Pages

Saturday, September 24, 2011

2 Doa Pejuang Yang Makbul Di Medan Uhud.


2 Doa Pejuang Yang Makbul Di Medan Uhud.


2 Doa Pejuang Yang Makbul Di Medan Uhud.

Pada suatu petang di medan peperangan UhudAbdullah Bin Jash r.a berkata kepada rakan seperjuangannya Saad Bin Abi Waqas r.a :

“Wahai sahabatku Saad!, marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah swt.Marilah kita sama-sama memohon kepadaNya kerana apabila seseorang memohon keinginan dariNya dan seorang lagi akan mengikutnya dengan berkata Amin, maka dengan cara ini Allah akan memperkenankan akan permohonannya itu”

Mendengar kata-kata dari sahabatnya itu, lalu Saad r.a pun bersetuju dan mereka pun pergi ke satu sudut penjuru untuk memohon doa.

Maka Saad r.a mula memohon doanya dengan berkata :

“Ya Allah, tatkala diriku ini berada di dalam medan pertempuran itu besok harinya, dengan limpah rahimMu ya Allah, biarlah hendaknya daku dihadapkan dengan seorang musuhku yang kuat dan garang. Biarlah musuhku itu menyerang daku ini dengan rupa kekuatan tenaganya yang mencabar dan biarlah dapat aku menolaknya dengan segala kekuatan tenaga yang daku miliki.Selepas itu ya Allah, biarkanlah daku memperolehi kemenangan dengan membunuhnya keranaMu dan biarkan daku dapat memperolehi harta rampasannya dengan limpah kurnia dariMu ya Allah”.

Abdullah r.a pun berkata : “Amin”

Kemudian tibalah giliran Abdullah r.a memulakan doanya dengan memohon :

“ya Allah ya Tuhanku, biarlah dapat daku menemui pahlawan-pahlawan musuhku besok yang terdiri dari mereka-mereka yang lemah.Biarlah musuhku itu kelak menyerang daku dengan rupa kemarahan yang amat membara dan biarlah daku perangi musuhku itu kelak dengan segala kekuatan yang ada padaku.Kemudian ya Allah, biarlah musuhku itu menewaskan dan membunuh daku.Dapatlah musuhku itu menceraikan hidung dan telinga-telingaku dari anggota badanku.Dan apabila daku berdiri berhadapanMu di hari Pengadilan kelak, Engkau bolehlah menyoal akan daku, “wahai Abdullah! Bagaimanakah hidung dan telinga-telingamu itu boleh hilang? ”. Dimana di hadapanMu kelak ya Allah, daku akan menjawab, “Semuanya telah hilang di jalan Allah swt dan RasulNya” .kemudian Engkau akan berkata ya Allah “Benar,tentu semuanya yang telah hilang itu adalah dijalanKu”..

Lalu sesudah selesai Abdullah r.a berdoa, Saad pun mengucapkan“Amin” .

Maka pada keesokan harinya, berlakulah Perang Uhud dansegala-galanya telah terbukti bahawa doa kedua-dua orang sahabat itu telah diperkenankan oleh Allah swt.

Saad r.a berkata :

“Doa Abdullah adalah lebih mulia.Pada waktu petangnya,apa yang daku saksikan ialah hidung dan telinganya diikat dengan benang! ”

* Medan Perang di Bukit Uhud dan makam para Pejuang yang Syahid Fisabilillah
di jalan Allah swt.

No comments:

Post a Comment