Pages

Friday, September 23, 2011

Di Sebalik Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 



“Sesungguhnya telah Kami terangkan didalam al Quran ini untuk manusia dengan bermacam macam contoh tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali engkar (kafir)(17:89)

Pengkisahan Musa AS dan Khidir, oleh Allah SWT didalam al Quran sebenarnya memberikan pelajaran kepada manusia itu, bahawasanya manusia diperintahkan oleh Allah SWT agar mengikuti Musa Kalamullah AS sebagai UtusanNya kepada manusia itu.

Sesungguhnya Khidir adalah Nabi Allah yang solleh disisi Tuhan serta mendapat Wahyu dari Allah didalam setiap perlakuannya. Tindakannya adalah didalam makam kesabaran tertinggi sehinggakan Musa sendiri bagai terkeliru. Allah menggarapkan kisah Musa dan Khidir didalam al Quran, sila rujuk Surah al Kahfi 18:66-82. Kesabaran sebenarnya membawa erti melakukan sesuatu itu tanpa akal fikir, hawa nafsu dan rasa rasa melainkan hanya berbuat perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT. Sabar diatas perintah dan sabar diatas larangan Tuhan.

Sebegitu hebatnya Khidir disisi Tuhan, namun Allah SWT tidak memerintahkan manusia mengikutnya sebagai umat apa lagi untuk menjadi sepertinya. Kelebihan Khidir yang Khasaf, mampu melihat perkara perkara yang akan datang adalah sebenarnya kekuasaan Tuhan kurniaan kepada hambaNya yang terpilih mengikut kehendakNya semata, namun manusia mahu juga menjadi sepertinya Khidir tersebut lebih lebih lagi tentang khasafnya dia!. Manusia tidak mahu mengambil pelajaran tentang Musa sendiri teruji dengan Allah SWT melalui Khidir tersebut.

Diantara Musa AS dan Khidir, Allah SWT sebenarnya memberikan pelajaran kepada manusia itu, bahawasanya manusia diperintahkan oleh Allah SWT agar mengikuti Musa Kalamullah AS sebagai UtusanNya kepada manusia itu. Kisah Khidir sepatutnya diambil pelajaran oleh manusia, iaitu hanyalah Utusan Allah yang membacakan Kalamullah untuk ditaati dan diikuti, mengapa perlu mencari Khidir dan menjadi pula seperti Khidir? Jadilah umat kepada Utusan Allah dengan tunduk dan patuh kepadanya dengan Kalam Tuhan yang dibacakan.

Sesungguhnya kisah diantara Musa dan Khidir adalah berupa perujian dari Allah SWT untuk dijadikan pelajaran oleh manusia. Apabila sudah didatangkan seorang Utusan Allah SWT yang membawakan al Quran sebagai petunjuk dan rahmat Tuhan, sewajarnya manusia itu mengerti bahawa tiada lagi kelebihan mahu pun keajaiban (mukjizat) diatas muka bumi ini. Sepatutnya tidak timbul lagi persoalan salah dan silap kerana tiada selain kebenaran itu melainkan Kalam Tuhan yang disampaikan itu. Maka diatas muka bumi ini tidak ada seseorang pun melalui fizikal dan mentalnya mampu mempertunjuki mahu pun memberikan rahmat sekiranya tidak membacakan dan menyampaikan al Quran sebagai landasan dan panduan. Tiada seseorang mahu pun suatu petunjuk yang sebenarnya benar selain dari al Quran itu untuk menjadi ikutan dan wajib dipatuhi oleh keseluruhan manusia.

Maka bukanlah perdebatan pidato dan kewarakkan perwatakan malahan bukan juga peribadatan termasuk amalan, upacara dan zikir apa lagi gelaran makam khalifah pengajian, tok guru, sheikh perguruan serta kedudukan jawatan sebagai mufti, khadi, ustaz dijadikan kayu pengukur terhadap keimanan dan ketaqwaan kepada Allah seandainya perpaling dan menentang Kalam kalam Tuhan yang telah sampai kepada kepada seseorang itu. Sesungguhnya pengkisahan Khidir adalah sebagai pelajaran kepada manusia yang mahu mengambil pelajaran dari Allah SWT.

Demikianlah, dari dahulu hinggalah kemasa akan datang, malahan sekarang ini manusia terbukti masih sedemikian juga sukanya. Apabila didatangkan seorang Utusan dengan membacakan Kalam kalam Tuhan mereka akan berpaling dan menentang malahan akan memeranginya pula! Tanggapan mereka Utusan yang didatangkan itu mestilah membawa keajaiban dan kelebihan seperti Khidir malah sehinggakan dituntut Malaikat pula yang didatangkan. Manusia terlupa bahawa makam Khidir tidak mungkin tercapai olehnya , apa lagi untuk menjadi seperti Malaikat tersebut.

Apabila sudah didatangkan al Quran kepada kamu, maka berpegang teguhlah kamu kepadanya disepanjang penghidupan. Sewajarnyalah setiap Khalifah perguruan, Kiyai, Tok Guru pondok, Sheikh pengajian, Ustaz Jabatan, penceramah dan pendakwah bebas termasuk murid dan pengikut perguruan atau pengajian menerima al Quran yang merupakan petunjuk dan rahmat dari Tuhan tanpa sedikit pun keraguan mahu pun kesangsian. Sesungguhnya Kalam kalam Tuhan lebih termulia untuk diutama dan didahulukan. Maka adalah perintah Allah SWT agar meneruskan pula membuat seruan dan mengajak manusia kembali kepada Allah melalui KalamNya. Sesungguhnya kamu juga adalah sebagai seorang pemberi khabar gembira dan peringatan kepada manusia dengan membacakan Kalam kalam Tuhan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT melalui kalimat kalimatNya. Sesungguhnya Ayat ayat Allah SWT adalah jalan yang lurus lagi benar sudah terbentang luas untuk ditaati dan diikuti oleh keseluruhan manusia! Tiada jalan lain untuk mencari dan menemui Tuhan!

Namun, manusia itu masih beranggapan ada lagi kelebihan selain Utusan Allah yang didatangkan kepadanya membawa al Quran yang yang tersangat mulia itu. Mereka mengakui beriman kepada Rukun Iman yang enam, tetapi dengan tidaknya percaya dan beriman kepada Kalam Tuhan yang disampaikan sesungguhnya mereka menjadi munafiq, fasiq malahan telah kufur kepada Allah SWT. Mereka ingin dan mahu malah mengethaui bahawa hanya kepada Allah tempat berpulang tetapi meletakkan perjalanan menuju kepadaNya mengikut akal fikir dan rasa rasa mereka sendiri melalui perguruan dan pengajian yang ujud beberapa upacara dan amalan berupa bidaah yang diada adakan belaka. Situasi sebelum datangnya al Quran kepada manusia, berbagai anggapan dan fahaman untuk mencari Tuhan termasuk mahu mengikut Khidir dan menjadi sepertinya sewajarnya ditinggalkan. Khidir yang begitu mulia disisi Tuhan mahu dicari dan ingin menjadi sepertinya untuk kepada Allah SWT, sedangkan Utusan Allah yang didatangkan membacakan Kalam Tuhan diengkari dan ditentang!

Manusia itu secara suka sukanya tidak mampu memiliki kelebihan apa lagi untuk menjadi Khidir. Khidir adalah perujian kepada manusia daripada Allah SWT kepada Musa AS dan kisah tersebut adalah pelajaran dari Tuhan kepada hamba hambaNya. Pastinya manusia itu terbeban untuk mengikuti Khidir dan tiada siapa pun yang akan menyanggupinya menjadi Khidir, sehinggakan Musa sendiri bagaikan terkeliru. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan manusia itu taat patuh kepada utusanNya kerana hanya UtusanNya sahaja yang membawa petunjuk atau jalan untuk menemui Tuhan! Maka taat dan patuhlah kepada Utusan Allah SWT kerana utusan itu hanya membacakan al Quran kepada manusia sebagai petunjuk dan rahmat dari Tuhan.

Melalui KalamNya pastilah membawa pertemuan dengan yang Empunya Kalam itu. Berilmu, beramal dan berimanlah semata mata dengan petunjuk dan rahmat daripada Kalam Tuhan yang sudah sampai dan dibacakan kepada kamu sekarang ini!

Secara nyatanya, benarlah apa juga yang ada kepada manusia itu walau apa pun fahaman dan caranya mereka untuk mencari Tuhan itu, samada secara perguruan dan pengajian mahu pun yang berbentuk amalan dan upacara tertentu. Sesungguhnya bagi Allah SWT hanya satu jalan yang disediakan untuk manusia itu kembali menemuiNya, maka diturunkanNya al Quran nulKareem sebagai panduan. Demikian itulah Allah SWT mendatangkan seorang UtusanNya dari kalangan manusia sendiri membacakan Kalam kalamNya sebagai petunjuk dan rahmat dariNya kepada manusia diatas muka ini. Allah SWT memerintahkan agar manusia itu beriman kepadaNya (dan Rukun Iman) melalui Kalam KalamNya tersebut.

Wahai manusia, marilah kembali kepada Allah SWT semata mata melalui Kalamnya, sesungguhnya janganlah terkeliru memanjang masa untuk mencari Khidir apa tah lagi untuk menjadi sepertinya. Sungguh banyak pengkisahan daripada Allah didalam al Quran, semoga manusia mahu mengambil pelajaran darinya.“Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada mu beberapa ayat yang terang dan contoh teladan dari orang orang yang terdahulu sebelum kamu dan pengajaran bagi orang orang yang taqwa (24:34)


No comments:

Post a Comment