Pages

Saturday, September 10, 2011

Apa Jakim Boleh Buat Ketika Islam Dihina Sehina-hinanya


Apa Jakim Boleh Buat Ketika Islam Dihina Sehina-hinanya

Penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya "makcik sitt al wuzara terhadap Islam melalui FaceBook,twiter,Blog dan terbaru dalam youtube dengan mengupload video-video yang melampau dengan mempermainkan ayat-ayat suci al-quran tapi malangnya tidak ada satupun tindakan yang dibuat keatas MAKHLUK CELAKA ni,


Berbeza dengan kes Mat Sabu dan kes penghinaan terhadap lagu negaraku dalam youtube suatu ketika dulu ,belumpun sampai seminggu video tu disiarkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa kerana menghina "kecucian" negara.Juga saya yakin tindakan yang serupa juga akan diambil jika hari ini ada dikalangan pembangkang yang menghina pemimpin negara .tapi malangnya dalam kes penghinaan terhadap Islam oleh makcik SHIT al wuraza ini seolah olah dia diberi kebebasan unutuk bersuara(bersuara untuk terus menghina Islam)
-------------------------------------


SEBELUM ini Jingga 13 sebuah NGO yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker, dan blogger telah menghantar memorandum kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung isu penghinaan ke atas Islam oleh Sitt Al-Wuzara.

Difahamkan Jingga 13 sebelum itu telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM. Pihak SKMM telah menerima memorandum tersebut dengan baik.

Malangnya, JAKIM yang diharapkan untuk membawa isu ini ke tengah, telah menolak untuk menerima memorandum tersebut dengan alasan "bukan bidang kuasa mereka", rujuk sini [JAKIM].

Tindakan JAKIM ini benar-benar menggembirakan manusia biadap, Sitt Al-Wuzara. Tinjauan di laman twitternya menunjukkan Sitt Al-Wuzara terus menghina Rasulullah SAW dengan makian yang melampau [Twitter].


Alasan JAKIM mengatakan bahawa mereka tiada kuasa jelas sekali satu alasan yang dangkal. Tindakan menolak memorandum Jingga 13 ini juga satu tindakan yang sangat-sangat mengguris hati jutaan umat Islam di negara ini.


BERITA SETERUSNYA : SINI

No comments:

Post a Comment