Pages

Tuesday, August 9, 2011

Berita Murtad Dato Azhar Mansor?


Saya amat terkejut dengan berita ini. Benarkah Dato Azhar Mansor, yang pernah menjadi wira negara dalam misi Kapal Layarnya telah murtad? Kenapa Berita ini tidak tersiar di halaman reformasi atau berita dalam akhbar utama arus perdana.



Berita ini dipetik dari laman web berikut:-

Isi perbincangan dan berita yang mesti diketahui oleh semua rakyat Malaysia beragama Islam yang memperjuangkan akidah.

Isu Murtad: Pekakah kita atau "Pekak"kah kita?
(Artikel Asal Oleh saudara Ismail Zaki 22 Ogos 2006)

Baru - baru ini saya ada terbaca dari sebuah website yang saya percaya berpusat di Sydney, Australia (di forward dari seorang rakan), iaitu Sydneyangelicans.net di mana di situ di ceritakan seorang melayu yang kita agung-agung kan selama ini kerana pengorbanannya mengharumkan nama malaysia telah murtad. Saya pada mulanya agak terperanjat membaca kenyataan itu seakan akan tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya. Setelah di selidiki, ternyata berita itu benar, seperti yang di dakwa beberapa laman web yang lain. Percaya atau tidak, orang itu adalah Datuk Azhar Mansor, insan yang berjaya mengharumkan nama negara mengelilingi dunia hanya dengan kapal layarnya yang kerding, tetapi secara batinnya iman nya telah tumpas kepada dosa yang paling berat di sisi agama. Beberapa dakwaan ada menyebut di mana beliau kononnya telah bertemu dengan Jesus Christ ketika pelayarannya. Di sini saya memetik dari website Sydneyangelicans.net rangkap dakwaan beliau:-

"One man who has publicly converted is the well-known yachtsman, Azhar Mansor, who in 1999 sailed around the world in 190 days without the aid of an engine. The main mast of his yacht broke around Cape Horn. He managed, nevertheless, to reach the Faulkland Islands to repair the mast. What happened on the way between the cape and the islands is subject to speculation. The internet is full of questions by Muslims as to whether Mansor who no longer lives in Malaysia is really converted. And there is much discussion among Christians as well. Kamariah's version is that Mansor, about to drown in the sea, was saved by a dolphin, and that Jesus appeared to him soon after."

Persoalannya di sini, bukan Azhar Mansor (Gugurnya gelaran "datok" di sini bererti hilangnya rasa hormat saya kepada beliau secara mutlak) sahaja yang berbuat demikian, tetapi ada lagi segelintir yang secara "Umum" atau secara "Rahsia" telah Murtad. Pernah dengar kisah Aishah? Lina Joy? Itu hanyalah merupakan sebuah episod telenovela kisah murtadnya umat Islam di negara kita; terdapat banyak lagi episod yang pada zahirnya tidak di ketahui, tidak di siarkan secara zahir pada kaca mata rakyat. Pendedahan saya di sini bukan bererti hendak memalukan pihak yang terbabit, tetapi hakikatnya untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia bahawa Islam kini di ancam bahaya. Siapa yang patut di salah kan? Berbalik kepada situasi Azhar Mansor tadi, hakikatnya perkara ini telah pun di ketahui oleh bekas PM Tun Dr. Mahahir sejurus dia pulang dari pelayarannya - Azhar Mansor sendiri yang memberitahu beliau yang dia berhasrat untuk bertukar agama - atas untuk keselamatan Azhar Mansor, PM ketika itu menasihatkan nya supaya meninggalkan negara; dan ya, Azhar mansor sekarang sudah tiada lagi di negara ini. Yang agak mengejutkan ialah, hampir semua umat Islam di negara ini tidak tahu akan hal ini. Petikan dari sebuah blog yang saya ketemui menyebut, "I couldnt believe & i asked my christian friends, they knew about it a long time ago."

("Saya tidak percaya lalu saya bertanya rakan-rakan saya yang beragama Kristian dan mereka berkata, mereka sudah tahu akan hal ini sekian lama.") Tambahan pula, ada yang mendakwa untuk menukar agama ini adalah sangat mudah sekali di negara kita. Apa yang di perlukan hanyalah 2 keping gambar, duit setem RM 7.00 dan pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur untuk mengangkat sumpah tukar agama, selesai. Walaupun demikian, status agama pada kad pengenalan tidak di ubah (Masih di tulis "Islam") meskipun mereka telah selesai 3 perkara di atas, dan ini menyebabkan golongan-golongan murtad ini agak sukar di kesan di negara kita. Dan kerana itulah munculnya nama seorang wanita bernama Lina Joy yang ingin status agama pada kad pengenalan nya ditukar - Jika dia tidak berbuat demikian (tukar status agama pada kad pengenalan), nescaya kita tidak akan tahu bahawa dia telah murtad. Siapa sangka, ramai lagi spesis-spesis Lina Joy di luar sana yang tidak mendedahkan akan kemurta dan mereka secara umum?

Peguam Kes Murtad Shazalina/Lina Joy (Ust Zulkefli Nordin) menambah, beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Anda boleh hubungi

Ust Zulkefli sendiri di talian 013-3998718 untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim akan memberi penerangan tentang perkara ini. (Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius!)

Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat: Tidak boleh hisap rokok, tidak boleh minum arak, tidak boleh makan benda-benda berdarah, tidak boleh kahwin. Holywater yang beliau gunakan dulu dibawa dari Indonesia yang di sediakan oleh bapak Bruto (Ketua paderi Indonesia). Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen.

PENDEDAHAN KHAS! HARAP DISAMPAIKAN KEPADA ORANG ISLAM KITA

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yang paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Kedua, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun.

Beberapa minggu yang lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yangg bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dengan seorang yang berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan (dibaptiskan) oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk proses pemulihan akidah.

Kalau anda semua masih ingat, pada beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini.

Terdapat satu lagi kes, baru-baru ini, dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yang pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dengan nama yang jelasnya bukan nama seorang penganut Islam. Jabatan Agama Islan dengan kerjasama Perkim telah berjaya membawa `lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si `claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.

Di Kedah yang suatu ketika dahulu agak kecoh dengan isu Black Metal nya, kini terdapat kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah yang Esa. Cara mereka mengisytiharkankan diri mereka sebagai "free-thinker" adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedalam gelas yg telah bercampur dgn darah kambing (kalau tidak silap saya). Kemudian mereka minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi untuk mengesahkan mereka bukan lagi Islam agak sedikit berbeza dari pihak lelaki. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yang koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan akidah. Jabatan Agama Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli lain yang hanyut itu.

Terdapat juga sebuah kenyataan yang di petik dari sebuah lagi website

(www.forum.jiwang.org) yang menyebut, "Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an. Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari Muar. Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan utk melanjuttkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg tidak baik berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah syarikat guaman yg terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yg sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari saya; dan terakhir yg saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorang penganut Kristian yg setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible."

Kisah Aisyah Bukhari dan kisah tersebut di atas mempunyai banyak persamaan; good religious foundation but got carried away (Latar belakang agama (keluarga) sangat molek, tetapi sayangnya hidayah Allah tidak kesampaian ke hati mereka; Iman tiada dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa). Misi agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang.

Dulu, mereka menggunakan issionary mereka dengan cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg dijadikan mangsa. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yang mampu atau yg sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yang berkenaan kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi.

P/S: Usah lagi biarkan Islam berduka di negara kita. Cukuplah sudah peristiwa sadis berdarah di Palestine, di Iraq, di Lebanon, di Afghanistan… cukuplah sudah dengan dugaan yang menimpa umat Muhammad… Harapan saya agar apa yang anda baca di sini dapat sampaikan kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita. Tidak secara elektronik - forwarding-forwarding, secara lisan pun jadilah.

Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada mimpi buruk ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri. INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati! Semoga ia akan menjadi ikhtibar & peringatan untuk manfaat kita bersama.

Rujukan..
http://tranungkite.net/v7/

3 comments:

  1. Drpd join mana mana agama yg confirm 100% palsu dan terbukti rekaan manusia baik istihar diri dah jadi freethinker..hanya org bodoh yg mendapat hidayah bodoh jer yg lompat dari satu agama ke agama lain.

