Pages

Monday, August 29, 2011

Peringatan Terhadap Israel


AGAMA-AGAMA CIPTAAN BANI ISRAEL



BISMILLAHIR-RAHMAANIR-RAHIM
Apabila membaca Al-Qur'an Al-Hakim kita sangat kerap menemui nama bangsa atau kaum yang berulang-ulang disebut di mana-mana sahaja iaitu Bangsa Kaum Bani Israel.

Bukan itu sahaja, bahkan nama tokoh-tokoh masyhur Bani Israel juga banyak disebut di dalam Al-Qur'an Al-Hakim. Hal ini sungguh-sungguh menakjubkan memandangkan Al-Qur'an Al-Hakim diturunkan kepada Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wassalam, seorang berbangsa Arab, dan ditaqdirkan pula Bangsa Kaum Bani Israel pulalah yang menjadi musuh terulung dan juga musuh terbesar kepada Ummatnya di kemudian hari.

Permusuhan ini sebenarnya tidaklah begitu ketara di zaman RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wassalam dan generasi yang masih berdekatan dengan zaman Baginda sallaLlahu 'alaihi wassalam. Pemusuhan Yahudi Bani Israel lawan Ummat Islam bagaimanapun menjadi semakin lama semakin parah dengan kemuncaknya bermula dari saat Khilafah mula hendak dikalahkan dan dilenyapkan dari mukabumi ini iaitu kira-kira 1,300 tahun kemudiannya.

Habis segala legasi yang haq yang diwariskan oleh Khilafah Islamiyyah digelapkan satu per satu oleh pergerakan Yahudi Bani Israel ini. Ianya satu malapetaka yang sungguh dahsyat, yang TokPakir maksudkan dengan zahirnya Yakjuj Makjuj. Mengapa tidak, jika kita mencari kisah-kisah empayar terdahulu dari sumber sejarah yang direkacipta oleh mereka maka kita tidak akan menemui nama dan status Khilafah Islamiyyah sebagai salah satu Kuasa-Besar yang pernah wujud dan signifikan kepada peredaran zaman berzaman. Empayar China, India, Eropah, Romawi, Majapahit, SriVijaya dan sebagainya ada kisahnya, tetapi, sejarah Empayar Islamiyyah tidak ada di dalam teks-teks sejarah mereka. Dan itulah juga yang telah diajarkan kepada kita sebagai anak-anak jajah mereka.

Walhal, Empayar Islamiyyahlah yang telah menguasai dunia ini dengan keluasan dan kekuasaan yang tiada tolok-bandingnya. Jika adapun disentuh mereka maka secara selayang-pandang sahaja, dan, legasi pencapaian Empayar Islamiyyah tidak pernah dijadikan sebagai kayu-ukuran untuk mereka ambil sebagai suatu teladan dan ikutan. Mengapakah begini ?. Yang nyata, Konspirasi menggelapkan Legasi Empayar Islamiyyah ini didalangi oleh Yahudi Bani Israel melalui komplot para 'ilmuan dan politikusnya. Ini adalah suatu yang kukuh fakta sejarahnya dan tidak memerlukan pembuktian. Mengapakah begitu ?.

Hal tentang pemusuhan ini telah juga disentuh oleh Al-Qur'an Al-Hakim yang seterusnya mengukuhkan lagi bukti kemukjizatannya yang bersifat melangkaui zaman yang telah menetapkan bahawa permusuhan besar pasti berlaku di antara Bangsa Kaum Yahudi Bani Israel dan Islam sampai bila-bila walaupun permusuhan bersekala besar itu belum berlaku di saat Al-Qur'an Al-Hakim diturunkan.




