Pages

Wednesday, August 24, 2011

World Trade Center 9/11


World Trade Center 9/11


Apakah cerita sebenarnya di sebalik kejadian 9/11?, di sini saya akan mengupas mengenai konspirasi WTC 9/11 ini dan tujuan sebenar mereka merancang dan mencipta tragedi WTC. Tragedi ini juga telah membuka mata masyarakat dunia terutama di bahagian eropah dan Amerika Syarikat sendiri, betapa mereka telah diperbodohkan. Inilah peristiwa yang menjadi titik mula kebangkitan Islam. Ramai penduduk Amerika Syarikat dan Eropah yang memeluk Islam selepas peristiwa ini.

Pihak Illuminati dan Freemason mempunyai 4 tujuan daripada peristiwa 9/11 ini.

1. Mencabar kuasa Allah. Kenapa tarikh 9/11 dipilih? Mereka 'skip' no 10 ini kerana no 10 melambangkan kesempurnaan. Hanya Allah sahaja yang bersifat sempurna. Jadi mereka 'skip' bilangan no 10 itu. 9, 11. Tiada no 10 di situ. Mereka juga menerapkan 911 ini dalam kehidupan mereka seharian. Di Amerika Syarikat, untuk panggilan kecemasan mereka perlu mendail 911 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.


2. Sebagai simbol kemusnahan Kaabah.


3. Untuk mempengaruhi politik dunia untuk rancangan terakhir New World Order.

Mungkin anda semua sudah tahu. 9/11 dijadikan alasan untuk Amerika Syarikat menyerang negara-negara Islam dan menjadikan Israel sebagai kuasa utama dunia dalam persediaan menyambut kedatangan The False Messiah - Dajal.

4.To Create One of the Darkest Stargates.
Ini saya akan terangkan balik. (berkaitan dengan kepercayaan sihir Freemason/ Illuminati)

Di sini saya ingin menerangkan mengenai tujuan ke-2, iaitu Simbol kemusnahan Kaabah.

Kaabah adalah pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Apa itu tenaga? Saya terangkan sedikitt tentang tenaga-tenaga ini.

Terdapat 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain iaitu:
1. Minda.
2. Tubuh Badan.
3. Roh/Batin.

Jika anda kurang faham mengenai potensi diri, anda tidak akan faham pentingnya sistem penguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom terkecil apa akan anda temui? Atom, elektron, proton. Apa makna ini semua? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai pemancar tenaga. Dimana kite boleh dipengaruhi oleh tenaga diseliling dan yg paling penting kite boleh mempengaruhi tenaga diseliling kita.

Kita boleh mengeluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?

Jika kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga itu akan bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh kuasa positif dan begitulah sebaliknya.

Sebab itulah kita akan berasa amat selesa apabila dikelilingi tenaga positif alam yang diciptankan-Nya. Sebaliknya apabila kita berada di kawasan bandar tubuh badan kita merasa tidak selesa dan sering kerana kebanyakan tenaga yang dihasilkan adalah negatif.

Cuba kita peramati bersama, kita akan berasa selesa, tenang apabila kita berada di dalam masjid. Ini adalah disebabkan tenaga positif yang dihasilkan. Kepada sesiapa yang pernah menjejakan kaki di Mekah pasti dapat merasai ketenangan yang sukar digambarkan. Kerana kuasa positif yang terhasil di Mekah begitu banyak dan tinggi.

Berbalik pada konspirasi dunia. Di tengah-tengah WTC terdapat sebuah monumen. The Sphere

The Sphere

It was meant to symbolize world peace through world trade, and was placed at the center of a ring of fountains and other decorative touches designed by trade center architect Minosoru Yamasaki to mimic the Grand Mosque of MeccaMasjidil Haram, in which The Sphere stood at the place of the Kaaba. It was set to rotate once every 24 hours, and its base became a popular lunch spot for workers in the trade center on days with good weather.

Petikan ini diambil dari wikipedia. Ini bermaksud mereka telah cuba menjadikan The Sphere sebagai Kaabah dan mereka memusnahkannya semasa kejadian 9/11 itu. Untuk mengetahui "The Sphere" dengan lebih lanjut klik disini.

Dengan musnahnya WTC, maka monumen itu turut musnah. Kenapa Kaabah? Adakah mereka mencabar dan tercabar dengan kuasa Allah. Atau ia melambangkan kemusnahan kaabah sebagai tanda kiamat. Allah s.w.t turut merakam kejadian ini didalam al quran.

"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
|Qs 9. At-Taubah: 109|

WTC yang telah runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalanJERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam surah At-Taubah ayat 109 yang membawa maksud mengikut tafsir ulama sebagai"ditepi jurang yang runtuh" ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR. Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkantarikh 11 haribulan kejadian tersebut. Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran.

Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat. Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah terdapat 2001 ayat. SubhaanAllah, ternyata Allah telah memberikan khabarNya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa Sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
|Qs 41. Fushshilat: 53|

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment