Pages

Saturday, March 31, 2012

Rahsia mengapa Rasulullah SAW sentiasa sihat



Selama ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan sebelum dijangkiti penyakit / pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan selepas dijangkiti penyakit (at-thib al-`ilaji).
Dengan mencontohi pola makan Rasulullah S.a.w, kita sebenarnya sedang menjalani terapi pencegahan penyakit dengan makanan. (Attadawi bil ghidza`). Ini tentu jauh lebih baik daripada kita harus “berhubungan” dengan ubat-ubat kimia.
Dalam setiap aktiviti dan pola hidupnya, Rasulullah S.a.w memang sudah disiapkan untuk menjadi contoh teladan bagi semua manusia, termasuk dalam hal pola makan. Ini bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor penting penunjang fizikal utama Rasulullah adalah kecerdasan beliau dalam memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsinya.
Perkara pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah S.a.w adalah udara segar di subuh hari. Sudah umum di ketahui bahawa udara pagi kaya dengan oksigen dan belum dikotori oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama sehari penuh. Maka tidak usah hairan ketika kita tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti. Selanjutnya Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Lepas dari subuh, Rasulullah S.a.w membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. Khasiatnya luar biasa. Dalam Al qur`an, kata “syifa” / kesembuhan, yang dihasilkan oleh madu, diungkapkan dengan isim nakiroh, yang bererti nama am, atau menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan keradangan. Dalam istilah orang arab, madu dikenali dengan “al-hafidz al-amin”, kerana boleh menyembuhkan luka bakar.

Masuk waktu dhuha, Rasulullah S.a.w selalu makan tujuh butir kurma ajwa` / matang. Sa’ad r.a mendengar Rasulullah bersabda, “Barang siapa memakan tujuh butir kurma ajwah di pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya pada hari itu.” (Hadits riwayat Bukhari). Dan ini terbukti apabila seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di Perang Khaibar, racun yang ditelan oleh baginda kemudian boleh dineutralkan oleh bahan-bahan yang terkandung dalam kurma. Bisyir ibnu al-Bara ‘, salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal. Tetapi Rasulullah selamat. Apa rahsianya? Tujuh butir kurma!
Dalam sebuah kajian di Mesir, penyakit kanser ternyata tidak tersebar ke kawasan-kawasan yang penduduknya banyak mengambil kurma. Kebelakangan ini terbukti bahawa kurma mempunyai zat-zat yang boleh mematikan sel-sel kanser. Maka tidak perlu hairan jikalau Allah menyuruh Maryam r.a, untuk makan kurma disaat kehamilannya. Sebab memang itu bagus untuk kesihatan janin.

Rasulullah S.a.w selalu berbuka puasa dengan segelas susu dan kurma, kemudian solat maghrib. Kedua-dua jenis makanan itu kaya dengan glukosa, sehingga langsung menggantikan zat-zat gula yang kering setelah seharian berpuasa. Glukosa itu sudah cukup mengenyangkan, sehingga setelah solat maghrib, tidak akan berlebihan apabila bermaksud untuk makan lagi.
Menjelang petang hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitunnya sahaja, tetapi di pengambilan dengan makanan pokok, seperti roti misalnya. Manfaatnya banyak sekali, antaranya mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.

Ada kisah menarik berkaitan dengan buah tin dan zaitun, yang Allah bersumpah dengan kedua-duanya. Dalam alquran, kata “at-thin” hanya ada satu kali, sedangkan kata “az-zaytun” di ulang sampai tujuh kali. Seorang ahli kemudian melakukan kajian, yang kesimpulannya, jika bahan-bahan yang terkandung dalam tin dan zaitun berkumpul dalam tubuh manusia dengan perbandingan 1:7, maka akan menghasilkan “ahsani taqwim”, atau tubuh yang sempurna, seperti yang dinyatakan dalam Surah at-thin. Subhanallah!
Syeikh Ahmad Yasin adalah salah seorang yang secara rutin mengambil jenis makanan ini, sehingga wajarlah beliau tetap sihat, kuat dan begitu menggerunkan para Yahudi, walaupun lumpuh sejak kecil. Kalau saja beliau tidak lumpuh, barangkali sudah habis para Yahudi Israel itu.
Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran. Beberapa riwayat mengatakan, baginda selalu mengambil sana al makki dan sanut. Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr. Musthofa, kedua-duanya serupa dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak kenal juga? Dr. Musthofa kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran mempunyai kandungan zat dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindunginya daripada serangan penyakit. Jadi, asalkan namanya sayur-sayuran, sepanjang ianya halal, Insya Allah berkhasiat tinggi. Maka, para penggemar kangkung dan bayam tidak usah panik. Para peniaga tauge juga tidak perlu pindah haluan.

Disamping menu wajib di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi beliau tidak rutin mengambilnya. Diantaranya tsarid, iaitu campuran antara roti dan daging dengan kuah air masak. Kemudian beliau juga senang makan buah Yaqthin atau labu manis, yang terbukti boleh mencegah penyakit gula. Kemudian beliau juga senang makan anggur dan hilbah.
Sekarang masuk pada tata cara mengambilnya. Ini tidak kurang pentingnya dengan pemilihan menu. Sebab setinggi apa pun gizinya, kalau pola konsumsinya tidak teratur, akan buruk juga akibatnya. Yang paling penting adalah mengelakkan isrof, atau berlebihan. Kata Rasulullah, “cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis). Ketika seseorang terlalu banyak makanannya, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya tidak bagus, sehingga zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi tidak berfungsi dengan baik. Imbasnya, keadaan fizikal menjadi tidak prima, dan aktiviti pun tidak akan maksima.

Dr. Musthofa menekankan bahawa as-syab`u, yang bererti kenyang itu bukan al-imtila`, atau memenuhi. Tetapi kenyang adalah mencukupinya tubuh dengan bahan-bahan yang diperlukan, sesuai dengan perkadaran dan ukurannya. Jadi ini penting, jangan kekenyangan!
Rasulullah juga melarang untuk idkhol at-thoam ala at-thoam, atau makan lagi sesudah kenyang. Suatu hari, di masa selepas wafatnya Rasulullah, para sahabat melawat Aisyah r.a. Waktu itu daulah islamiyah sudah sedemikian luas dan makmur. Lalu, sambil menunggu Aisyah r.a, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya, saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan bermacam-macam. Aisyah r.a, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis. “Apa yang membuatmu menangis, wahai bonda?” Tanya para sahabat. Aisyah r.a lalu menjawab, “dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti, beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma, baginda tidak akan makan roti “.
Dan penelitian membuktikan bahawa berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut telah melahirkan bermacam-macam penyakit. Maka sebaiknya jangan mudah tergoda untuk makan lagi, kalau sudah yakin bahawa anda sudah kenyang.

Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang sejuk secara serentak. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu-satu masa dan juga tidak terus tidur selepas makan malam, kerana tidak baik bagi jantung. Beliau juga meminimumkan dalam mengambil daging, sebab terlalu banyak daging akan mengakibatkan buruk pada sendi dan buah pinggang. Mesej Umar r.a “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternakan!”. Ayam, kambing, lembu, kerbau semuanya masuk.
Masih banyak pola hidup sihat ala Rasulullah S.a.w yang boleh kita pelajari. Kali ini, Dr. Musthofa memang khusus membincangkan menu makan dan cara mengambilnya. Dari sini kita boleh tahu bahawa ternyata Rasulullah sangat memerhatikan masalah gizi dan menu makanan. Dan di tengah kaburnya semangat untuk mengikuti sunnah Rasul, ini boleh menjadi semangat untuk memulakan menghidupkannya kembali. Apalagi menu-menu tersebut terbukti boleh dipertanggungjawabkan secara kesihatan.




Belajar Terus Belajar !
Salam Perjuangan !

Ingatan Kepada pengungkap “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”

Berikut adalah celahan Zulkifli Nordin di Dewan Rakyat tahun lalu :

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekatil dengan DAP parti racist dan cauvinisini, dia lupa apa yang berlaku.Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah Malai si’. ‘Malai siini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polisboleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, KL sekarang Cina punya”.

Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racistdan politik sempit yang dimainkan pada 1969.



Salam Perjuangan !

Sunday, March 4, 2012

Aurat Bukan Penghalang Muslimah !


Siapa cakap muslimah tak boleh bersukan? Islam tidak melarang wanita dari bersukan. Wanita bertudung masih boleh melakukan banyak pergerakan atau aktiviti selagi tidak melanggar syariat agama. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berlumba lari dengan isterinya Saidatina Aisyah r.a.

Di dalam sebuah hadis Aishah pernah menceritakan yang bermaksud : “Dia bersama Rasulullah saw di dalam satu perjalanan lalu Rasulullah saw berlumba dengan Aishah maka Aishah mendahului Rasulullah dan mengalahkan Baginda. Maka tatakala Aishah naik gemuk sedikit badannya di waktu itu Rasulullah saw mengalahkan Aishah pula di dalam perlumbaan itu. Maka bersabdalah Rasulullah saw : Ini adalah balasan dari yang lalu “. -Riwayat Ahmad dan Abu Daud


Dan siapa cakap kalau nak bersukan atau beriadah kena buka aurat, kena pakai spender, kena telanjang? Gambar di bawah adalah buktinya...



Siapa cakap berkuda kena pakai seluar ketat?
Ruqaya al-Ghasara tak perlu pakai spender sewaktu berlumba lari untuk meraih pingat emas di sukan Asia.  



Tinju..
angkat berat? seriously?
wushu.. (psssttt.. comey..)
main basketball pakai jubah.. apa ada hal..
main bola sepak..
ragbi!
tak pakai bikini pun still boleh berenang..
tak pakai skirt pun boleh buat tarian ballet..
lawan pedang
tahik kwando..
Ini paling awesome! ninja muslimah..
err.. ni bersukan ke? tapi still hebat!

Salam Perjuangan !

Friday, March 2, 2012

Dilema Perjuangan Islam



“Kita tidak akan berjaya dengan kepimpinan seperti yang ada hari ini. Saya tidak berpuas hati. Saya nak berundur“, keluh seorang ahli gerakan Islam.

“Agenda kami adalah untuk mengekalkan perbezaan di antara kami dan kamu“, tegas seorang ahli gerakan Islam yang lain.

“Ana tidak mahu terlibat dengan usrah seperti ini. Kenapa mesti Tauhid yang tiga ini? Di mana Sifat yang 20 itu? Silibus ini silibus Wahabi!”, marah seorang lagi ahli sebuah gerakan Islam.

Hairan.

Selepas begitu lama berjuang dan begitu banyak idea dan teori dikupas, gerakan Islam hari ini masih tidak berganjak secara yang signifikan di dalam gerak kerja mereka. Malah sering pula kelihatan berundur atau memutar pusingan yang sama.



MASALAH ILMU?

Apakah gerakan Islam hari ini tidak cukup ILMU? Adakah persoalan hari ini merupakan persoalan ILMU?

Jika dahulu, mungkin. Penyertaan seseorang di dalam gerakan Islam adalah bermotifkan amal. Mereka mahu bekerja, dan melakukan sesuatu untuk membantu agama. Lantas generasi era itu tidak banyak bertanya. Mereka tidak begitu mementingkan TAHU terhadap ILMU sebanyak-banyaknya, kerana terbukti bahawa tahu banyak, tidak semestinya menghasilkan kerja dan sumbangan yang banyak.

Lantas di suatu ketika, gerakan Islam tidak kisah sangat jika ada pendukungnya yang tersilap memahami beberapa aspek nas. Jika ada ahli yang meletakkan maksud Wala’ pada konteks yang salah, atau memahami konsep Jamaatul Muslimin secara simplistik atau silap, ia bukanlah isu yang perlu diperbesarkan kerana yang semua itu hanya PROSES. Apa yang perlu diutamakan adalah OUTPUT, iaitu AMAL. Kerja! Selagi mana ahli gerakan Islam bekerja, maka maksud penglibatan mereka sudah tercapai.