Perihal pengulangan dan jumlah kisah-kisah Bani Israel di dalam Al-Qur'an Al-Hakim ini bukan sahaja menakjubkan mereka yang biasa membacanya, tetapi ianya juga menakjubkan para pengkaji Al-Qur'an Al-Hakim dari keturunan Bani Israel sendiri. Sehingga hari ini mereka masih lagi mencari-cari hujjah yang benar-benar kukuh bagi menafikan keupayaan Al-Qur'an Al-Hakim yang memperincikan kisah-kisah terdahulu Bangsa mereka itu dengan tepatnya walaupun tanpa panduan dan interaksi dengan mereka.

Mereka sendiri mengakui bahawa tiada interaksi yang serius berlaku di antara mereka dan Nabi Muhammad sallaLlahu-'alaihi-wassalam. Jika adapun sebarang interaksi, keadaan yang penuh hostiliti atau kronologi yang berbeda telah tidak memungkinkan berlakunya transmisi maklumat dan fakta kepada RasuluLlah sallaLlahu-'alaihi-wassalam sehingga ianya dapat diungkapkan sebagaimana yang terungkap di dalam Al-Qur'an Al-Hakim. Berdasarkan pembuktian sebeginilah yang kemudiannya mengakibatkan pengkaji-pengkaji Bani Israel yang betul-betul ikhlas sebagaimana Maryam Jameelah tunduk dan menyerahkan diri kepada kebenaran Al-Qur'an Al-Hakim. Banyak hipotesis-hipotesis yang cuba diolah dan digerakkan oleh mereka untuk membuktikan bahawa Al-Qur'an Al-Hakim 'tidak asli atau original', tetapi semakin dalam mereka mengkaji mereka kemudiannya terpaksa tunduk mengalah dengan kesahihan Al-Qur'an Al-Hakim.

Tambahan lagi, bukan sahaja riwayat-riwayat terdahulu yang dikisahkan oleh Al-Qur'an Al-Hakim, bahkan, masih ada banyak lagi perihal kisah-kisah yang bakal berlaku di masadepan yang dikhaskan untuk Bangsa Bani Israel yang telah diperjelaskan perinciannya oleh Al-Qur'an Al-Hakim. Ada sesetengahnya telah boleh difahami dengan sejelas-jelasnya, manakala ada pula yang belum dapat difahami oleh manusia kerana 'ilmu untuk memahami dan mentafsirkannya belum terperjelaskan kerana ianya ditutup dan di'samar-samar'kan dari pandangan mata lahiriah manusia oleh Tuanpunya 'ilmu itu. Bila disingkap nanti maka di saat itu tiada kesamarannya lagi dan manusia akan memahami tafsirannya dengan jelas, mudah dan tanpa kebolehan penafian.

Kita mohon dan penuh berharap agar Allah subhana-hu-wata'ala sentiasa meletakkan pandangan diri kita pada posisi yang betul di saat realiti perincian Al-Qur'an Al-Hakim itu disingkap kepada pandangan kita. Dan, yang lebih penting lagi, kita mohon dengan taubat, rukuk dan sujud kepada Dzat Yang Maha Agung agar kita tidak berada atau diletakkanNya di posisi mereka yang tidak mahu mengalah dengan realiti yang telah disingkapkanNya, sehingga mentafsirkannya dengan kebatilan sehingga menyaingi AgamaNya. Kerana, itu adalah sikap Yahudi Bani Israel yang mahir mencipta agama tafsirannya sendiri setelah Dia menyingkapkan kesamaran ayat-ayatNya melalui Nabi-NabiNya dan Kitab-KitabNya. Boleh dikatakan bahawa tidak ada mana-manapun agama yang bathil di atas mukabumi ini yang tidak berpunca dari agama ciptaan Yahudi Bani Israel.

Kerana kemahiran mereka menyaingi Tuhanlah yang menjadikan Bangsa Yahudi Bani Israel itu sentiasa disebut-sebutNya di dalam Al-Qur'an Al-Hakim. Dan sebut-sebutan itu untuk mengingati kita supaya tidak mengikuti sikap Bangsa Yahudi Bani Israel.

Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bil khair...
AMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN !

Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..

No comments:

Post a Comment