Pages
▼
Monday, August 8, 2011
Wang Punca Tukar agama.
KUALA LUMPUR – Kesempitan hidup menjadi punca seorang mangsa beragama Islam dimurtadkan oleh sebuah ‘pertubuhan bukan kerajaan’ yang berselindung di sebalik kegiatan kebajikan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azlin berkata, dirinya mengalami kesempitan setelah ditinggalkan suami dan perlu menanggung dua anak yang masih kecil.
“Gaji yang sebanyak RM700 tidak cukup untuk menampung kami sekeluarga kerana perlu membeli keperluan harian dan tanggungan anak-anak yang masih bersekolah di Tahun 2 dan 3.
“Ini kerana bantuan Baitulmal juga tidak lagi diterima dengan hanya berharap daripada bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan,” katanya.
Bantuan diberhentikan kerana kononnya Azlin telah mampu berdikari.
Azlin berkata, seorang ejen pertubuhan itu mendekati dirinya ketika sedang bekerja di sebuah pusat latihan kecergasan dengan menjanjikan bantuan kewangan untuk membantunya mengatasi kesempitan hidup.
Ibarat mengantuk disorong bantal, bantuan tersebut diterimanya tanpa berbelah bahagi kerana percaya pertubuhan itu dapat membantu dirinya sekeluarga.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment