Pages

Tuesday, August 9, 2011

Berani Kerana Benar, Takut Kerana SALAH makcik Hajjah Sitt AlWuzara

Pendedahan selepas penyebaran Isu oleh GaySec..

Kisah Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang menghina Islam memang panas dan memanaskan hati ramai umat Islam di Malaysia. Fenomena Murtad di Malaysia memang terus menjadi misteri kerana tiada yang berani bertindak hanya kerana menjaga sensitiviti beragama di Malaysia. Tiada tindakan menyebabkan manusia seperti Makcik Hajjah Sitt AlWuzara berani menghina Islam dengan berselindung di belakang Blog, Twitter dan Facebook.Akhirnya identiti telah di bongkar oleh GaySec yang berusaha keras menyingkap siapa Makcik Hajjah Sitt AlWuzara melalui #OpsRamadhan. Geram tengok minah ni tapi mari kita doakan semuga ALLAH SWT beri hidayah pada beliau dan semua Rakan Murtad Malaysia.



Berani ke makcik ni nak buat polis report dengan memberitahu identiti dia yang sebenar. Silap-silap dia kena tahan.


Bagaimana makcik tu boleh kenal Arlene? Persoalan? Dalam bulan puasa orang Islam banyak bersabar.Jangan risau kami nak tahu juga identiti yang berani hina dalam sensitiviti Islam dalam siber je..Takut ke?


"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]
AYAT 75-76


(Sesudah kamu – wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?


Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman”; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: “Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?”


Allah menghadapkan ucapan-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dengan firman-Nya: (Sesudah kamu-wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, Dengan bahasa yang mudah, apakah kamu mengharap mereka masuk ke dalam agamamu? Ayat ini ditujukan kepada Rasulullah s.a.w sahaja. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Muqatil.Adapun pendapat Abu al-`Aliah dan Qatadah: Bahawa ianya ditujukan kepada seluruh orang yang beriman dengan ditakdirkan: Adakah kamu merasa tamak bahawa kamu membenarkan Nabi kamu?

Pendapat ketiga dan terakhir bahawa mereka adalah orang Ansar kerana sesungguhnya mereka apabila memeluk Islam amat berharap supaya orang Yahudi juga memeluk Islam kerana berlaku radha`ah (penyusuan) antara mereka sebagaimana yang disebut oleh al-Naqqash.
Adapun perkataan (alif) pada kalimah yang pertama (afatatma`un) mengikut pandangan ulama’, alif yang bersifat istikhbar, iaitu meminta perkhabaran atau berita seolah-olah melemahkan mereka daripada bercita-cita dan tamak berkaitan keimanan mereka.
Padahal sesungguhnya telah ada satu puak daripada mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), sedangkan sebahagian daripada ulama mereka dan pendita membaca kitab Allah dan mendengar secara jelas.
Kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, dengan mengubah dan meminda ayat-ayat Allah sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? Allah amat mengetahui segala tindakan mereka dengan melakukan pelbagai jenayah bukan kerana lupa atau tersilap


Sayyid Qutb berkata: Yakni sebenarnya tiada harapan lagi bahawa orang-orang yang seperti itu akan beriman, kerana keimanan itu memerlukan tabiat dan kesediaan yang lain. Tabiat orang yang beriman itu bersifat mudah, senang dan lembut. Jendela-jendela hatinya sentiasa terbuka kepada cahaya. Ia sentiasa bersedia untuk berhubung dengan sumber Azali yang kekal abadi (Allah). Ia sentiasa lembut, jernih, hening, peka, takwa, segan dan malu (kepada Allah). Takwa inilah yang menghalangnya daripada mendengar kalam Allah kemudian bertindak mengubahkannya setelah ia memahaminya, yakni mengubahkan kalam Allah dengan penuh kesedaran dan kedegilan. Tabiat orang yang beriman bersifat lurus, malu dan segan melakukan pemesongan dan penyelewengan seperti ini.

Golongan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah golongan ahli agama Yahudi yang amat arif dengan hakikat-hakikat yang diturunkan kepada mereka dalam kitab-kitab suci mereka, iaitu golongan paderi-paderi dan rabbani-rabbani yang mendengar Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s di dalam Taurat, kemudian mereka mengubahkan maksudnya dan membuat penafsiran-penafsiran yang jauh terkeluar daripada ruang lingkupnya. Mereka melakukan pemesongan ini bukan kerana tidak mengetahui maksud-maksudnya yang sebenar, malah mereka sengaja melakukan pemesongan itu dan mereka benar-benar tahu tentang pemesongan itu.

