Pages

Friday, September 30, 2011

MAHASISWA MERAYU AGAR ANWAR JALANI UJIAN LIE DETECTOR!


MAHASISWA MERAYU AGAR ANWAR JALANI UJIAN LIE DETECTOR!

Inilah risalah yang sedang diedarkan oleh para Mahasiswa dan Mahasiswi di seluruh negara! Ratusan ribu para Mahasisawa meminta agar Anwar jalani ujian 'LIE DETECTOR'

pejuangmelaka  terkejut jugak bila mendengar cerita tentang risalah ni, nampaknya Mahasiswa pun dah tak tahan sekarang ni dengan penipuan Anwar!

Oh ya, satu lagi nak cakap ini kerja Mahasiswa ya, memang genuine punya sebab UMNO tak secerdik ni nak main risalah ni.

pejuangmelaka dengan ini turut menyokong permintaan Mahasiswa dan Mahasiswi ni, kalau kau betul-betul anak Ibrahim wahai Anwar, maka penuhilah permintaan anak-anak muda ni !

Rujukan : Sini dan Sini



Isi kandungan risalah yang ditemui
Universiti Malaya, 29 Sept : Menjelang beberapa hari sahaja lagi untuk bermulanya Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM 2011), satu kejadian yang sedikit sebanyak mencemari persiapan FESKUM telah berlaku pagi ini.
Beberapa mahasiswa Universiti Malaya ketika dalam perjalanan ingin ke kuliah telah menemui satu bungkusan dipercayai satu risalah yang mungkin akan diedarkan seketika nanti di sekitar kawasan UM.
Risalah berbaur hasutan yang ditujukan kepada bekas penuntut UM yang juga Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah dijumpai di satu tempat di sebuah kolej kediaman universiti yang menduduki ranking ke-166 dunia itu.

Antara risalah yang ditemui dan gambar dihantar melalui email
Dan risalah tersebut telah dihantar siswa terbabit kepada wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) untuk memaklumkan kewujudan risalah itu pagi tadi dan beberapa kepingan gambar sebagai bahan bukti telah pun dihantar kepada gazebodaily@gmail.com.
Menurut sumber, risalah tersebut yang menggunakan ‘nama front baru’ mahasiswa iaitu ‘Suara Hati 100,000 – Gerakan Suara Mahasiswa & Mahasiswi’ diberitakan ditemui di dalam raga sebuah motosikal milik seorang pengawal keselamatan UM di sebuah kolej kediaman.
Dan bungkusan itu disyaki diletakkan malam semalam (waktu pagi) oleh individu yang tidak dikenali.

Jumlah risalah yang ditemui dalam satu bungkusan
Sehingga berita ini dipaparkan, sumber menyatakan risalah itu akan terus dikesan kerana berkemungkinan besar masih terdapat bungkusan dan risalah yang sama seperti itu di sekitar UM.
Risalah itu telah memaparkan gambar ‘video seks fitnah’ Anwar dan ‘gerakan baru’ itu dilihat cuba membawa satu hasutan kepada warga kampus UM supaya menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang. –GZDaily
Berita selanjutnya menyusul

No comments:

Post a Comment