Maksiat semakin menjadi bebas dilakukan di merata-rata sehinggakan orang ramai menjadi takut utk menegur dalam membendung gejala maksiat ini. Para alim ulamak sekadar memberi ceramah dan mahukan pulangan kepentingan dunia sehinggakan hilang keikhlasan dalam ketaqwaan terhadap Allah swt.

Rezeki di cari sampai sudah hilang pertimbangan halal dan haram. Ingatlah mcmana yg dikatakan rezeki? Rezeki seseorang apabila ianya benar-benar telah masuk ke dalam perut kita, tu lah yg dikatakan rezeki. Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”
Kebanyakkan penyakit hari ini adalah di sebabkan oleh pemakanan dan apabila ianya di timpa penyakit maka menjadi susahlah utk kita menunaikan apa yg diperintahkan Allah swt. 

Kesibukan mengejar kesenangan dunia sehinggakan terpaksa menerima rezeki walaupun ianya terang-terangan di larang oleh Allah swt.

Dalam keadaan ini kita masih mengharapkan rahmat dari Allah swt tetapi apa yg kita harapkan mendatangkan sebaliknya. Allah beri peringatan tetapi menusia hari ini selalu mengabaikannya.

Masjid-masjid dibina di merata-rata, laungan azan bergema di setiap pelusuk daerah dan kampung-kampung dan juga taman-taman tetapi ianya ibarat melaung pada yg tak sudi.

Dan akhir sekali bersedialah menanti Ular yg sentiasa membuka mulutnya memasang jerat agar mangsa datang menyerah diri..... Itulah Iblis laknatullah!

                                       

Bangau Oh Bangau
Kenapa engkau kurus,
macamana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.

Ikan Oh Ikan,
kenapa kau tak mahu timbul,
macamana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.

Rumput Oh Rumput,
kenapa kau panjang sangat,
macamana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.

Kerbau Oh Kerbau,
kenapa tak makan rumput,
macamana aku nak makan,
perut aku sakit.

Perut Oh Perut,
kenapa engkau sakit,
macamana aku tak sakit,
makan nasi mentah.

Nasi Oh Nasi,
kenapa engkau mentah,
macamana aku tak mentah,
kayu api basah.

Kayu Oh Kayu,
kenapa engkau basah,
macamana aku tak basah,
hujan timpa aku.

HUjan Oh Hujan,
kenapa kau timpa kayu,
macamana aku tak timpa,
katak pangil aku.

Katak Oh Katak,
kenapa kau pangil hujan,
macamana aku tak pangil,
ULAR nak makan aku.

Simbolik dari lagu ini 

Bangau = Agama
Ikan = Ilmu agama yakni Ilmu Allah
Rumput = Maksiat berleluasa
Kerbau = Ulamak Dunia
Perut = Sumber kepada penyakit
Nasi Mentah = Rezeki dari apa sahaja walaupun sumbernya haram.
Kayu Api Basah = kemudahan yg ada tetapi tidak membawa faedah
Hujan = Rahmat yg di sangka tetapi bala yg diterima
Katak = seolah-olah melaungkan pada yg tidak sudi
Ular = Kisah Ular yg menolong Iblis memasuki syurga.

Jadi marilah sama-sama kita menghayati lirik lagu ini yg telah di wariskan kepada kita yg di akhir zaman ini agar kita berfikir.




Salam Perjuangan !

Pendidikan - Ulama mesti beri jalan keluar !


Pendidikan - Ulama mesti beri jalan keluar !


Sekarang ini isu pendidikan negara diperkatakan semula oleh semua,namun sistem pendidikan manakah yang paling tepat dan bagaimana pula ingin menegakkannya.Persoalan ini telah menjerumuskan manusia moden kedalam jurang kekeliruan yang sangat dalam.Isu pendidikan terus hangat walaupun berbagai bagai dasar dan akta pendidikan telah dicipta dan dilaksanakan.

Apa yang pasti,manusia mesti kembali kepada sistem pendidikan Rasulullah kerana ia telah terbukti berjaya membawa keamanan dan kebahagiaan sejagat 1400 tahun yang lampau.Tugas ini sudah menjadi keperluan yang sangat mendesak justeru persoalan pendidikan ini muncul sebagai masalah paling kronik pada abad ke 20 dan ke-21 ini.

Rasulullah SAW dididik oleh Allah,dan kemudiannya baginda mendidik manusia dengan sebaik baik didikan.Hanya bagindalah pemimpin yang berjaya mendidik manusia untuk memikul dua tugas secara serentak iaitu sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah.Para sahabat yang dididik oleh baginda mempunyai hati yang akrab dengan Allah sebagai hamba,manakala sebagai khalifah,fikiran dan tenaga lahir mereka mengatur kehidupan manusia.Mereka dipuji oleh Allah dan disanjung baktinya oleh manusia.Sejarah hidup mereka terus menjadi sebutan,cita cita dan tauladan manusia sepanjang zaman.

Arus kebangkitan islam yang semakin hebat ini telah menimbulkan hasrat yang kuat dikalangan pejuang-pejuangnya untuk mencungkil kembali khazanah peninggalan Rasulullah SAW yang mulia itu.Malangnya ramai pejuang hanya berjaya mencungkil 'jasad lahir' saja daripada pendidikan Rasullah tetapi gagal menggali roh pendidikan islam itu.Akibatnya,lahirlah generasi yang lemah,beku dan menyerah kalah kepada keadaan ataupun golongan yang terlalu agresif,ekstrim,emosional dan kasar dalam perjuangan.

Ada pula yang terjebak dengan perangkap musuh dengan mencampur adukkan sistem pendidikan islam dengan sistem pendidikan sekular kerana mereka percaya cara itu lebih praktikal dan lebih toleran.Malah,ada diantara mereka yang berjuang untuk mmenyamaratakan segalanya atas alasan liberal atau pluralisme.Tetapi sedarlah kita bahawa Allah menolak formula itu melalui firmannya dalam surah Al-baqarah:42..."Dan janganlah kamu campur-adukkan antara yang hak dan yang bathil,dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu sedangkan kamu mengetahuinya..."

Selagi pendidikan Rasulullah SAW tidak dapat ditegakkan,selagi itulah islam tidak akan dapat didaulatkan kembali.Sesungguhnya islam dibangunkan dengan kekuatan Taqwa iaitu kekuatan yang lebih utama daripada kekuatan fizikal,ekonomi,ketenteraan dan lain lain kekuatan lahiriah.Tanpa Taqwa,pejuang islam akan gagal walau setepat atau sebijak manapun mereka mengaturkan perjuangan.

Taqwa hanya dapat dihasilkan oleh sistem pendidikan yang tepat.Sebab itulah...kembali kepada pendidikan Rasulullah adalah perkara utama yang perlu dibuat oleh kita semua.

Oleh itu,siapakah lagi orang selain pakar akademik yang akan menggerakkan usaha ini kalau bukan para ulama???Mereka mesti tampil untuk menjelaskan dasar,matlamat dan kaedah pendidikan Rasulullah.Ayuh para ulama dan ilmuan agama terbilang...marilah bersatu berjuang untuk anak bangsa dan ummat islam dengan bantuan dari segi ilmu dijalan Allah!!!Usahlah kalian menyibukkan diri dan melekakan diri dengan bermain politik murahan yang hanya sekadar untuk memenuhi keperluan perut kalian saja.Usahlah menjual agama ini demi sedikit habuan dunia yang sementara dan tidak kekal ini.

Masa terlalu suntuk untuk kita terus dibuai oleh teori dan falsafah yang berlarut larutan...Apa yang penting sekarang ialah tindakan!!!

Firman Allah..."Berbuatlah,nanti Allah,Rasul dan orang mukmin akan menilai"...- At-Taubah:135.

Tuesday, November 29, 2011

Sedarlah Bangsaku Siapa Pembela Melayu !




Bela Melayu asas kekuatan UMNO

UMNO tidak pernah melupakan agenda pembelaan kaum Melayu kerana ia merupakan asas kepada kekuatan kuasa sedia ada sebagai parti pemerintah negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dalam konteks itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengutamakan kepentingan mereka supaya kaum majoriti itu tidak lagi beretorik seperti anjing menyalak bukit dalam menagih hak mereka.

Buktinya, beliau berkata, Perdana Menteri semalam mengumumkan sebanyak 30 syarikat bumiputera dipilih sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) iaitu sebagai kumpulan pertama yang bakal mendapat akses kepada peluang perniagaan baru, pembiayaan, guna tenaga berbakat dan perkhidmatan nasihat perniagaan.

‘‘Perdana Menteri telah mengotakan janjinya bahawa beliau tidak pernah mengenepikan soal agenda Melayu dalam perjuangannya. Selama ini agenda Melayu seperti tidak berstamina selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat,” katanya.