Maka usaha pembetulan tasawur itu menjadi agenda perkaderan biasa. Sesekali pemimpin dan alim ulama yang sedar akan menegur. Tidaklah sampai jadi satu isu.

Apatah lagi untuk sebuah gerakan Islam yang membuka penyertaan kepada semua lapisan masyarakat. Ada profesor universiti, ada juga penarik beca dan si buta huruf. Semuanya berkumpul di dalam gerakan Islam ini untuk memberikan suasana yang realistik terhadap realiti masyarakat. Ia tidak mencipta realiti alternatif.

Tetapi kesan keterbukaan ini, susahlah hendak mendidik ahli dan pendukung. Ada ahli yang masuk ikut pintu politik, dan ada juga yang masuk ikut pintu Tarbiyah. Pemimpin gerakan Islam bekerja keras untuk memanfaatkan kesemua kategori ahlinya ke arah yang sama, bekerja untuk Islam. Tidak semua kerja gerakan Islam boleh dibuat oleh ‘orang Tarbiyah’. Selalu sahaja orang yang banyak ilmu, berat untuk memanjat tiang menggantung poster dan bendera. Dalam masa yang sama banyak juga kerja gerakan Islam tidak boleh dilakukan oleh ‘orang yang masuk ikut pintu politik’. Membahaskan polisi gerakan Islam, hala tuju dan muhasabah dari semasa ke semasa, memerlukan kepada ILMU yang mantap. Lantas keterbukaan gerakan Islam untuk menerima ahli daripada lapisan yang pelbagai, melengkapkan rumusan keahlian.

Generasi Mahu Tahu

Namun, zaman kurang memberikan perhatian kepada selok belok ILMU tentang PROSES, sudah berubah. Hari ini, generasinya mahu TAHU. Tahu sebanyak mungkin. Mereka mahu tahu semua perkara, sebelum mereka membuat keputusan untuk mendukung perjuangan Islam.

Ia suatu perkembangan yang baik.

Makin mahu tahu, makin tinggilah desakan untuk memperkemaskan aspek ILMU.

Faham-faham yang cincai tidak lagi boleh diangkat sebagai rukun komitmen yang pertama. Kena faham benda yang betul ini, betul-betul.

Ilmu Punca Masalah

Tetapi, tahu banyak, tidak menyelesaikan masalah gerakan Islam. Malah kelihatannya seperti tambah menyulitkan keadaan. Maklum sahaja, ILMU memang boleh membawa kepada kebaikan, tetapi ILMU juga punca manusia melampau dan hilang resmi padi.


Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan ILMU yang ada pada mereka; dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu. [Surah Ghafir 40: 83]

Ilmu sepatutnya memudahkan manusia mencari kebaikan dan kebenaran. Tetapi terbukti ilmu juga pernah menjadi punca kesombongan manusia.

Untuk tetap istiqamah di jalan perjuangan, pendukung gerakan Islam sudah pun diberi ingatan.

Al-Sheikh Fadhl Hasan Abbas di dalam kitabnya Khumasiyyat Mukhtaarah fi Tahdzib al-Nafs al-Ammaarah telah menukilkan bahawa al-Hasan rahimahullah, telah berpesan:

“Sesungguhnya agama itu telah dijadikan Allah di antara DUA JANGAN iaitu “Janganlah kamu melampau” dan “Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”.

Pesan ini merujuk kepada firman Allah SWT yang mendefinisikan maksud Istiqamah iaitu:

Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap bertistiqamah sebagaimana yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. [Huud 11: 112-113]

Ketika berjuang untuk Islam, jangan melampau!

Terbukti golongan pelampau inilah yang kemudiannya gugur. Mereka yang dahulunya berminat dengan perbuatan kutuk mengutuk hingga ke tahap kafir mengkafir, membenci subjek kebencian secara berlebihan, hingga mengheret hawa nafsu dalam ‘perjuangannya’, mereka ini jatuh sendiri kerana mereka lupa bahawa agama yang diperjuangkannya itu, dijadikan Allah di antara ‘dua jangan’!

