Di Malaysia, ajaran sesat yang paling awal dikesan dan dipercayai yang tertua ialah ajaran Taslim. Ajaran ini mula dikesau di Pulau Pinang pada 1870-an, seterusnya terus merebak ke negeri-negeri lain di seluruh Semenanjung. Pada 1950-an, lahir satu lagi ajaran di Kelantan yang dikenali dengan ajaran Subud. Walau bagaimanapun, ajaran ini tidak begitu mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam dan akhirnya ia lenyap begitu sahaja.
Ajaran Ilmu Hakikat
Penyelewengan akidah atau ajaran sesat berlaku dengan lebih hebat dengan kemunculan satu ajaran yang dikenali dengan ajaran Ilmu Hakikat yang muncul sekitar 1980-an. Ajaran ini dipelopori oleh Haji Ahmad Laksamana bin Haji Omar yang terkenal melalui tulisannya dalam buku Hakikat Insan. Sebahagian besar isi kandungan buku berkenaan mempunyai persamaan dengan Hidayatul Anwar oleh Syed Jamalullail, pengasas ajaran Taslim.
Pengaruh ajaran ini tersebar luas dan mendapat sambutan daripada kalangan sebilangan kecil masyarakat di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Iain-lain negeri di Malaysia Barat. Selepas pengharaman dilakukan oleh kerajaan terhadap buku Adam Perkataan ditafsirkan oleh Ahmad Laksamana dengansebagai Allah, dalam dan Muhammad, yang bererti Allah dalam Muhammad. Muhammad' yang dimaksudkan di sini bukannya Nabi Muhammad s.a.w. (yang lahir di Makkah dan wafat di Madinah) tetapi adalah berkaitan dengan teori Nur Muhammad sebagai manusia pertama yang terdapat dalam ajaran wahdat al-wujud. Ini dapat dilihat daripada penjelasan Ahmad Laksamana:
"Nama Allah itu baru, sebelum itu belum ada Tuhan bernama Allah. Zat tersebut mentajalli (menampakkan) dirinya serta di-tajallinya Nur Allah, kemudian ditajalli pula Nur Muhammad (insan kamil), pada peringkat ini hanya dikenali engkau aku - aku engkau
Bagi membuktikan dakwaannya itu, Ahmad Laksamana menyatakan bahawa manusia keseluruhannya adalah seperti perkataan Muhammad , Huruf mim adalah kepala manusia, ha adalah bahu manusia, mimadalah punggung manusia dan dal adalah kaki manusia. Oleh sebab Allah dan Muhammad pada hakikatnya adalah satu pada diri manusia (zahir) dan (batin) maka tiada lagi penyembah dan yang disembah. Sembahyang ada-lah tidak lain daripada penyaksian diri kita sendiri sebagai pem-bawa dan penanggung rahsia Allah.
Ajaran bahawa "zahir manusia itu Muhammad dan batin ma-nusia itu Allah" berasal daripada ajaran wahdat al-wujud yang di-petik daripada ajaran Kristian. Ajaran Kristian mengatakan diri Jesus adalah himpunan dua nature iaitu Lahut dan Nasut atau tuhan dan manusia. Manakala pentafsiran berdasarkan huruf dan kalimah seperti perkataan dan sebagaimana dijelaskan adalah ajar-
an batiniyah yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Pengertian Dua Kalimah Syahadah
Dalam buku Hakikat Insan, Ahmad Laksamana mengatakan bahawa pentafsiran yang dibuat oleh ulama bagi lafaz syahadah adalah salah dan tidak tepat. Terjemahan yang diterima pakai iaitu: "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar disembah) melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" adalah terjemahan orang syariat.
Terjemahan yang tepat menurut pandangan ajarannya yang digelar "ilmu hakikat dan makrifat" adalah seperti berikut:
a. ertinya "kita bersaksi dengan diri kita sendiri tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata." Ini bererti kita menafikan tubuh kita dan kita ithbatkan kewujudan Allah semata-mata. Jadi terjemahan tiada tuhan melainkan Allah adalah tidak tepat.
b. ertinya "dan bersaksilah aku bahawa diriku yang zahir ini adalah menanggung diri rahsia Allah semata-mata. Dengan itu terjemahan Muhammad pesuruh Allah adalah tidak tepat pada pandangan Ahmad Laksamana.