Dalam wawancara khas Bernama bersama Perdana Menteri menjelang Perhimpunan Agung UMNO Selasa ini, Najib menegaskan, agenda membela Melayu tidak pernah ditiadakan malah menjadi agenda utama biarpun dengan slogan 1Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, peringatan Perdana Menteri mengenai ahli UMNO perlu mengutamakan parti melebihi kepentingan peribadi dan mereka tidak lalai dengan tanggapan bahawa UMNO adalah parti terbesar di negara ini.-utusan online

"Keris" sahabatku terserempak dengan seorang wakil bahagian daripada Putrajaya ada memberi komen, " Melayu itu Islam, kita tidak boleh pertikaikan lagi dan dengan asas perjuangan lama hingga kini, UMNO tetap membela Melayu sekaligus memberi kekuatan kepada Melayu".

Maka perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan negara tetap menjadi asas UMNO!



Kredit pada sahabatku : Keris7lok

Bahaya Fitnah Dajjal !




Dalam Majalah Al-Manar halaman 155, disebutkan program Yahudi mengenai Palestina. Syaikh Rasyid Ridha berkata, “ bagi kami bahwa kaum Yahudi dan bangsa Inggeris, masing-masing saling berkomplot untuk mencapai tujuannya dan berusaha menggagalkan tujuan golongan lain. Demikian pula, tak ayal lagi bagi kami, bahwa fitnah yang ditunggu-tunggu adalah fitnah terbesar di muka bumi, atau fitnah terbesar secara umum, yaitu upaya mengembalikan kekuasaan kaum Yahudi, yang dalam hadits-hadits diistilahkan dengan fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.”
Rasulullah saw bersabda :
“Kalian akan memerangi Jazirah Arab, Allah pun memenangkan kalian. Kemudian Persia, Allah pun memenangkan kalian. Selanjutnya, kalian akan memerangi Romawi, Allah pun memenangkan kalian. Kemudian memerangi Dajjal, Allah pun memenangkan kalian.
Hadits ini, berikut urutan penaklukan-penaklukan yang disebutkan di dalamnya menunjukkan betapa dekatnya Dajjal dan kroni-kroninya dengan kaum muslimin. Padahal usaha me­merangi Persia dan Romawi, kaum muslimin akan memerangi Dajjal, Allah pun memberi kemenangan kepada mereka. Dajjal dan kroni-kroninya adalah komuniti yang akan muncul setelah Persia dan Romawi, yaitu berasal dari bangsa Eropah.
Siapa saja yang mengetahui bagaimana   kaum Yahudi bersama Inggeris, dan semakin eratnya hubungan di antara mereka dengan Perjanjian Balfour, demikian pula bagaimana mereka selalu berupaya dengan semaksima mungkin dan mengendalikan negara-negara superpower guna memperlancar tercapainya kepentingan-kepentingan mereka, maka tidak berlebihan jika dikatakan bahwa inilah fitnah Dajjal yang , yaitu fitnah terbesar di muka bumi, sebagaimana telah disebutkan dalam hadits shahih sebelumnya berikut ini :
“Selama antara penciptaan Adam dan terjadinya kiamat tak ada satu makhluk pun yang lebih besar daripada Dajjal.”
Adakah fitnah yang lebih besar daripada fitnah yang mengikis  jati diri  generasi muda (muslim) melalui fahaman atheis, dan memesong orang-orang yang  diharapkan mampu menjayakan Islam melalui ucapan dan aktivitinya lantas  menjadi pendukung-pendukung setia untuk menghancurkan dan memusnahkan Islam? 
pejuangmelaka-Harapanku agar bangsaku berfikir sejenak kenapa wujudnya tangan-tangan ghaib yang ingin menjatuhkan Malaysia berpaksikan Bendera Mata SATU dan bertuhankan Yahudi ! Lantas wujudnya fitnah yang akhirnya memakan diri pengadu domba tersebut.


Salam Perjuangan !

Monday, November 28, 2011

Bangkitlah Melayu Di Maal Hijrah !










Tahun Baru Islam silih berganti. Tema demi tema dipilih untuk menyedarkan umat Islam supaya menjadi lebih baik. Namun, realiti berlaku disebaliknya. Keadaan umat Islam masih sama, malah semakin membimbangkan. Apa yang jelas ultra kiasu semakin kuat dan semakin hari semakin berani. Mereka mempertikaikan kedudukan Melayu dan Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan tanpa rasa segan silu. Selain daripada agama Islam, isu-isu berkaitan Melayu Islam turut dicabar hebat. Kewujudkan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Maktab Sains MARA, Matrikulasi dan sebagainya dijadikan bahan untuk memburukkan Islam dan mempropagandakan ketidakadilan. Sila baca artikel terbaharu ultra kiasu yang mendakwa dirinya seorang profesor. Pelbagai tuduhan dilemparkan kerajaan dan orang Melayu Islam. Termasuklah sistem pendidikan yang kendalikan. 

Dakwanya, pelajar bukan Melayu disusahkan dengan peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), manakala pelajar Melayu disenangkan melalui peperiksaan di institusi MARA dan Matrikulasi kerana soalan dibuat sendiri oleh guru atau pensyarah di institusi berkenaan. Maka tidak hairanlah katanya, ramai pelajar Melayu mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun kerana soalan telah dibocorkan. Tuduhan ini amat melampau, biadab dan kurang ajar. Beliau tidak sedar berapa ramai pelajar-pelajar Melayu yang turut mengambil STPM? Kenapa beliau hanya merujuk kepada pelajar bukan Melayu sahaja yang mengambil STPM? Inilah agenda yang amat licik dan desperado. 

Jika begitulah keadaannya, bermakna, pelajar-pelajar universitipun turut terlibat sama kerana majoriti pensyarah dan pelajarnya adalah orang Melayu (Islam) dan bumiputera. Persoalannya, siapakah yang paling ramai mendapat kelas pertama dan kedua atas setiap kali konvokesyen di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)? Adakah dengan adanya ramainya pensyarah Islam di IPTA, maka soalan-soalan dibocorkan kepada pelajar-pelajar Melayu. Bagaimana pula dengan pensyarah bukan Melayu, adalah soalan tersebut tidak dibocorkan pelajar bukan Melayu? 

Kenapa ultra kiasu ini tidak menyebut langsung kewujudan Sekolah Persendirian Cina, Kolej Tunku Abdul Rahman, universiti merdeka seperti Universiti Tun Abdul Razak (UTAR), Universiti Terbuka Wawasan, Universitui AIMST dan ratusan IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu dan ultra kiasu? Tidak cukupkah universiti tersebut untuk menampung bukan Islam yang kurang daripada 40 peratus? Kajilah juga berapa ramai pelajar yang dihantar ke universiti Taiwan dan China? Lihatlah saban tahun bagaimana mereka mendesak kerajaan memberikan biasiswa, penempatan di universiti dalam dan luar negeri untuk subjek-subjek kritikal (perubatan) dan sebagainya. Apakah kemasukan mereka ke IPTA dan IPTS tidak menunjukkan lambakan bukan Melayu berada di menara gading? Kenapa dan mengapa umat Islam sering dijadikan mangsa dan dikatakan rasis, tetapi tidak mereka? Mungkin ada yang mendakwa bukan Melayu menggunakan wang sendiri berbanding Melayu Islam. Apakah benar? Kajilah juga bantuan kerajaan. Ribuan hektar tanah telah dikorbankan untuk pembangunan universiti perkauman seperti UTAR, AIMST dan IPTS yang lain? Apakah bukan Melayu yang kaya raya hari ini semata-mata hasil usaha sendiri tanpa melihat bagaimana sistem yang sedia ada menjadi mereka kaya raya? 

Pernahkah orang Islam menuduhkan guru atau pensyarah IPTS memberikan soalan bocor kepada pelajar-pelajarnya? Penulis artikel yang mendakwa dirinya profesor ini sepatutnya membuat penyelidikan yang terperinci. Bila kena pada Melayu Islam dikatakan rasis. Bila kena pada mereka, itu adalah keadilan. 

Berapa ramai pelajar Melayu yang gagal di IPTA berbanding pelajar bukan Melayu setiap tahun? Jika tenaga pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan sudah tentu pelajar-pelajar Melayu sahaja yang akan mendapat markah terbaik. Tetapi hakikat sebenarnya bagaimana? Tuduhan liar, tidak berasas dan amat tidak bertanggungjawab? Adakah semua kemudahan ini dapat dikecapi oleh umat Islam yang menjadi minoriti di China dan India? Adakah umat Islam di sana dibenarkan berkata ini adalah rasis? 