Dan salah satu punca kepada sikap melampau itu adalah ILMU, selain harta [Al-'Alaq 96: 6-7] dankekuatan / kuasa [Fussilat 41: 15]

Apabila seseorang itu melampau di dalam perjuangannya, dia terjebak pula kepada JANGAN yang kedua. Jika dahulu dia melampau-lampau dalam menegur dan menentang pemerintah yang dikecam zalim, pelampau ini pula yang melompat dan menjadikan dirinya sebahagian daripada manusia zalim itu tadi.

Sufyan al-Thauri rahimahullah pernah ditanya oleh seorang lelaki. Katanya, “aku menjahit pakaian untuk si zalim itu, apakah aku termasuk di dalam golongan yang cenderung kepada kumpulan manusia zalim itu?” Sufyan menjawab, “Tidak, bahkan engkau sendiri adalah termasuk di dalam golongan yang zalim. Orang yang cenderung kepada golongan yang zalim itu adalah mereka yang menjual jarum kepadamu agar engkau boleh menjahit. Mereka itulah golongan yang cenderung kepada kaum zalimin!”[Khumasiyyat Mukhtaarah fi Tahdzib al-Nafs al-Ammaarah, muka surat 155]

Nyata sekali, masalah utama gerakan Islam bukanlah pada ILMU kerana hari ini kita semakin TAHU dengan ILMU itu.

Malah lebih ironi, pengetahuan yang semakin bertambah itu, tidak menjadikan hasil kerja semakin bertambah. Kita memang tidak bertindak berasaskan apa yang kita TAHU, sebaliknya digerakkan oleh apa yang kita MAHU. Maka ilmu yang memberitahu semata-mata, tidak membantu gerakan Islam!

MASALAH KEMAHIRAN?

Jika ILMU bukan masalah utama gerakan Islam, maka bagaimana pula dengan kemahiran?

Ada gerakan Islam yang mahu mengekalkan method dakwah secara manual dan konservatif. Dakwah hanya dengan lisan, mengetuk pintu rumah ke rumah, seperti perlakuan dakwah di zaman Nabi s.a.w. Mereka ada justifikasinya yang tersendiri.

Manakala gerakan Islam yang lebih anjal, mencuba segala teknik dakwah dan menggarap sekalian kemahiran yang ada untuk menjayakan perjuangan Islam. Dari era penguasaan teknik menggunakan mesin taip, hinggalah kepada memanfaatkan teknologi ICT hari ini, gerakan Islam terus maju setapak demi setapak, malah menggusarkan saingan gerakan Islam yang lebih berminat untuk menyekat air seperti dinding empangan.

Pemerintah menggunakan segala akta, sedangkan maklumat dan ilmu terus percuma dan melanggar sekatan di era ledakan teknologi maklumat hari ini.

Kemahiran apakah yang tiada pada sebuah gerakan Islam? Segala macam kemahiran sudah diperolehi sama ada melalui pembelajaran, atau pun melalui penyertaan tenaga mahir itu sendiri ke dalam saf gerakan Islam.

Tetapi adakah kemahiran itu sudah menganjak gerakan Islam ke suatu peningkatan yang signifikan?

Kemahiran Syarat Kesempurnaan Taqwa

Kemahiran memang bukan persoalan yang kecil. Tatkala kumpulan pertama Islam cuba menundukkan Constantinople pada tahun 44H, mereka ada segala nilai Taqwa kerana Abu Ayyub al-Ansari dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhum adalah generasi yang dididik sendiri oleh tangan Nabi s.a.w. Atas janji Rasulullah s.a.w terhadap pembebasan Constantinople, mereka pergi dengan keyakinan itu.

Tetapi mereka gagal. Salah satu faktornya berkait rapat dengan soal kemahiran. Mereka tidak mempunyai maklumat kajian yang cukup tentang kekuatan sebenar Constantinople. Mereka tidak biasa berperang di kawasan yang dikelilingi laut seperti Constantinople dan mereka tidak tahu teknik peperangan apakah yang menjadi pegangan kota yang mahu ditundukkan itu.