Selain itu, lafaz syahadah telah dipecah dan diregukan kalimah-kalimah tersebut dengan istilah dan bentuk yang bermacam ragam. Sebagai contoh yang mengandungi 24 huruf adalah sempena 24 jam seh'ari semalam.
Hakikat Sembahyang dan Zikir
Sembahyang diertikan dengan berdiri menyaksikan diri sendiri, bahawa tiada yang nyata pada kita, tetapi yang nyata hanya Allah (diri batin dan Muhammad diri zahir iaitu yang membina dan menanggung rahsia Allah). Hakikat sembahyang terkandung dalam setiap huruf pada kalimah huruf alif: niat, huruf lam: berdiri, huruf ha: rukuk, huruf mim sujud dan huruf dal: duduk antara dua sujud (Hakikat Insan, hal. 143).
Ahmad Laksamana juga mengatakan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam semuanya salah. Baginya sembahyang yang betul adalah dengan cara yang didapati daripada mimpi, diajar oleh Rasulullah, disaksikan oleh Nabi Yusuf, Wali Qutb Jadid, Syeikh Abdul Kadir al-Jilani dan Imam Syafie. Beliau me-nyatakan:
"Mereka datang kepada aku, sembahyang yang disahkan oleh Nabi Khidir dan direstui oleh guru Hakikat lagi mursyid."
Cara sembahyang yang tepat sebagaimana yang diperolehi melalui mimpi adalah seperti berikut:
a. Tiada bacaan surah pendek selepas bacaan al-Fatihah.
b. Tidak perlu membaca al-Fatihah dengan kuat dalam apa-apa
sembahyang sekalipun.
c. Tidak ada i'tidal selepas rukuk.
Selain penyelewengan yang dilakukan dalam bentuk perbuatan atau pengucapan (fi'li dan qawli), Ahmad Laksamana turut membandingkan kelazatan sembahyang adalah sama dengan persetubuhan. Ini suatu perbandingan yang amat keji dan penghinaan yang besar terhadap Islam. Ini kerana nikmat pengabdian diri kepada Allah adalah perkara ruhiyyah dan bukan perkara syahwat ba-dan atau nikmat jasad.
Zikir yang dilakukan dalam ajaran ini menepati dengan meditasi dalam mistikisme. Antara zikir yang paling kemuncak ialah "ah, ah, ah" yang diambil daripada huruf pertama dan terakhir daripada lafaz al-jalalah (Allah) dan ditafsirkan huruf alif itu adalah kemaluan lelaki dan ha adalah alat kelamin perempuan. Zikir "ah" adalah zikir makrifat Allah kerana diambil daripada lafaz Allah yang tajalli daripada ahadiyyah, wahdah, wahidiyyah, alam arwah, alam mithal, alam ajsam dan alam insan. Alam insan adalah benih lelaki dan alam ajsam adalah benih perempuan dan kedua-duanya datang daripada Allah. Oleh itu, diambil dan simbol alat kelamin lelaki dan perempuan . Sebutan "ah" dua kali dikatakan dua rakaat Subuh. Allah empat huruf adalah empat rakaat Zuhur, Adam tiga huruf adalah tiga rakaat Maghrib . Empat rakaat adalah empat rakaat Isyak.
Kesimpulannya buku tersebut dengan jelas cuba menyebarkan ajaran Batiniyah yang dicampur dengan wujudiyah (wahdat al-wujud) termasuk ajaran Martabat Tujuh yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jama'ah. Dalam buku tersebut, Ahmad Laksamana banyak menggunakan hadith palsu yang didakwa sebagai hadith Qudsi seperti:
Cara untuk Menjadi Wali
Dalam buku tersebut, penulis membahagikan tiga jenis ilmu, iaitu:
a. Ilmu biasa yang boleh dipelajari oleh semua orang.
b. Ilmu yang hanya boleh dipelajari oleh orang tertentu dengan bergurukan kepada para wali, nabi dan rasul.
c. Ilmu yang diajar oleh Tuhan sendiri apabila kita sudah sampai ke martabat wali.
