Pages

Tuesday, September 13, 2011

DAP Guan Eng akan disaman RM 30 juta


 DAP Guan Eng akan disaman RM 30 juta !



Hari ini UMNO Pulau Pinang  diketuai Dato Zainal Abidin Osman  akan menyaman Ketua regim DAP Lim Guan Eng sebanyak RM30 juta kerana pelbagai fitnah  yang dilontarkan terhadap UMNO negeri ini .

Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan saman berhubung kenyataan Guan Eng, didakwa cuba mengaitkan isu perkauman ekoran insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP pada 14 Ogos yang lalu.




GEORGE TOWN, 13 Sept – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana membuat tohmahan dan fitnah terhadap UMNO bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti UMNO sebagai sebuah parti politik orang Melayu.
Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu meminta Lim tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada UMNO.
Katanya, jika Lim gagal berbuat demikian, UMNO akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan.
Beliau dalam kenyataannya kepada UMNO-Online memberitahu UMNO Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co. sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.
“Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, Bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan,” katanya.
Tegas beliau lagi saman malu yang difailkan terhadap Lim adalah atas beberapa tuduhan fitnah antaranya ialah dakwaan kononnya UMNO terlibat secara langsung dalam demonstrasi aman di hadapan Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.
“UMNO tidak boleh dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh setiap anggotanya. Bagi kes demonstrasi ia sebenarnya dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Lim dan kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Lim tidak boleh terima penjelasan saya dan menuduh saya menipu atas alasan penglibatan Senator Ezam Mohamad Nor dan beberapa individu lain yang ada kaitan dengan UMNO,” katanya.
Jelas beliau lagi UMNO sebagai sebuah parti politik yang dianggotai oleh seramai lebih 3 juta ahli, sudah tentu tidak akan dapat mengawal setiap perbuatan dan tindakan individu yang menggotai sesebuah pertubuhan NGO.
Lim juga telah menuduh anggota UMNO terlibat dalam kejadian kebakaran di luar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon pada 17 Ogos lepas, walaupun polis baru sahaja memulakan siasatan terhadap kes itu.
“Lim Guan Eng secara terang telah menuduh UMNO menjadi penyebab dan punca berlakunya kejadian tersebut kerana tindakan beberapa pihak dari UMNO dan media yang dikaitkan dengan UMNO mempersoalkan pekeliling arahan larangan penggunaan pembesar suara untuk menyiarkan bacaan Al-Quran sebelum Azan Subuh kepada surau-surau dan masjid-masjid oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang”, ujarnya.
Beliau juga berkata Guan Eng juga telah menuduh UMNOcubauntuk menimbulkan perselisihan dan ketegangan antara kaum apabila mempersoalkan arahan yang dikeluarkan oleh JAIPP tersebut.
“Pada pandangan saya, Lim Guan Eng sendiri yang sebenarnyacubauntuk menimbulkan ketegangan antara kaum dengan melemparkan tuduhan demikian kepada UMNO.
“Malah, Guan Eng jugacubauntuk membayangkan UMNO  terlibat dengan perbuatan melemparkan cat merah ke pejabat yang sama  dan Pusat Khidmat Adun Komtar, Ng Wei Aik seminggu sebelumnya”, tambah beliau.
Tegas Zainail lagi beliau telah pun membuat kenyataan menafikan pembabitan UMNO dalam insiden-insiden berkenaan.
“…dan sebagai menghormati hak untuk bersuara beliau (Guan Eng) dan kemungkinan kenyataannya dibuat bersandarkan emosi semasa itu yang tidak terkawal; saya juga telah meminta beliau memohon maaf kepada UMNO dan menarik balik tuduhan-tuduhan tersebut.
“Berdasarkan sangkaan baik sedemikianlah, UMNO tidak tergesa-gesa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas kenyatannya . Saya telah memberikan beliau tempoh selama 7 hari untuk memohon maaf kepada UMNO dan orang-orang Melayu serta menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya”, terang Zainal lagi.
Namun demikian tegas beliau, Lim Guan Eng ENGGAN untuk menarik balik tuduhan serta menjelaskan keadaan yang sebenarnya.
Ini jelas tambah beliau menunjukkan bahawa Guan Eng lebih mementingkan “political scoring” daripada menyatakan fakta sebenar.
“Di atas keengganan Lim Guan Eng, untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada UMNO; maka saya dan UMNO tidak teragak-agak untuk meneruskan dengan dengan mengmbil tindakan undang-undang terhadap Lim GuanEng.
“Saya dan UMNO Pulau Pinang sudah cukup bersabar dengan tingkah laku dan keceluparan Lim Guan Eng membuat tohmahan dan fitnah terhadap UMNO Pulau Pinang dan saya sendiri selama ini”, katanya.
Oleh yang demikian tegas beliau, UMNO Pulau Pinang telah mengambil keputusan untuk memfailkan samam malu terhadap Lim Guan Eng di Mahkamah.  -MediaUMNO

Seterusnya : Sini

No comments:

Post a Comment