Pages

Friday, September 30, 2011

MAHASISWA MERAYU AGAR ANWAR JALANI UJIAN LIE DETECTOR!


MAHASISWA MERAYU AGAR ANWAR JALANI UJIAN LIE DETECTOR!

Inilah risalah yang sedang diedarkan oleh para Mahasiswa dan Mahasiswi di seluruh negara! Ratusan ribu para Mahasisawa meminta agar Anwar jalani ujian 'LIE DETECTOR'

pejuangmelaka  terkejut jugak bila mendengar cerita tentang risalah ni, nampaknya Mahasiswa pun dah tak tahan sekarang ni dengan penipuan Anwar!

Oh ya, satu lagi nak cakap ini kerja Mahasiswa ya, memang genuine punya sebab UMNO tak secerdik ni nak main risalah ni.

pejuangmelaka dengan ini turut menyokong permintaan Mahasiswa dan Mahasiswi ni, kalau kau betul-betul anak Ibrahim wahai Anwar, maka penuhilah permintaan anak-anak muda ni !

Rujukan : Sini dan Sini



Isi kandungan risalah yang ditemui
Universiti Malaya, 29 Sept : Menjelang beberapa hari sahaja lagi untuk bermulanya Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM 2011), satu kejadian yang sedikit sebanyak mencemari persiapan FESKUM telah berlaku pagi ini.
Beberapa mahasiswa Universiti Malaya ketika dalam perjalanan ingin ke kuliah telah menemui satu bungkusan dipercayai satu risalah yang mungkin akan diedarkan seketika nanti di sekitar kawasan UM.
Risalah berbaur hasutan yang ditujukan kepada bekas penuntut UM yang juga Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah dijumpai di satu tempat di sebuah kolej kediaman universiti yang menduduki ranking ke-166 dunia itu.

Antara risalah yang ditemui dan gambar dihantar melalui email
Dan risalah tersebut telah dihantar siswa terbabit kepada wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) untuk memaklumkan kewujudan risalah itu pagi tadi dan beberapa kepingan gambar sebagai bahan bukti telah pun dihantar kepada gazebodaily@gmail.com.
Menurut sumber, risalah tersebut yang menggunakan ‘nama front baru’ mahasiswa iaitu ‘Suara Hati 100,000 – Gerakan Suara Mahasiswa & Mahasiswi’ diberitakan ditemui di dalam raga sebuah motosikal milik seorang pengawal keselamatan UM di sebuah kolej kediaman.
Dan bungkusan itu disyaki diletakkan malam semalam (waktu pagi) oleh individu yang tidak dikenali.

Jumlah risalah yang ditemui dalam satu bungkusan
Sehingga berita ini dipaparkan, sumber menyatakan risalah itu akan terus dikesan kerana berkemungkinan besar masih terdapat bungkusan dan risalah yang sama seperti itu di sekitar UM.
Risalah itu telah memaparkan gambar ‘video seks fitnah’ Anwar dan ‘gerakan baru’ itu dilihat cuba membawa satu hasutan kepada warga kampus UM supaya menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang. –GZDaily
Berita selanjutnya menyusul

BN Turunkan Calon Diterima Rakyat, Mampu Menang







Barisan Nasional (BN) akan menurunkan calon boleh menang dan diterima pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Katanya, kedua-dua kriteria itu merupakan pertimbangan asas dalam pemilihan calon yang ditentukan BN.Ekoran itu, beliau berkata, wujud keperluan untuk mengekalkan calon berpengalaman dan menggantikan pemimpin yang perlu ditukar dengan muka-muka baru.
"Ia bukan perkara baru. Kita sudah lakukan perubahan setiap kali pada pilihan raya. Cuma jumlah calon itu agak berbeza," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia di sini, Jumaat.
Menurut beliau, calon yang diturunkan BN kelak akan terdiri daripada gabungan orang muda dan pemimpin berpengalaman selepas menerima maklum balas daripada rakyat.
"Kalau kita letak calon, walaupun dia ketua bahagian tapi kalah sebab rakyat tidak suka, dia tak boleh kekal sebagai calon. Ada segelintir pihak sudah jemu dengan calon lama," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, akan ada kesimbangan antara calon-calon muda yang bertenaga, layak, penyayang, berpengalaman dan berguna kepada parti.
"Kalau kita letak calon lama ada masalah juga, begitu juga kalau semua calon baru. Semua parti politik melalui perkara sama," ujarnya.
Mengulas mengenai calon lama yang akan diganti, Muhyiddin berkata, mereka akan menguruskan perkara itu dengan cara baik.
"Biasanya kita akan duduk berbincang...beri penjelasan. Mereka juga akan dimaklumkan sebelum pilihan raya. Jadi mereka tidak harus mementingkan diri sendiri, sudah tiba masanya mereka berkorban kepada parti.