Mereka gagal.

Memperlengkapkan diri dengan ILMU dan MAKLUMAT adalah sebahagian tuntutan SUNNATULLAH.

Satu demi satu usaha dilakukan. Setiap kegagalan pertama menjadi teladan usaha berikutnya. Akhirnya kejayaan dicapai oleh insan biasa yang luar biasa, 800 tahun selepas era Nubuwwah, apabila Constantinople kecundang di tangan Sultan Othmaniyyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857H (1453M) dan tenteranya.

Gabungan komitmen mereka terhadap SYARIATULLAH dan SUNNATULLAH, telah melayakkan mereka untuk membuat anjakan dunia dengan pembukaan kota Istanbul, hari itu.

Keperluan bagi sebuah gerakan Islam untuk memperlengkapkan diri dengan ILMU dan KEMAHIRAN memang tidak boleh dinafikan.

Masih Belum Mahirkah Gerakan Islam Hari Ini?

Namun, kemahiran apakah lagi yang belum ada pada sebuah gerakan Islam? Kemahiran hari ini sudah mencecah tahap yang jauh terkehadapan berbanding dengan 50 tahun yang lalu.

Namun, sudahkah kemahiran itu menyumbang kepada peningkatan kualiti persembahan gerakan Islam secara yang signifikan?

Masih banyak persoalan yang timbul di sekitar isu ini.

Jika ilmu bukan isu utama, jika kemahiran bukan masalah pertama, maka isu apakah yang menyumbang kepada kelesuan gerakan Islam hari ini? Isu apakah yang menjadikan gerakan Islam terperosok ke dalam lubang kesilapan yang sama?

Jawapannya boleh dicari melalui persoalan-persoalan ini:
Apakah yang menjadi halangan kepada dua gerakan Islam untuk saling bekerjasama mencapai matlamat yang sama? Ilmu, kemahiran atau sikap?
Apakah yang menjadi punca kepada ketidaksefahaman di antara sesama ahli gerakan Islam sehinga satu demi satu agenda perjuangan mati oleh perpecahan dalaman? Ilmu, kemahiran atau sikap?
Apakah yang menjadi punca kepada satu demi satu ahli gerakan Islam bertindak secara reaktif, menterjemahkan rasa tidak puas hatinya bukan kepada menawarkan penyelesaian, tetapi pergi kepada membuka satu demi satu kelompok serpihan yang baru? Ilmu, kemahiran atau sikap?
Apakah yang menjadi punca kepada gerakan Islam gagal mentadbir kemenangan dan gagal juga menghadapi kekalahan secara yang positif? Ilmu, kemahiran atau sikap?
Apakah punca, gerakan Islam yang sepatutnya bekerja untuk mengumpulkan manusia dan menjana mereka untuk bekerja demi Islam, masih terjebak ke dalam irama pertelingkahan manhaj, yang sudah berkali-kali merugikan masa dan tenaga Islam, sehingga gerakan Islam itu sendiri menaja perpecahan umat atau mereka sendiri turut berpecah? Ilmu, kemahiran atau sikap?
Apakah punca kepada gerakan Islam hingga lebih berminat untuk mengekalkan perbezaan, berbanding dengan penyelesaian?
Apakah punca yang menjadikan seorang yang berILMU dan berKEMAHIRAN tinggi, boleh bertindak dan bercakap seperti orang tidak berILMU dan berKEMAHIRAN rendah? Ilmu, kemahiran atau sikap?

Persoalan ini masih panjang, sepanjang sejarah gerakan Islam itu sendiri.

Oleh kerana saya benar-benar khuatir dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan itu tadi, saya cuba mengalihkan percakapan dan penulisan saya daripada soal menambah ILMU dan MAKLUMAT, kepada pembetulan SIKAP.

Amat malu bagi pendukung agenda sebesar AGENDA ISLAM, kalah oleh persoalan SIKAP yang terlalu asas dan mudah.

Betulkan SIKAP, ia MUQADDIMAH AGAMA dan PERJUANGAN.




Salam Perjuangan !