Pages

Monday, August 8, 2011

Hackers aka Penggodam Didenda RM50,000 dan Penjara 1 Tahun

Hackers aka Penggodam Didenda RM50,000 dan Penjara 1 Tahun




Seperti yang kita sedia maklum, kumpulan Hackers aka Penggodam lama web negara kita Gaysec telah selesai melakukan projek #OpsRamadhan untuk membongkar rahsia identiti Makcik Hajjah Sitt AlWuzara. Salahkah tindakan mereka yang membongkar identiti perempuan yang sentiasa menghina dan mencaci Agama Islam di laman Facebook, Twitter dan Blog beliau? Pada pendapat peribadi saya, tindakan Gaysec menggodam laman sosial Makcik Hajjah Sitt AlWuzara itu adalah berasas di mana Gaysec memperjuangkan martabat Agama Islam. Kalau betulah Makcik Hajjah Sitt AlWuzara tak puas hati dengan tindakan Gaysec, sila buat laporan Polis ye. Berani ke nak buat laporan Polis dengan mendedahkan identiti yang sebenarnya pada pihak Polis? Atau memang Polis tengah menjalankan Operasi mencari Makcik Hajjah Sitt AlWuzara juga? Jangan risau Gaysec, ramai yang akan support anda dari belakang…



Memang denda RM50,000 dan penjara setahun kepada penggodam atau hackers cap ayam yang hanya tahu menggodam laman sosial artis sahaja. Laman sosial artis Malaysia seperti Fara Fauzana, Abby Abadi, Hot FM dan lain-lain sebelum ini telah digodam. Tidak seperti Gaysec yang berjaya mendedahkan identiti sebenar Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang memang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di Malaysia ini. Tapi kalau ‘si Makcik Karipap’ tu buat laporan, Gaysec pun akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Itu pun kalau Makcik Hajjah Sitt AlWuzara tu berani buat laporan Polis. Makcik Hajjah Sitt AlWuzara tak akan buat laporan Polis sebab dia kan suka kutuk-kutuk, maki-maki kat laman sosial jer kan? Hehehe… Terima Kasih sekali lagi untuk Gaysec!

Nie Artikel dari MyMetro mengenai Hukuman untuk Penggodam :-

KUALA LUMPUR: Individu atau peminat yang didapati bersalah menggodam laman sosial artis, walaupun untuk suka-suka, boleh dikenakan hukuman dan denda berat.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, kes penyamaran identiti antara kesalahan serius dan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang, termasuk Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menerusi akta berkenaan, penyamar bakal berdepan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau ketika dihubungi berkata, kebanyakan orang tidak tahu, perbuatan penyamaran dan pencurian identiti adalah satu kesalahan, malah boleh dikenakan tindakan mengikut akta sedia ada.

“Kita menggalakkan individu yang menjadi mangsa mengambil tindakan dengan membuat laporan polis, bukan semata-mata mendiamkan diri.

“Mangsa dinasihatkan membawa sekali bukti ketika membuat laporan polis iaitu maklumat Facebook yang dicetak.

“Kebanyakan penyamar dan pencuri ini sebenarnya mempunyai agenda sendiri. Kita tidak menafikan ada yang cuba menyebar fitnah dan tohmahan, termasuk mengenai institusi diraja serta kerajaan memimpin,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan daripada golongan artis berhubung kes kecurian identiti di laman sosial berkenaan.

Katanya, penyamar identiti turut berdepan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 apabila menyebarkan hasutan mengenai institusi diraja atau kerajaan iaitu denda kesalahan pertama RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun.

Bagi ancaman ugutan pula, individu terbabit akan dikenakan hukuman mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

1 comment: