Pages

Tuesday, August 2, 2011

Apa itu Bai'at ?




Kandungan Bai’at

Dari perkataan “al-bai’

” lahirlah istilah “al-bai’at "

” iaitu ikatan janjisetia atau ikatan sumpah setia. Iman yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai bai’atmengandungi pengertian: Ikatan janji setia atau ikatan sumpah setia dengan Allah untuk menjualkan harta dan dirinya kepada Allah yang sememangnya bersedia untuk membelinyadengan syurga. Bai’at ini tentunya mempunyai “kandungan-kandungan” dan “tuntutan-tuntutan”. Perkara yang terkandung di dalam Bai’at dan menjadi tuntutannya yang mestidilaksanakan dengan kuat kuasanya ialah tersimpul dan terangkum dalam “

Jihad

” dalam duahal: Jihad Lahir dan Jihad Batin atau jihad di medan perang dan jihad di medan nafsu, jihadyang sementara dan jihad yang berterusan sentiasa dengan konsep dan pengertiannya, serta penjelasannya luas seperti yang dibentang oleh Al-Quran dan As-Sunnah.Allah telah merumuskan gambaran aqidah sebagai Bai’at dalam Al-Quransebagaimana firmanya:Maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, harta dandirinya dengan syurga yang diuntukkan bagi mereka;(Mereka yang) berjuang di medan perang pada jalan Allah, lalu membunuh dan dibunuh, sebagai janji yang haq ke atas Allah dalam (kitab) Taurat, Injil dan al-quran. Maka siapakah yang lebih tepat dengan janjinya dari Allah? Maka gembiralahdengan jual beli kami yang telah kami lakukan (memeteraikan) antara kamu. Dan yang demikian itu adalah kejayaan yang besar; Mereka yang bertaubat;Mereka yang mengabdi; Mereka yang memuji; Mereka yang mengembara;Meraka yang rukuk dan sujud; Mereka yang menyuruh kepada ma’ruf danmenegah dari yang mungkar; Merka yang menjaga batas-bats Allah. Maka sampaikanlah berita bembira kepada para mukminin.
(At-Taubah: )Ayat di atas dengan jelas menegaskan bahawa Iman kepada ciri-ciri aqidah sebagaiBai’at atau ikatan janji setia untuk menjualkan harta dan dirinya kepada Allah yang sediamembelinya dengan harga yang tidak ternilai. Tuntutan yang dimestikan oleh ikatan janji setiaini ialah: Jihad.1.Jihad Fi Sabilillah di medan perang dengan musuh yang lahir..2.Jihad Fi Sabilillah di medan perjuangan nafsu dengan musuh yang ghaib dan batin.Dengan penjelasan lain bahawa aqidah keimanan yang merupakan ikatan Bai’at itumemastikan tuntutan: Hijrah dan Jihad. Ketiga-tiga ciri berikut adalah merupakan ciri-cirikeperibadian setiap muslim dan mukmin yang tulin dan sejati iaitu:1.Aqidah Iman2.Hijra
3.JihadOrang demikian itu seperti diisyaratkan oleh Al-Quran: Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang beriman, berhijrah dan berjihad ke jalan Allahdengan harta dan dirinya, merkea itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
(Al-Baqarah:217)

Memperbaharui Bai’at

Bai’at atau ikatan janji setia atau sumpah setia degan Allah ini perlu diperbaharuiselalu. Kalimah Syahadah adalah lafaz bai’at yang sah dan rasmi. Dan lafaz tersebut sentiasadiulangi ucapannya. Dalam sehari semalam tidak kurang dari sembilan kali yang sudah mestidilafazkan. Ucapan lafaz syahadah yang sentiasa diulangi itu mengandungi erti bahawa setiapMuslim mestilah memperbaharui bai’atnya, iaitu memperbaharui kesedaran dankeazamannya.Bai’at ini juga perlu disaksikan. Pada zaman Rasulullah maka Rasulullah-lah yangmenjadi saksi kepada setiap bai’at yang dilakukan ataupun wakil-wakil baginda yangdiizinkan. Begitulah penyaksian ini terus-menerus dijalankan hinggalah keakhir zamansebagai tradisi Islam.Bai’at di dalam sembahyang yang mesti dilakukan sebanyak sembilan kali seharisemalam iaitulah setelah menyebut atau mengatakan “Assalaamu a’laika ayyuhan nabiy……”(Salam sejahtera ke atas Nabi iaitu dengan menghadirkan ruhani Rasullah sebagai saksi) dan“Assalamu a’laina wa a’la i’ba …………” (salam sejahtera ke atas kami diri orang-orangsoleh dan diri orang yang baik-baik iaitu juga sebagai saksi) barulah dilakukan/dinyatakan bai’at dengan dua kalimah syahadah.Setiap Muslim boleh menjadi saksi dalam melakukan bai’at, tetapi yang lebih layak malahan lebih berhak untuk menjadi saksi ialah merkea yang mewarisi para anbiya(Warasatul Anbiya). Semakin tinggi ia mewarisi maka semakin layak dan berhak menjadisaksi, kerana merekalah yang lebih tinggi dan lebih kukuh kesetiaan kepada bai’ahnya, jugalebih banyak dan lebih padat dalam melaksanakan tuntutan-tuntutan seperti yang dipastikanoleh bai’atnya. Orang-orang yang sedemikian merupakan orang-orang yang akan dapatmemberikan kesan-kesan psikologi kepada orang yang membuat bai’at supaya tetap dan terussetia kepada bai’at dan tuntutannya.Dalam satu-satu keadaan atau suasana tertentu umat Islam atau sebahagian daripadamereka perlu membuat bai’at secara khusus akan mengkhususkan bai’at. Bai’at khusus iniialah bai’at atau menyimpul janji setia dengan Allah untuk menjual harta dan dirinya demikerana melaksanakan sebahagian dari ciri-ciri dalam tuntutan bai’at, seperti tercatat dalamsejarah Rasulullah; iaitu Bai’atul Aqabah petama, Bai’atul Aqabah kedua, Bai’atur Ridwandan bai’at selepas menawan Kota Mekah dari tangan Kaum Musyrikin.Konsep bai’at ini telah difahami oleh para ulama warisan anbiya pada sekian peringkatzamannya. Sebagaimana Al-Quran dan uswah hasanah dari sunnah Rasul itu dijamin kekalmaka demikianlah juga para warisannya tetap kekal sepanjang zaman. Para ulama warisananbiya inilah juga sebagai badalnya (penggantinya) terus membuka pintu bai’at kepada umatIslam dan membai’atkan mereka yang berazam untuk memperbaharui bai’atnya dengan Allahuntuk menjualkan harta dan dirinya kepada Allah yang sememangnya bersedia untuk membelinya dengan harga yang tidak ternilai. Dalam sejarah dakwah Ilallah dan Jihad Fillah banyak para ulama yang membai’atkan umat Islam untuk menjalani jalan Allah dan berjihadkepadaNya, dan telah terbukti kesan dan pengaruhnya yang mengkagumkan.