Cara menjadi wali adalah dengan mengenal diri dan men-jalankan latihan dan amalan di bawah bimbingan guru mursyid yang mesti dipatuhi dengan sepenuhnya. Hasil daripada itu, dia akan beroleh mimpi, nur, tajalli daripada Tuhan, mata hati (basir) akan dapat melihat tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Seterusnya akan memperoleh fana' dengan Allah dan mulut akan terlatah dengan kata-kata "ana al-haq". Murid akan diiktiraf sebagai wali kerana telah dilawati oleh para tetamu yang terdiri daripada para wali, nabi-nabi dan rasul secara sedar dan bukan mimpi (Ha-kikat Insan, hal. 59)
5. Unsur Seks dalam Ilmu Hakikat
Seks ialah unsur yang penting dalam Ilmu Hakikat. Anggota seks telah dikaitkan dengan perkataan atau ayat al-Qur'an dan dengan pentafsiran yang berbagai-bagai. Dalam buku Hakikat Insan ditunjukkan dengan jelas rajah-rajah bagi menerangkan tentang bagaimana kaitan antara ayat al-Qur'an dengan anggota seks ma-nusia. Sebagai contoh lafaz , huraiannya seperti berikut:
a. Alif : rahsia Allah
b. Titik ba : mani
c. Pangkal huruf sin : kepala zakar
d. Batang huruf sin : batang zakar
e. Lingkaran luar huruf ha : bibir faraj
f. Lingkaran dalam huruf ha : lubang faraj
g. Huruf lam : batu zakar
Pentafsiran sebegini adalah sebagai satu cara bagi mereka me-ngaitkannya dengan konsep "nikah batin", iaitu sebagai satu alasan yang mudah bagi menghalalkan pertemuan antara lambang zakar dan lambang faraj. Perkara yang sama juga wujud dalam konsep "nikah batin" dalam ajaran Taslim.
6. Pembahagian Ilmu
Ahmad Laksamana membahagikan ilmu kepada tiga bahagian:
a. Ilmu Qalam.
b. Ilmu al-Ghaib.
c. Ilmu Syahadat.
a. Ilmu Qalam
Bagi membuktikan adanya ilmu Qalam, Ahmad Laksamana menggunakan ayat dengan menterjemahkannya "yang mengajar kamu ilmu Qalam".
Menurut Tafsir Pimpinan al-Rahman, terjemahan bagi ayat yang berkenaan ialah:
"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan."
Dalam Islam tidak terdapat bidang ilmu yang dikenali sebagai Ilmu Qalam. Tentang Ilmu Qalam, Ahmad Laksamana mengatakan bahawa pancaindera manusia ada tujuh. Dakwaan tersebut adalah suatu pembohongan.
7. Kejadian Manusia dan Makrifat dengan Allah
Ahmad Laksamana mendakwa bahawa manusia bermula daripada alam ghaibal ghaib dan kemudiannya dipindahkan dari suatu alam ke suatu alam yang lain sehingga manusia wujud di alam ini. Be-liau juga mendakwa bahawa diri batin manusia adalah diri rahsia Allah yang ditajalli oleh zat al-haq rahsianya untuk ditanggung oleh manusia.
Apabila manusia menanggung rahsia, maka menjadi tugasnya memakrifatkan dirinya dengan Allah. Beliau seterusnya mendakwa bahawa tidak sempurna hidup manusia jika dia tidak memakrifat-kan dirinya dengan Allah seperti firman Allah:
Maksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk berbakti (mengenal diri)."
(Surah al-Zariyat ?:56)
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Awal agama (cara hidup) adalah mengenal Allah." Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa tugas manusia sebenarnya adalah menerima diri rahsia Allah dan ber-tanggungjawab pula untuk memulangkan diri rahsia Allah kepada empunya diri. Firman Allah:
Maksud: "Sesungguhnya Allah (diri empunya diri) memerintah supaya memulangkan amanahnya kepada yang (diri empunya diri)."
(Surah al-Nisa' 4:58)
Beliau berpendapat, untuk memakrifatkan diri dengan Allah, telah diberi jalan untuk mengenal Allah dan untuk mengenal Allah, manusia mestilah mengenal dirinya. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya dengan mengenal dirinya maka seseorang itu akan mengenal Tuhannya."
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa dapat mengenal Tuhannya maka nescaya binasa dirinya. "
Kesimpulannya Ahmad Laksamana mentafsirkan ()ayat 56 Surah al-Zariyat adalah tidak tepat kerana maksudnya yang se-benar ialah beribadat bukannya mengenal diri. Begitu juga hadith yang dibawa olehnya adalah hadith maudhu'. Ayat 58 Surah al-Nisa' ditafsirkan menurut kehendaknya.