Persoalan Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perjawatan di sektor awam dan agihan saham amanah juga dibangkitkan. Buatlah kajian berapa ramai bukan Melayu yang telah dilantik memegang dalam tinggi dan pembuatan dasar. Lihatlah juga apa yang telah berlaku kepada Petronas. Siapakah yang lebih berkuasa, Melayu atau ultra kiasu? Berapa ramai bukan Melayu yang telah dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah Petronas, Maybank, CIMB Bank, Ambank dan lain-lain syarikat kepunyaan Melayu? Berbanding dengan bank-bank dan syarikat bukan Melayu. Berapa ramai orang Melayu dilantik sebagai ‘pak pacak’ (pengerusi/pengarah) untuk mendapat tender dan kontrak kerajaan? Sedangkan Melayu tersebut langsung tidak diberikan peranan? Hanya mendapat gaji dan elaun buta. Saya teramat sedih melihat ‘orang-orang besar dan berpengaruh serta bergelar’ ini diperalatkan. Agenda Melayu dan Islam endah ke mana. Mereka leka dengan wang ringgit yang diumpankan.

Ayuh wahai umatku! Sedarlah, bahawa kita sudah diperalatkan sekian lama. Di luar masih ramai yang merintih kerana merempat di bumi sendiri. Tanyalah orang Melayu yang berada di Petronas betapa sakitnya hati mereka melihat keadaan ini bila mana pekerja Melayu mula dipinggirkan, termasuk pemberian kontrak. Justeru, saya mohon dan merayu kepada Melayu Islam yang memegang jawatan tinggi di Petronas dapat memantau perkara ini. Jangan hanya seronok dan khayal dengan jawatan tinggi yang diberikan. Jawatan itu amanah, laksanakan dengan baik-baiknya. Fikirkanlah sama baik buruknya kepada masa depan agama dan bangsa dalam membuat sebarang keputusan. 

Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam? Usahlah ditanya kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu di sana. Langsung tidak dipraktikkan atau didaulatkan. Jika adapun pekerja Islam dan bahasa Melayu digunakan, ia hanya untuk melariskan jualan. Lihatlah bagaimana orang Melayu (termasuk pekerja Indonesia) diperalatkan untuk kepentingan perniagaan mereka. 

Berapa ramai pekerja-pekerja Melayu yang diperalatkan tidak dibenarkan solat ketika waktu kerja dan juga solat jumaat. Saya amat hairan kenapa parti-parti politik seperti UMNO, PAS dan PKR tidak sensitif dengan perkara ini. Adakah wajar kita menuduh semua ini salah UMNO, seolah-olah kita tidak bersalah. Pernahkah kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang mengambil berat perkara ini? Adakah syarikat bukan Melayu diberikan surat peringatan oleh kerajaan negeri supaya menghormati pekerja-pekerja Islam untuk menunaikan tanggungjawabnya? 

Saya menyeru kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan perancangan ultra kiasu yang jelas-jelas bersekongkol dengan musuh Islam untuk memusnahkan Melayu dan Islam. Saya perlu bangkit mempertahankannya, kerana jika lenyap Islam, maka lenyaplah penganut agamanya, tidak kira sama ada yang lahir Islam atau yang baru memeluk Islam. 

Bersempena sambutan Tahun Baharu Islam 1433, bertemakan “persefahaman asas perpaduan ummah”, marilah kita bersefahaman dan bersatu atas nama Islam, menghadapi semua angkara durjana perancangan ultra kiasu bertujuan menghancurkan Islam ini.


pejuangmelaka- Berhijrahlah sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur. Menangis air mata darah sekalipun tidak akan berjaya mengembalikan nasi setelah menjadi bubur nanti. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433.

Mencari Ikhlas Dalam Perjuangan !






Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.
Latar Belakang hadis:
Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.
Hadis ini adalah antara hadis yang terpenting dalam Islam.
Imam Syafi’e berkata bahawa hadis ini adalah satu pertiga dari pengetahuan ilmu Islam serta berkait rapat dengan 70 tajuk cabang ilmu Fiqh.Imam Ahmad pula berkata Islam itu ada 3 asas (yang kesemuanya terdiri daripada 40 hadis):
  1. Hadis 1: telah dinyatakan di atas.
  2. Hadis 5: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang tidak ada dalam urusan kita (Islam) maka dia tertolak”
  3. Hadis 6: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Antara keduanya pula, terdapat perkara-perkara yang diragui dan tidak diketahui oleh ramai manusia…”
Ketiga-tiga hadis ini telah diperakui oleh Bukhari dan Muslim. Kesemuanya menggariskan 3 ciri kriteria bagi membantu Muslim menilai dan menyemak apa yang telah mereka lakukan dan apa yang mereka katakan sebagai ibadah dalam kehidupan seharian:
  1. Hadith 1 – untuk menilai dan meneliti tindakan dalaman diri (iaitu tindakan hati).
  2. Hadith 5 – untuk menilai dan meneliti tindakan luaran diri (actions of the limbs).
  3. Hadith 6 – untuk menilai dan meneliti tindakan berurusan atau muamalat diri ketika berinteraksi dengan khalayak.
Niat (gerak hati ataupun lintasan dalam hati) mempunyai 2 maksud:
  1. Gerak hati sebelum melakukan sesuatu ibadah (contohnya solat).
  2. Keinginan.
Maksud kedua (2.) daripada niat inilah ynag ingin disampaikan melalui hadis ini.
———————————-
Pengajaran Hadis
Nabi Muhammad Rasul Utusan Allah telah memberi isyarat dengan mementingkan hadis ini iaitu hadis yang berprinsip bahawa Kelakuan itu akan dinilai dengan niat atau gerak hatinya. Dan telah pun memberi bersama 3 contoh. Inilah metodologi yang digunakan Rasulullah. Contoh diberi untuk membantu memahami prinsip. Maka dengan itu, manusia lain boleh memahami dengan mudah dan senang pula mengamalkannya dalam apa jua keadaan.
Tiga contoh dalam hadis ini ditunjukkan yang mengandungi niat baik itu adalah berhijrah dan berubah semata-mata kerana Allah dan RasulNya beserta dua lagi contoh niat yang buruk iaitu berhijrah dan berubah hanya semata faedah dunia dan hanya kerana sebuah perkahwinan dan perempuan.

Hadis ini merujuk kepada ikhlas (keikhlasan – benar dan jujur semata kerana Allah sahaja, melakukan perbuatan sepenuhnya kerana Allah samada ada yang menyaksikan atau tidak melainkan yang bersaksi hanya Allah semata). Ikhlas adalah satu syarat sesuatu perkara baik itu diterima amalannya. Syarat yang lain yang mesti dituruti adalah tindakan atau perbuatan itu mesti menepati Syariah seperti yang diterangkan dalam hadis kelima.
Ini dapat dilihat dalam lafaz syahadah:
  • “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” itu adalah ikhlas – memastikan yang kita melakukan setiap perkara itu kerana Allah dan hanya kerana Allah.
  • “Aku bersaksi Muhammad itu Pesuruh Allah” – Sunnah Rasulullah itu adalah manifestasi daripada Quran – Rasul itu adalah contoh ikutan, qudwah atau model idola terbaik untuk diikuti. Berdasarkan Sunnah baginda dalam ibadah kita seharian, Akhlaq (etika), dan Muamalat (dealings) memastikan kita bertindak mengikut syariat.
Oleh itu, syahadah menunjukkan kita terdapat syarat dalam berbuat kebaikan atau melakukan tindakan: (a) ia mesti dilakukan semata kerana Allah sebab hanya Allah yang layak disembah dan dipuja, dan (b) tindakan itu mesti selaras dengan Syariah.

Bagi mencapai ikhlas, kita perlu terhindar dari syirik (iaitu sekutukan Allah dengan benda atau makhluk lain, yang akan menyebabkan kita tidak ikhlas). Al-Imam al-Harawi berkata punca tidak ikhlas (atau syirik) adalah pentingkan diri atau mengikut hawa nafsu. Untuk itu, bagi mencapai ikhlas tiada tindakan boleh dibuat atas kehendak sendiri.
Imam al-Harawi menyatakan terdapat 7 jenis self-desires:-
  1. Untuk memperlihatkan dirinya baik di hati orang lain.
  2. Untuk mencari puji-pujian dari orang lain.
  3. Untuk mengelak dari dihina orang lain.
  4. Untuk mendapat kemegahan daripada orang lain.
  5. Untuk cuba dapatkan duit dan harta dari orang lain.
  6. Untuk mencari kecintaan daripada orang lain.
  7. To seek the help of others for oneself

Cara-cara untuk mendapatkan ikhlas:
  • Lakukan perkara kebaikan – semakin banyak perkara baik yang kita lakukan, semakin dekat kita dengan Allah, juga semakin ikhlas kita nanti.
  • Sebelum melakukan sesuatu kebaikan atau sesuatu perkara, terlebih baik kita mendapatkan ilmu pengetahuan tentang apa yang akan kita lakukan – tindakan kita atau kebaikan seharusnya dipandu dan disandarkan kepada ilmu pengetahuan yang sahih, maka dengan dengan itu dapat kita sejajarkan dengan Syariah.
  • Jangan diberi tanggapan yang salah – bermakna tidak membuat orang lain percaya bahawa tindakan salah kita adalah sesuatu yang baik. Perkara yang baik tetap baik, perkara yang salah tetap salah perlu disampaikan sebenarnya.
  • Al-Imam Ahmad berkata: Sebelum kamu melakukan sesuatu, periksa niat (tujuan hati) – tanyakan diri kamu sebelum kamu melakukan aksi perbuatan kamu: “Adakah ini semata untuk Allah?”

Ibnu al-Qayyim berkata: Any action we do is subject to three defects:
  1. Sedar diperhatikan oleh orang lain apabila melakukan perbuatan baik.
  2. Mengharap balasan atau ganjaran daripada (benefit/reward) perbuatannya.
  3. Merasa cukup dan puas dengan kebaikan yang dilakukan.
Examples:
  • If we go to the masjid for the salah and we are early, arriving before the Imam and finding a place in the first saff, we should not be proud of ourselves and think of ourselves being better than others. We should praise Allah for enabling us to go to the masjid and for being able to perform the salah without any difficulties.
  • After every salah, we should tell ourselves that we could have performed it better and try to improve in our next salah.
Apa yang akan berlaku apabila kita menukar niat baik semasa melakukan sesuatu perbuatan baik kepada perbuatan yang lain? Ibn Rajab berkata menurut ulama jika niatnya yang di akhir pekerjaannya itu sama dengan niatnya pada permulaan pekerjaan, maka sebarang pertukaran semasa kerjanya, itu tiada masalah, inysaAllah. Namun, jika niat di akhir itu tidak sama dengan niatnya di awal tadi dan berbuat dengan niat selain kerana Allah, maka kita mestilah bertaubat.

Terdapat 4 perkara yang bercanggah dengan ikhlas:
  1. Ma’siat – terlibat dengan dosa – ini akan melemahkan ikhlas.
  2. Syirik – sekutukan Allah.
  3. Riya’ – melakukan ibadah dengan keinginan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
  4. Nifaq – hipokrit.
Kita mesti memastikan tujuan perbuatan kita tidak lari daripada ikhlas. Terdapat juga tindakan yang secara langsung dikira sebagai niat yang baik. Sebagai contoh, mempelajari ilmu Islam, menolong masyarakat, berdakwah ilallah, dan seumpamanya.

Beberapa hukum yang dapat dikeluarkan oleh ulama berkenaan hadis ini:
  • Apabila ada orang ‘bersumpah dengan nama Allah’ dengan mengatakan “Wallahi” dengan selalu, niat dan tujuan mereka itu sebenarnya bukanlah semata kerana Allah tetapi ia disebabkan oleh kebiasaannya yang selalu bersumpah dikhalayak. Itu sesuatu yang buruk. Begitupun, seorang Muslim itu seharusnya cuba meminimakan perlakuan itu.
  • Apabila seseorang diminta untuk bersumpah, apa yang direkodkan disisi Allah adalah niat sumpahannya itu.
  • There can be a combination of intentions between performing an ibadah and teaching others – we perform an ibadah sallallahu ‘alayhi wasallam, performed the Hajj, he did it for the sake of Allah as well as for teaching the Sahabah (his companions, may Allah be pleased with them all).
  • A man may go through the process of divorcing his wife, verbally or in court, but it is his intention which counts.
  • Apa yang diamati daripada ghibah (umpat – berkata buruk terhadap seseorang yang tiada bersama, tetapi perkara yang disebutkan itu benar) ianya boleh semudahnya menjadi gurauan ataupun do’a. Jika seseorang berkata buruk tentang seseorang yang lain, itu adalah niatnya, daripada itu akan ditentukan samada ianya ghibah atau tidak.
Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

pejuangmelaka -Dan Dia (Allah) Mengetahui (Segala) Apa Di Langit Dan (Segala) Apa Di Bumi, Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu  [Surah Ali 'Imran: 29]