Mereka melakukannya dengan dorongan hawa nafsu, kepentingan diri dan tujuan-tujuan yang tidak sihat. Mereka yang seperti ini tentulah menyeleweng lebih jauh lagi daripada kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Mereka yang mempunyai hati yang tidak bertanggungjawab seperti ini dan berpegang kukuh dengan kepalsuan yang mereka sendiri sedar dan tahu tentang kepalsuannya, tentulah lebih berkesanggupan lagi untuk menentang dakwah Islam, melepaskan diri daripadanya dan mengadakan fitnah-fitnah yang dusta terhadapnya.

Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman”; Inilah sifat munafik mereka yang pandai berpura-pura, sebaliknya dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, daripada golongan munafiq mereka berkata: “Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) Dengan mempertikaikan segala sifat Muhammad untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Mereka yang berkata di kalangan Yahudi yang munafik supaya menjadi hujah di kalangan orang yang beriman ke atas kamu pada hari akhirat dengan meninggalkan untuk mengikuti Rasul sedangkan penuh dengan pengetahuan.

“Tidakkah kamu berakal?” Tidaklah mampu akalan kamu untuk menegahmu daripada berbicara berkaitan orang Islam kerana menjadi hujah ke atas kamu.
Sayyid Qutb berkata: Yakni apakah kamu masih menaruh harapan bahawa mereka akan percaya kepada kamu, sedangkan di samping mereka mempunyai sifat-sifat yang tidak bertanggungjawab, menyembunyikan kebenaran dan mengubah maksud-maksud Kalam Allah. Mereka menambahkan sifat-sifat yang lain lagi, iaitu sifat berpura-pura, talam dua muka, menipu dan berhelah.
Sesetengah daripada mereka apabila bertemu dengan orang-orang yang beriman mereka berkata: “Kami percaya bahawa Muhammad s.a.w itu Rasul berdasarkan bisyarah yang terkandung dalam kitab Taurat yang ada pada mereka, dan kepada kenyataan bahawa mereka juga sedang menunggu kebangkitan Rasul itu dan memohon agar dengan kebangkitannya Allah akan memberi kemenangan kepada mereka di atas kaum yang lain daripada mereka.”


Surat Untuk Makcik Hajjah Sitt AlWuzara

Abim dakwa wujud blog baru ‘Makcik Hajjah’ hina Islam

Oleh Syed Mu’az Syed Putra May 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Selepas beberapa isu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendakwa perkara itu wujud semula dengan kewujudan sebuah laman blog secara terang-terangan menghina agama Islam dan penganutnya.

Blog itu yang dikenali sebagai “Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara” itu turut menggunakan slogan “Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!” — secara terang-terangan menghina agama Islam.

The Malaysian Insider difahamkan blog itu telah wujud sejak awal minggu ini dan ia juga boleh didapati di laman Facebook dengan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ atau laman blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/.

Selain menggunakan kata-kata kesat, apa yang lebih mengejutkan laman blog ini turut memaparkan gambar seekor jerung dan Lady Gaga di atas Kaabah selain gambar-gambar lain yang menghina Islam.

Dalam entri terbaru bertarikh 24 Mei 2011, selain memaparkan laman blog itu turut memberi “pesanan” yang berbunyi: “Hari ini Allah tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat.”

“Maka, Allah menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, mengeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!.”

Bagaimanapun tindakan penulis blog ini dikecam hebat oleh pembacanya, antaranya berbunyi: “Aku nak bunuh kau”, “Semoga Allah cepat matikan engkau yang sah-sah murtad dan senang-senang menghina dan mempersendakan agama Islam” dan “Wahai makcik yang sesat...ingat balasan Allah itu ada, kau tunggu sahaja.”

Rata-rata kritikan dibuat itu meminta agar penulis blog bertaubat dan tidak kurang mahu dia “dibunuh”.

Melihat kepada perkembangan terbaru ini, Abim menyifatkan kewujudkan laman blog itu bertujuan mahu menghina imej dan kesucian agama Islam.

Justeru kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, pihaknya memandang serius kewujudan laman blog yang berniat jahat itu.

“Abim memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

“Berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikan Abim, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut,” katanya.

Kata beliau, tindakan seumpama itu amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam.

Malah kata beliau satu laporan polis telah dibuat terhadap penulis blog itu.

Selain itu, tegas Mohamad Raimi, pihaknya juga menuntut agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyiasat laman blog itu dan mengambil tindakan tegas kepada individu yang terlibat.

“Menilai daripada ini, Abim menuntut pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci terhadap insiden yang mendukacitakan ini.

“Abim menuntut agar tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang terlibat, Abim juga mendesak agar permohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh penulis blog ini kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Rujukan
http://ummatanwasatan.net/

5 comments:

  1. Semoga Allah memberi Taufiq dan hidayah pada dia..

    ReplyDelete
  2. “Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”

    ReplyDelete
  3. Tindakan perlu diambil kat makcik sorang nie..

    ReplyDelete