8. Menambah Huruf dalam al-Qur'an
Dalam buku Hakikat Insan, pengarang mengatakan bahawa ada mengandungi 20 huruf termasuk satu huruf' ghaib. Alif ini adalah hakikat diri Allah yang ditajalli dari alam. Huruf "")pada(adalah hakikat diri mani yang mengandungi rahsia Allah danadalah hakikat sperma (ulat mani) pada mani yang menanggung diri rahsia Allah. Maka bacaannya adalah yang bermaksud:
"Adakah dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani."
Ahmad Laksamana telah tersalah membilang huruf perkataan. Beliau mengatakan 20 huruf termasuk, sedangkan sebenarhya 22 perkataan. Beliau terlupa mengira tasydid (sabdu) yang merupakan penambahan satu lagi huruf. Penambahan hamzah sebelum pada adalah merosakkan al-Qur'an sedangkan' Allah berfirman: '
Maksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur'an dan Kami juga menjaganya."
Pengharaman Ajaran
1. Mesyuarat Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan mengharamkan ajaran ini dan Warta Kerajaan Kelantan pada 3 Julai 1996 no. 255 dan 256 memutuskan:
"Setelah mengkaji isi buku "Tajalli" dan "Hakikat Insan" ka-rangan Haji Ahmad Laksamana, pita rakaman ceramah atau pengajaran serta Iain-lain upacara keagamaan yang mem-punyai hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana mengandungi kata-kata syirik, sesat dan khurafat. Kata-kata karut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran sebenar agama Islam, dengan demikian femaah Ulama bersetuju memfatwakan bahawa Haji Ahmad Laksamana bin Omar mengamal dan menyebar ajaran sesat.
2. Pada 1985, Mahkamah Kadi Besar Kelantan, Kota Bharu mensabitkan tiga kes iaitu di bawah seksyen 68 (1), 69 dan 74 Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1996 dan menghukum:
Mengajar atau memberi penerangan agama tanpa ke-
benaran tauliah dari Majlis - dihukum denda RM 250.00
atau sebulan penjara.
Mengajar atau memberi penerangan yang berlawanan
dengan hukum syarak - denda RM 250.00 atau tiga bu-
lan penjara.
Mengeji atau mencaci agama Islam - dihukum denda
RM 1,000.00 atau 6 bulan penjara.
3. Buku Hakikat Insan oleh Haji Ahmad Laksamana bin Omar,Kota Bharu, Kelantan telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 5 November 1992, P.U. (A) 420.
Kesimpulan
Sumber penyelewengan yang utama ialah penerapan unsur-unsur batiniyyah yang dapat dilihat dengan jelas dalam penafsiran-pe-nafsiran yang dilakukan terhadap huruf dan kalimah-kalimah tertentu dalam al-Qur'an dan lafaz syahadah.
Oleh sebab ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam, maka semua umat Islam dinasihatkan menjauhi ajaran-ajaran yang seumpama ini dan tidak mempelajari atau mengamal ajaran ini demi menjaga akidah dan kesucian agama.
di akhir zaman dajal akan muncul ini kata nabi, dajal dia boleh menjadikan yg mana masuk syurga dan yg mana masuk neraka. Dan kebanyakan org terpedaya dengan permainan syurga dajal, pada masa itu ramai org mahu kesyurga padahal itu lah pintu neraka, cuba kita lihat setakat ini siapa yg pengaruhi kita ke syurga tentu nya ulama feqo' dan org yg mengenal Tuhan dikatakan sesat dan dikatakan ahli neraka.. Cuba kamu fikir baik2 setakat ini semua org pilih syurga sedangkan syurga itu ketika berlakunya hari kiamat. Siapa sebenar nya DAJAL . Ramai terkeliru sekarang ini dan nabi pernah berpesan bahawa muncul nya dajal adalah apabila syurga dan neraka didunia boleh diterbalikkan... Kita lihat ulama feqo' yg bila ceramah semua boleh percaya dengan syurganya mana kala org yg mengenal tuhan dikatakan sesat dan ahli neraka... Kamu fikir laa sendiri siapa DAJAL yg sebenarnya... YG Iklas ....Zaid Ahmad
ReplyDelete