Pages

Saturday, September 24, 2011

Fakta Wang


Fakta Wang 



 Mata Duitan !!!


Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya kenapa tajuk artikel kali ini bunyinya begitu : “Mata Duitan!”.

Sengaja saya letakkan tajuk macam tu sebab mata dan duit memang ada kaitannya dalam artikel ini.

Kita menyimpan dan menggunakan wang setiap hari, tetapi berapa ramaikah diantara kita yang cuba melihat dan meneliti apa yang tertera diatas kertas yang kita namakan wang itu?

Percayakah anda jika saya katakan bahawa suatu masa nanti wang akan mati? Atau dengan kata lain wang kertas yang kita gunakan ini akan menjadi tidak bernilai lagi. Diwaktu itu mereka yang bergelar “mata duitan” akan menangis dan meyesal kerana menyimpan sekian banyak wang di dalam bank atau dibawah bantal!!! Tak percaya???…. Sila baca artikel pilihan saya dibawah nanti!

Siapa yang akan gembira dan paling berkuasa di waktu wang kertas sedang nazak nanti???

Sudah tentulah zionis dan hamba dajjal! Mereka tergelak kerana mereka telah berjaya memperdaya manusia agar terlalu memuja dan menyimpan wang kertas tetapi mereka sendiri menyimpan emas!





Mari kita lihat wang kertas kita! Ringgit Malaysia.

Keluarkan wang kertas terbaru dari poket anda bernilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 sekarang! Mari kita perhatikan satu persatu. Pastikan lampu bilik atau lampu rumah anda terang

Wang kertas RM1:

Mula-mula tengok muka sebelah depan, tengok gambar Raja disebelah kanan. Hadapkan wang tersebut kepada punca cahaya. Sila balikkan wang tersebut dan tengok sebelah belakang, lihat mata kiri Raja berada betul-betul didalam sebuah piramid! Apa maknanya semua itu?

Wang kertas RM5 :

Tengok muka belakang wang dan perhatikan mata kiri dan mata kanan Raja betul-betul bertindih dengan dua tiang menara berkembar petronas dan hujung kanan jangkasudut [lambang freemason] mencucuk mata kiri Raja.

Wang kertas RM10 :

Tengok muka belakang wang, lihat pada mata kiri Raja, pusingkan wang tersebut kearah lawan jam sebanyak 90 darjah! Anda akan nampak mata kiri Raja betul betul dibawah tapak piramid!

Wang kertas RM50 :

Tengok muka belakang wang [wang RM50 yang terbaru, ada gambar bunga raya kat depan tu tak ada bentuk piramid kecil,jadi tengok wang keluaran sebelumnya, tapi kalau dipusingkan lawan jam 90 darjah, nampak juga bentuk piramid tu oleh pelepah kelapa sawit tu] , fokuskan pada mata kiri Raja, anda akan nampak satu segitiga berbentuk piramid kecil dimata Raja!!!

Wang kertas RM100:

Tengok muka belakang wang, fokuskan pada mata kiri Raja, anda juga akan nampak satu segitiga berbentuk piramid kecil diatas mata Raja!!!

Saya tidak mempunyai wang kertas RM2 dalam simpanan saya, bagi pembaca yang masih menyimpannya , boleh cuba tengok apa yang ada disebelah kiri mata Raja!

Apakah semua ini terjadi secara kebetulan???

Mengapa lambang piramid berada dimata kiri Raja Melayu??? Boleh pembaca semua tolong tafsirkan kepada saya.Mungkinkah ia berkait dengan kuasa??? Kuasa wang… kuasa Raja…

Saya tinggalkan dulu persoalan ini kepada saudara semua…

No comments:

Post a Comment