Pages

Saturday, September 17, 2011

DR. HASSAN ALI DAN NASA MAT ISA KELUAR PAS?


DR. HASSAN ALI DAN NASA MAT ISA KELUAR PAS?


Betul ke cerita ni? Atau ianya hanya sekadar satu khabar angin biasa yang bertiup kencang je? Bukan apa, takut cerita ni macam angin lalu.



Ini berita yang baru diterima. Perkara ini masih dalam perbincangan sulit peringkat akhir tetapi hampir pasti dilaksanakan.
Exco Kerajaan Selangor Hassan Ali DAN ahli parlimen Bachok yang juga bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dikhabarkan sudah berunding dengan Hishamuddin Hussein bagi "memproses" permohonan mereka menyertai Umno.
Bagaimanapun lokasi pertemuan dan siapa yang terbabit selain dari mereka bertiga masih lagi dirahsiakan.
Spekulasi kini tersebar sejak seminggu lalu dan lebih hangat semalam apabila beberapa beberapa sumber memetik bahawa kedua-dua mereka sudah tidak lagi bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat. 
Beberapa pengumuman mengejutkan akan diketahui dalam tempoh terdekat. Sekiranya benar sumber ini maka Najib akan merancang tindakan lebih ampuh untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment