Pages

Sunday, August 28, 2011

Ingat Wasiat Raja-Raja Melayu..

Wasiat Raja-raja Melayu


Gambar atas : Raja-raja Melayu bergambar bersama Wakil Ratu Britain.
Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-duli Yang Maha Mulia sembilan orang Raja-raja Melayu sebagai raja pemerintah dari empat buah “Negeri Melayu Bersekutu” dan lima buah “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat tujuh wasiat Raja-raja Melayu yang berbunyi :

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera. Tujuh perkara itu ialah :


1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini

5. Kami isytiharkan Islam sebagai agama Pesekutuan

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain

Sila baca dan fahami wasiat di atas tanpa prejudis perkauman dan politik sempit, khususnya kepada segelintir chauvinist yang masih lagi wujud di negara kita selepas hampir setengah abad merdeka.

Ingatlah wasiat Raja-Raja Melayu mempertahankan Malaysia daripada penjajah..


Ideologi komunis adalah fahaman berasaskan ajaran Karl Marx (1818-1883). Marx seorang sosialis revolusioner. Ajarannya dimuatkan dalam dua karya utamanya, The Communist Manifesto (1848) dan Das Kapital (1867) dijadikan sebagai doktrin ideologi komunisme. The Communist Manifesto ditulis bersama sahabatnya Frederich Engels (1820-1895).
Pada 1885 dan 1894, Engels mengembangkan lagi Das Kapital sebanyak dua volume (volume 2 dan 3) sebagai melanjutkan pemikiran dan ajaran Karl Marx. Das Kapital dianggap sebagai kitab suci penganut Marxisme-komunisme-atheisme. Tiga serangkai fahaman ini ditegakkan sebagai dogma dan doktrin penganutnya. Marx dianggap nabi yang membawa obor keadilan kepada masyarakat komunis.
Sebenarnya, ajaran komunis itu bercanggah dengan ajaran Islam, prinsip dan juga pertama Rukun Negara, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Melalui teori sosialnya, Marx menganggap kehidupan ditentukan oleh material semata-mata. Marx (Komunisme) melihat sejarah manusia dibina di atas sejarah kebendaan atau ‘dialektika historis materialisme’ semata-mata.



Jangan gadaikan agama dan bangsa demi kuasa !!! Ingatlah Pesanan Raja-Raja Melayu.. Salam Perjuangan..

No comments:

Post a Comment