PENGEBOM SUNGAI GOLOK DI KOTA BHARU ?


PENGEBOM SUNGAI GOLOK DI KOTA BHARU ?



DERETAN motosikal yang musnah akibat letupan bom di kawasan hiburan Jalan Charoen Khet, Sungai Golok pada 16 September lalu. Gambar kecil, Suhaidi.




KOTA BHARU – Polis sedang giat mengumpul maklumat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang menyatakan bahawa dalang yang melakukan siri letupan bom di Sungai Golok, Thailand dipercayai sedang bersembunyi di negara ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis tidak akan berdiam diri jika dakwaan tersebut benar seperti didakwa pihak berkuasa Thailand.
Bagaimanapun, kata beliau, setakat ini pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang mengesahkan dakwaan tersebut.

“Polis Kelantan sedang membuat risikan berhubung perkara itu bersama-sama polis Thailand. Kita (polis) akan mendapatkan maklumat lanjut dan kita sama sekali tidak akan berdiam diri dan akan mengatur strategi. Segala maklumat ini penting bagi polis Kelantan.

“Kalau benar mereka berada di negara ini, kita akan tangkap. Setakat ini dalam siasatan kita tidak jumpa mana-mana (individu) yang dimaksudkan itu,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Pemakaian Pangkat Bagi Anggota di sini, semalam.

KOSMO!

Anwar Ibrahim mensapina ?


Anwar Ibrahim dan sapina ?


AIDCNews – 30/09/11 – Isnin ini, mahkamah mendengar permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan sapina yang mengarahkan mereka memberi keterangan menjadi saksi pembelaan bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kira-kira 13 tahun tahun, ketika Anwar dihadapkan ke mahkamah kes melindungi kegiatan seksnya, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan perkara yang sama iaitu mensapina, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar mendakwa berlakunya konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhnya dengan mengenakan pendakwaan tersebut.
Namun, Tun Dr. Mahathir menafikan dakwaan konspirasi itu dan memfailkan permohonan mengenepikan sapina dan permohonan bekas Perdana Menteri itu dibenarkan mahkamah.
Kini, Anwar menafikan tujuan memanggil Najib dan Rosmah untuk membuktikan ‘konspirasi’, sebaliknya sekadar untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan pertemuan pengadu, Mohd saiful Bukhari Azlan dengan kedua-dua tokoh itu yang didakwa berlaku sebelum kejadian Ketua Umum melakukan seks luar tabie dengan pengadu.
YB Datuk Zulkifli Noordin, bekas peguam bela kes liwat I Anwar melihat tindakan Ketua Umum PKR itu mensapina Najib dan Rosmah sebagai kerja gila.
“Pada saya, ini hanya cubaan untuk mempolitikkan kes liwat dia, selain, mungkin cuba (untuk) memalukan YAB PM dan isteri.”, katanya.
Katanya adalah satu tindakan yang bodoh jika OKT (Orang Kena Tuduh) yakni Anwar memanggil seorang saksi yang bukan sahaja tidak akan menyokong pembelaannya,malah akan memberi keterangan menentangnya.
“Melainkan dia, yakni Anwar mempunyai niat lain!”, katanya.
Menurutnya, jika Anwar mahu menang dalam kes ini, Ketua Umum PKR itu perlu menjawab dua perkara utama iaitu, beliau perlu mengemukakan alibi iaitu individu-individu yang membuktikan beliau tidak ada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat beliau didakwa.
Aspek kedua yang perlu dijawab adalah, bagaimana air mani miliknya, yang dibuktikan sebagai air mani ‘lelaki Y’ boleh berada di dalam lubang dubur pengadu.
Dua aspek penting yang perlu dijawab Anwar adalah siapa alibinya dan macam mana air maninya boleh berada di dalam dubur pengadu.
“Oleh itu, apa tujuan dipanggil PM dan Rosmah? Tentu ada niat lain bukan!
“Atau Anwar nak kata PM dan Rosmah yang sumbat air mani miliknya ke dalam dubur Saiful ?
“Persoalan besarnya adalah, di mana PM dan Rosmah dapat air mani Anwar itu ? Dia poskan kepada PM ke? Atau Wan Azizah yang beri sampel kepada Rosmah?
“Gila bukan? Jadi itu juga pun tidak menasabah? Jadi apa tujuan Anwar panggil PM dan Rosmah sebagai saksi pembelaannya?”, katanya.

Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.

NONELim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.

Berikut adalah kenyataan penuh Guan Eng.

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.

Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia. Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.

Sultan Johor Tersinggung dengan tindakan Guan Eng


Sultan Johor Tersinggung dengan tindakan Guan Eng




Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tersinggung dengan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.

“Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu.

“Tetapi sebagai Sultan, beta tidak mahu diseret ke dalam arena politik,” titah baginda ketika dipetik dalam Buletin Utama malam ini.

Baginda juga tidak mahu pihak lain bercakap bagi pihak baginda yang sentiasa mengambil berat tentang rakyat Johor dan warga asing yang menetap di negeri itu.

Bagaimanapun, sebagai Sultan, baginda tidak mahu mencampuri hal politik.

Sultan Johor bertitah demikian ketika mengulas dakwaan Guan Eng yang memburuk-burukkan Johor dalam temubualnya dengan media asing di Singapura baru-baru ini.

Rujukan : Sini


RAHSIA 7





MANUSIA & RAHSIA 7
Kalifah pada umat Islam pula adalah Nabi MUHAMAD yang merupakan rasul yang terakhir dari 25 (2+5=7) rasul-rasul ALLAH.
Marilah kita meneliti kaitan Rahsia 7 pada sistem manusia sebagai sehebat-hebat kejadian Yang Maha Pencipta.
  1. Komposisi Tubuh
Secara kasar, tubuh manusia bolehlah dibahagikan pada 7 komposisi yang utama iaitu:
  • 1 unit kepala
  • 1 unit leher
  • 1 tubuh badan
  • 2 unit tangan
  • 2 unit kaki
  1. Pancaindera Utama (deria)
Pancaindera merupakan ‘penghubung’ manusia dengan dunia luarnya. Melalui deria-deria ini manusia dapat menerima maklumat, berinteraksi dan bertindak balas dengan alam sekelilingnya. Selain sistem kulit, terdapat 4 deria utama pada bahagian muka dan jumlah unit deria tersebut adalah 7 iaitu:
· 1 mulut
· sepasang telinga (2 lubang)
· sepasang rongga Hidung (2 lubang)
· sepasang Mata (2 unit)
  1. Rongga pada Tubuh
Rongga atau lubang pada tubuh merupakan ekses keluar dan masuk udara, makanan ataupun cecair bagi pelbagai tujuan untuk kehidupan manusia. Terdapat 7 rongga atau lubang pada tubuh manusia iaitu:
· 2 rongga telinga
· 2 rongga hidung
· 1 mulut
· 1 salur kencing
· 1 rongga dubur
4. 7 bahagian pada Ambrio Manusia:
  • · Amnion
  • · Chorionic Villi
  • · Spinal Cord
  • · Jantung
  • · Otak
  • · Umbilical Cord
  • · Yolk Sac
  1. 7 Organ Utama dalam tubuh Manusia:
· Otak
· Jantung
· Alat kelamin
· Paru-paru
· Hati
· Ginjal
· Perut
  1. 7 Kelenjar utama dalam tubuh:
· Pituitary
· Pineal
· Thyroid
· Thymus
· Pancreas
· Gonads
· Adrenals
  1. 7 Bahagian utama pada Otak:
· Cerebrum
· Cerebellum
· Pons Varolii
· Medula Oblongatta
· Corpus Callosum
· Spinal Cord
· Meninges
  1. Bahagian utama pada Telinga:
· Vestibule
· Auditory Canal
· Tympanic Membrane
· Ossicles
· Semi-circular Canal
· Cochlea
· Membranous Labyrinth
  1. 7 Bahagian utama pada Mata:
· Kornea
· Aqueous Humor
· Kanta
· Vitreous Humor
· Retina
· Sclera
· Iris
  1. 7 Bahagian utama pada Jantung:
· Ventrikal Kanan
· Ventrikal Kiri
· Atrium Kanan
· Atrium Kiri
· Tricuspid Valve
· Mitral Valve
· Septum
  1. 7 Lapisan pada Kulit:
· Stratum Corneum
· Stratum Lucidum
· Stratum Granulosum
· Prickle Cell layer
· Basar Cell Layer
· Corium
· Hair Follicle
  1. Fungsi tubuh:
· Pernafasan (Respiration)
· Sirkulasi (Circulation)
· Penyerapan (Assimilation)
· Perkumuhan (Excretion)
· Reproduksi (Reproduction)
· Sistem Rasa (Sensation)
· Sistem Tindakan (Reaction)
  1. Komposisi air dalam tubuh
Lebih 70% dari sistem tubuh adalah air. Bagi bayi, 97% (9+7=16, 1+6=7) adalah air manakala orang dewasa pula adalah 75%.
· Otak manusia 74.5%(7+4+5=16, 1+6=7) adalah cecair
· Darah manusia 83.5%(8+3+5=16, 1+6=7)) adalah cecair
· Ginjal manusia 82.6%(8+2+6=16, 1+6=7) adalah air
· Otot manusia; sekitar 70% adalah air
· Tulang manusia; sekitar 22.3%(2+2+3=7) adalah air.
· Malah gigi manusia; sekitar 2.5%(2+5=7) adalah air.
Seperti yang telah dijelaskan dalam fakta sebelumnya, komposisi air pada bumi adalah sekitar 70% iaitu sama jumlah komposisi air dalam tubuh manusia. Fakta ini membuktikan Bumi sebagai planet yang sesuai untuk kehidupan manusia. Malah lebih menarik, apabila sifat air diukur dengan ukuran pH bagi menentukan sifat asid atau alkali, pH7 (neutral) merupakan titik keseimbangan dua sifat tersebut.
  1. 7 lapisan Aura
Aura merupakan lapisan gelombang elektromagnet yang berada di sekitar tubuh fizik yang mengalirkan tenaga. Aura bertindak sebagai biasan pada gelombang yang mengalir pada tubuh fizik juga bertindak sebagai perisai halus yang melindung tubuh fizik tersebut dari gelombang atau sinaran yang merbahaya. Ilmu mengenai aura telah bermula beribu tahun yang lalu, hanya dewasa ini, bukti saintifik berjaya mengesahkannya. Dikatakan aura mempunyai 7 lapisan halus seperti berikut:
  • 1. Lapisan Tubuh Eterik
  • 2. Lapisan Tubuh Emosi
  • 3. Lapisan Tubuh Mental
  • 4. Lapisan Tubuh Astral
  • 5. Lapisan Tubuh Eterik Tinggi
  • 6. Lapisan Tubuh Mental Tinggi
  • 7. Lapisan Tubuh Rohaniah
15. 7 Pusat Tenaga – Chakra
Chakra merupakan organ metafizik (ghaib) yang wujud dalam sistem bio-energi manusia. Perkataan ‘Chakra’ berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud roda yang berputar. Ia juga dikenali sebagai pintu gerbang atau ‘portal’ yang berfungsi sebagai pusat penerima, penyimpan dan pengalir tenaga ke seluruh sistem tubuh mengikut tahap dan kegunaannya. Ia juga boleh dikaitkan sebagai bateri hayatbagi kegunaan minda, emosi dan fizikal. Sistem chakra berkait rapat dengan sistem endokrin yang mengawal sistem kelenjar-kelenjar tubuh seperti kelenjar pineal, kelenjar thymus, kelenjar pankreas, kelenjar adrenal dan lain-lain. Dikatakan terdapat kira-kira 365 chakra dalam sistem tubuh, 40 darinya adalah chakra minor dan 7 darinya adalah chakra utama.
  • 1. CHAKRA DASAR
  • 2. CHAKRA EMOSI
  • 3. CHAKRA PUSAT
  • 4. CHAKRA JANTUNG
  • 5. CHAKRA KOMUNIKASI
  • 6. CHAKRA AJNA
  • 7. CHAKRA MAHKOTA
16. 7 Note Muzik ciptaan Manusia:
  • · B – Ti
  • · A – La
  • · G – Sol
  • · F – Fa
  • · E – Mi
  • · D – Re
  • · C – Do
17. 7 Keajaiban Dunia (7 Wonders of the World):
  • · Piramid – Egypt
  • · Hanging Gardens – Babylon
  • · Statue of Zeus – Olympia
  • · Temple of Artemis – Ephesus
  • · Mausoleum – Halicarnassus
  • · Colossus – Rhodes
  • · Pharos lighthouse – Alexandria
18. Mitos dalam masyarakat (Melayu)
Dalam masyarakat kita, 7 sering disebut dalam pelbagai mitos dan kefahaman budaya terutamanya dalam adat, amalan, perubatan, kepercayaan dan lain-lain, antaranya adalah:
· syarat 7 hari 7 malam
· beras 7 warna
· air 7 telaga
· mandi 7 bunga
· sirih 7 helai
· rokok daun 7 batang
· benang/kain warna
· 7 keturunan
· 7 petala langit
· petala bumi
· 7 X Yasin/Fatihah
· 313 (3+1+3=7) X Ayat Kursi