Mengapa Amalan Bai’ah Ditinggalkan?

Amalan bai’ah menerima Islam ditinggalkan pada zaman khalifah-khalifah kerajaanIslam. Adapun pada zaman Khalifah Ar-Rashidin, manusia memeluk agama Islam biasanyakerana terpaksa oleh peperangan, bukan secara berlemah-lembut dan jelasnya bukti kebenaranIslam, bukanlah kerana patuh dan cinta kepada kebenaran Islam. Adapun pada zamankhalifah-khalifah seterusnya, ia ditinggalkan kerana kebanyakan mereka adalah zalim danfasiq. Oleh itu mereka tidak mengambil berat untuk mendirikan sunnah-sunnah Islam samalahseperti keadaan yang terdapat dimasa kini. Oleh kerana pemimpin-pemimpin yang ada bukanlah dari jenis pemimpin zuhud atau pemimpin akhirat, maka amalan yang telah menjadisunnah itu terus ditinggalkan.Begitu juga dengan persoalan yang bersangkut dengan bai’ah untuk tetap berpegangdengan taqwa telah ditinggalkan. Pada zaman khalifah Ar-Rashyidin ia tidak dilakukan keranakebanyakan para sahabat telah memperolehi cahaya iman dan petunjuk dengan bersahabatserta bergaul dengan Nabi s.a.w.. Malah dididik dan ditarbiah oleh Nabi sendiri. Maka merekamerasa tidak perlu lagi untuk melakukan bai’ah dengan khalifah-khalifah.Adapun pada zaman khalifah-khalifah selepas khalifah Ar-Rashidin, ia tidak dipraktikkan kerana bimbang akan berpecahnya persatuan umat dan merebaknya fitnah-fitnah bai’ah (dengan guru dan syeikh) boleh menimbulkan sangkaan seolah-olah merekamelakukan bai’ah untuk khalifah. (Fitnah politik)Maka pada zama itu golongan tasauf telah menggantikan amalan bai’ah itu denganamalan yang dinamakan khirkhah (istilah sufi: ijazah yang merupakan pakaian istimewa paraikhwan yang diberikan kepada mereka yang sudah berbai’ah), kemudian apabila upacararasmi melakukan bai’ah untuk jawatan khalifah telah lenyap, maka golongan tasauf telahmengambil peluang untuk terus mengamalkan dan menghidupkan kembali amalan bai’ah atau berjanji setia itu.Hingga kini amalan bai’ah tersebut tidaklah begitu meluas melainkan hanya golonganahli tasauf (sufi) dan golongan-golongan tariqat. Sebenarnya dimasa kini amalan bai'ah ini begitu penting memandangkan iman orang-orang Islam telah begitu tipis dan tidak bermayauntuk menegakkan agamaNya didirinya dan juga masyarakat serta tidak berkemampuanlansung untuk menetang kezaliman manusia kafir dan yang kufur.Mubai'ah untuk menambahkan iman dan menyatu padukan barisan peperangan pernahdilakukan oleh Rasulullah s.a.w.. Mubai'ah ini dilakukan dengan menjunjung Al-Quran ketikatentera Islam berpecah-belah ketika mereka hampir untuk memasuki Kota Mekah dengantujuan untuk menyatupadukan mereka di atas satu barisan. Janji setia atau mubai'ah kaumMuslim kepada Rasulullah s.a.w. yang bersejarah itu dilakukan oleh tentera-tentera Islam di bawah sebatang pohon. Peristiwa itu dikenali dengan nama “Bai’atur Ridwan” – janji setiayang diredhai Allah.

Firman Allah:Maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah rela (suka) terhadap orang-orang mukmin, ketikamereka bai'ah (berjanji setia) dengan engkau di bawah pohon kayu, lalu Diamengetahui apa-apa yang dalam hati mereka, kemudian Dia menurunkanketenangan ke dalam hati mereka dari memberi ganjaran kepada merekadengan kemenangan yang dekat.
(Al-Fath:18)

No comments:

Post a Comment