    ReplyDelete
  2. kenapabegitu takut kalau merasakan bahawa agama yang anada pegang itu adalah betul? kenapa mesti tersedak dengan kebenaran yang orang itu mahu kan seperti mengimani agama yang dia mahukan. satu lagi soaaln,adakah dia yang meminta untuk lahir dalam kluarga Islam? dan, satu sooalan untuk Tajul Mulut, sekiranya mendapat hidayah dalam Islam dari agama lain dan masok islam akan dikatakan Bodoh juga? adakah kamu sendiri begitu pasti dengan agama kamu,atau hanya berasa sakit hati dan rasa tercabar dengan keluarnya atau "murtad"(kononnya) seseorang dari pegangan agama yang sama anda pegang? ini MEmAnG menunjukan anda semua tidak pasti adakkah pegangan anda itu betul atau sebalik nya. Jika anda begitu mengimani dan pasti dengan pegangan anda pasti anda tidak membuat perang psikology mahupon physical terhadap empunya badan yang inginkan kebebasan agama lain. berdosalah anda yang membuat paksaan ini. MEMANG DALAM ALQURAN KATA TIDAK BOLEH KELUAR DARI AGAMA DAN HARUS BUNUH, TAPI INGATKAH ANDA JUGA HADIS NABI MUHAMMAD MENYATAKAN LEBIH KURANG BEGINI YANG JANGANLAH ANDA MENGHALANG ISTERI ANDA UNTUK MENGERJAKAN IBADAH NYA DAN PERGI KE GEREJA. mesti anda semua tidak didedahkan dengan ayat2x sebeginkan? kalau di ikutkan nabi muhamad jg,tiada paksaan untuk keluar dari agama Islam. tetapi mengapa banyak sekali perchangahan antara Al-quran dan Hadis? suka hati lah klaw nak percaya kata2xini atau tidak? banyakan mengkaji agama sendiri dulu,dan agama orang lain, walaupon ilmu KeTuhanan tidak mungkin dikupas sehinga kiamat kerana Tuhan saja Maha Mengetahui, tetapi mempercayaai dan mengikuti membuta tuli serta MEMPERJUANGKAN sesuatu tanpa mengetahui apa yang diperjuangkan adalah BERDOSA.

    Datuk Azhar Mansor sudah membuat pilihan nya dan yang pasti,telah mempertaruhkan duniawi nya seperti NAMA dan KEBEBASAN serta NYAWANYA untuk mengejar apa yang dia tahu itu benar. Anda mahu terus menjadi pengecut untuk tidak mahu tahu apa yang beliau tahu? mahu teruskan hidup menjadi katak bawah tempurung,.. sekian, Tuhan memberkati.

    ReplyDelete
  3. kenapabegitu takut kalau merasakan bahawa agama yang anada pegang itu adalah betul? kenapa mesti tersedak dengan kebenaran yang orang itu mahu kan seperti mengimani agama yang dia mahukan. satu lagi soaaln,adakah dia yang meminta untuk lahir dalam kluarga Islam? dan, satu sooalan untuk Tajul Mulut, sekiranya mendapat hidayah dalam Islam dari agama lain dan masok islam akan dikatakan Bodoh juga? adakah kamu sendiri begitu pasti dengan agama kamu,atau hanya berasa sakit hati dan rasa tercabar dengan keluarnya atau "murtad"(kononnya) seseorang dari pegangan agama yang sama anda pegang? ini MEmAnG menunjukan anda semua tidak pasti adakkah pegangan anda itu betul atau sebalik nya. Jika anda begitu mengimani dan pasti dengan pegangan anda pasti anda tidak membuat perang psikology mahupon physical terhadap empunya badan yang inginkan kebebasan agama lain. berdosalah anda yang membuat paksaan ini. MEMANG DALAM ALQURAN KATA TIDAK BOLEH KELUAR DARI AGAMA DAN HARUS BUNUH, TAPI INGATKAH ANDA JUGA HADIS NABI MUHAMMAD MENYATAKAN LEBIH KURANG BEGINI YANG JANGANLAH ANDA MENGHALANG ISTERI ANDA UNTUK MENGERJAKAN IBADAH NYA DAN PERGI KE GEREJA. mesti anda semua tidak didedahkan dengan ayat2x sebeginkan? kalau di ikutkan nabi muhamad jg,tiada paksaan untuk keluar dari agama Islam. tetapi mengapa banyak sekali perchangahan antara Al-quran dan Hadis? suka hati lah klaw nak percaya kata2xini atau tidak? banyakan mengkaji agama sendiri dulu,dan agama orang lain, walaupon ilmu KeTuhanan tidak mungkin dikupas sehinga kiamat kerana Tuhan saja Maha Mengetahui, tetapi mempercayaai dan mengikuti membuta tuli serta MEMPERJUANGKAN sesuatu tanpa mengetahui apa yang diperjuangkan adalah BERDOSA.
    Datuk Azhar Mansor sudah membuat pilihan nya dan yang pasti,telah mempertaruhkan duniawi nya seperti NAMA dan KEBEBASAN serta NYAWANYA untuk mengejar apa yang dia tahu itu benar. Anda mahu terus menjadi pengecut untuk tidak mahu tahu apa yang beliau tahu? mahu teruskan hidup menjadi katak bawah tempurung,.. sekian, Tuhan

    ReplyDelete