DAJJAL AKAN KELUAR DI SEGITIGA BERMUDA?
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)
Sifat² Badannya
wahyu
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .
Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Hadis yang dipaparkan adalah pengumpulan hadis-hadis mengenai perihal Dajjal. Pentingnya perkara Dajjal ini adalah kerana berdasarkan sebuah hadis;
Dari Ibnu 'Umar berkata : "Kemudian Nabi saw berdiri di hadapan manusia, lalu memuji Allah yang Dia satu-satunya yang paling berhak dipuji kemudian Beliau menyebutkan masalah ad-Dajjal dan bersabda: "Sungguh aku mengingatkan kalian tentangnya dan tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal itu. Sungguh Nabi Nuh 'Alaihissalam telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang para Nabi (sebelumku) belum pernah mengatakannya, iaitu bahawa ad-Dajjal itu a'war (buta sebelah matanya) dan sesungguhnya Allah tidaklah buta sebelah". [2829] Sahih Bukhari
Perkataan ‘tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal’ bermakna perkara mengenai Dajjal ini sangat-sangat penting. Maka dengan itulah kami cuba mengumpulkan seberapa yang ada mengenai hadis-hadis perihal Dajjal (tidak semua). Hadis mengenai kedatangan Dajjal ini adalah mutawatir, mengingkarinya boleh menyebabkan kekufuran.
Perlu diingat, bahawa Dajjal itu bukanlah hawa nafsu atau bentuk-bentuk yang pelik sebagaimana terdapat beberapa kisah mengenainya, tetapi Dajjal itu seperti susuk tubuh manusia biasa dan buta sebelah matanya serta dikurniakan perkara-perkara ajaib oleh Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana sebagai ujian terbesar kepada umat manusia.
Terdapat beberapa ratus hadis mengenainya termasuk yang berulang dan daif. Kami hanya memilih dari riwayat yang terkuat dan hadis-hadis yang berulang tidak dimasukkan kecuali sebab-sebab tertentu, seperti menguatkan hadis yang lain atau penambahan dari perawi yang kuat hafalannya. Perlu diingatkan sekali lagi, kami tidak meletakkan seluruh hadis mengenai Dajjal di sini. Wallahu'alam.
Hadis-Hadis Tentang Dajjal
1. Riwayat Al-Bukhari
2. Riwayat Muslim
3. Riwayat Abu Daud
4. Riwayat Tirmidzi
5. Riwayat Nasa'i
6. Riwayat Ibnu Majah
7. Riwayat Ahmad
1. Tolonglah cek hadis tu tulen ke x
ReplyDelete2. Cerita Dajjal mesti dikaji dengan teori sejarah dan saintifik. and especially logic!
3. jangan sampaikan cerita yang tidak masuk akal
4. at the end of the day, Islam juga akan dianggap nonsense religion
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
ReplyDeleteKisah Dajjal
ReplyDelete13
Share
Kisah Dajjal
Hadis yang dipaparkan adalah pengumpulan hadis-hadis mengenai perihal Dajjal. Pentingnya perkara Dajjal ini adalah kerana berdasarkan sebuah hadis;
Dari Ibnu 'Umar berkata : "Kemudian Nabi saw berdiri di hadapan manusia, lalu memuji Allah yang Dia satu-satunya yang paling berhak dipuji kemudian Beliau menyebutkan masalah ad-Dajjal dan bersabda: "Sungguh aku mengingatkan kalian tentangnya dan tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal itu. Sungguh Nabi Nuh 'Alaihissalam telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang para Nabi (sebelumku) belum pernah mengatakannya, iaitu bahawa ad-Dajjal itu a'war (buta sebelah matanya) dan sesungguhnya Allah tidaklah buta sebelah". [2829] Sahih Bukhari
Perkataan ‘tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal’ bermakna perkara mengenai Dajjal ini sangat-sangat penting. Maka dengan itulah kami cuba mengumpulkan seberapa yang ada mengenai hadis-hadis perihal Dajjal (tidak semua). Hadis mengenai kedatangan Dajjal ini adalah mutawatir, mengingkarinya boleh menyebabkan kekufuran.
Perlu diingat, bahawa Dajjal itu bukanlah hawa nafsu atau bentuk-bentuk yang pelik sebagaimana terdapat beberapa kisah mengenainya, tetapi Dajjal itu seperti susuk tubuh manusia biasa dan buta sebelah matanya serta dikurniakan perkara-perkara ajaib oleh Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana sebagai ujian terbesar kepada umat manusia.
Terdapat beberapa ratus hadis mengenainya termasuk yang berulang dan daif. Kami hanya memilih dari riwayat yang terkuat dan hadis-hadis yang berulang tidak dimasukkan kecuali sebab-sebab tertentu, seperti menguatkan hadis yang lain atau penambahan dari perawi yang kuat hafalannya. Perlu diingatkan sekali lagi, kami tidak meletakkan seluruh hadis mengenai Dajjal di sini. Wallahu'alam.
Hadis-Hadis Tentang Dajjal
1. Riwayat Al-Bukhari
2. Riwayat Muslim
3. Riwayat Abu Daud
4. Riwayat Tirmidzi
5. Riwayat Nasa'i
6. Riwayat Ibnu Majah
7. Riwayat Ahmad
Boleh Rujuk daripada koleksi hadis ini utk rujukan http://pejuangmelaka.blogspot.com/2011/08/pembahagian-hadis-tentang-dajjal.html
ReplyDeleteumat Islam banyak cerita kosong sahaja tentang teori Dajjal. Its disgusting bila Umat Islam tafsir hadis itu mengikut khayalan mereka sahaja. Sehinggakan pekara yg tidak logic disebarkan.
ReplyDeleteJika al-Quran itu berjaya dibuktikan mukjizatnya melalui kaedah saintifik, mengapa teori Dajjal juga tidak dibuktikan?
Aku sudah muak dengan cerita-cerita sebegini sebab ia tidak dibuktikan, yang diutarakan hanyalah satu tafsiran mengikut fenomena semulajadi, bentuk geografi, dan pekara kebetulan.
Cuba lihat balik, bagaimana umat ISlam dibodohkan dengan cerita pasal Noah Ark. Aku tengok discovery channel, tidak ada satu pun teori orang Islam yang betul!
Setakat ini, aku 'separuh' percaya teori Dajjal dari karya HArun Yahya. At least, beliau cerita pakai saintifik dan sejarah.