Pages
▼
Tuesday, August 9, 2011
HARGA MINYAK TURUN KEPADA RM253.38 SETONG
HARGA MINYAK TURUN KEPADA RM253.38 SETONG | OGOS 2011 |
Dalam keceriaan kakitangan awam meraikan bonus setengah bulan gaji, ada pula isu penurunan harga minyak mentah dunia. Memandangkan pendapatan rakyat masih cukup-cukup makan dan ada yang masih berpendapatan rendah lagi, penurunan harga minyak amatlah diharapkan. Berita terbaru yang ammboi baca adalah harga minyak mentah jatuh dengan berada di bawah paras AS$84 setong (RM253.38) di Asia semalam selepas agensi kewangan Standard & Poor menurunkan penarafan hutang Amerika Syarikat (AS) daripada tahap cemerlang AAA kepada AA+.
Penurunan penarafan hutang itu menjejaskan pertumbuhan ekonomi global termasuk permintaan untuk minyak mentah. Perkembangan tersebut menyebabkan harga minyak global merudum. Para pelabur kini bimbang keputusan Standard & Poor menurunkan nilai kredit AS itu akan turut melemahkan keyakinan pengguna. Harga minyak mentah terus menurun daripada AS$100 (RM301) setong pada bulan lalu dan hampir AS$115 (RM346) pada Mei lepas.
KUALA LUMPUR: Harga kontrak minyak mentah turun di bawah US$80 per barel di New York, terendah dalam 10 bulan, sementara penurunan rating kredit AS dan peningkatan cadangan minyak dikhawatirkan menghambat permintaan komoditas itu di negara tersebut.
Harga perdagangan berjangka minyak mentah untuk pengiriman September turun US$2,69 jadi US$$78,62 per barel dalam perdagangan elektronika di New York Mercantile Exchange, terendah sejak 30 september. Harga minyak tercatat US$78,71 pada pukul 10:41 waktu Sydney hari ini. Kontrak kemarin anjlok US$5,7 jadi US$81,31.
Harga kontrak turun 3,3% hari ini, menyusul penurunan 6,4% kemarin. lLporan Departemen Energi besok mungkin menunjukkan cadangan minyak mentah naik untuk minggu ketiga.
"Sampai kita melihat kembalinya kepercayaan konsumen AS, situasinya mungkin tak berubah untuk mendorong reli harga. Resesi sudah jelas berpotensi menekan harga konsumsi," kata David Lennox, analis pada Fat Prophets di Sydney.
Harga kontrak Brent untuk penyelesaian September tercatat US$101,88 per barel setelah turun US$1,97 jadi US$101,77 di ICE Futures Europe exchange yang brbasis di London. (tw)
No comments:
Post a Comment