Pages

Friday, September 23, 2011

Gempur pusat-pusat judi haram di Melaka !

Polis melancarkan perang dan menggempur pusat-pusat judi haram di Melaka. Azam yang serupa turut diberikan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Sekaligus menyebabkan beberapa pihak terutamanya parti-parti politik yang mendapat dana daripada pengusaha-pengusaha pusat judi haram, akan membeliakkan mata dan menentang pasukan polis.

Sekarang pun, pasukan polis telah diberikan label yang sangat negatif. Mat Sabu dalam satu ceramah, merendahkan moral angkatan polis dengan memberikan tanggapan bahawa polis adalah anjing pemerintah, sama ada pemerintah itu Barisan Nasional mahupun British.

Pakatan Rakyat setiap hari sentiasa berusaha memaparkan berita-berita negatif tentang pasukan dan anggota-anggota polis. Sebarang usaha polis untuk menjaga keamanan, disifatkan sebagai mendapat arahan daripada UMNO-BN.

Keazaman polis kali ini pasti akan ditentang habis-habisan oleh Pakatan Rakyat dengan seribu satu macam alasan. Walaupun mereka memperolok-olokkan pusat judi yang diberi lesen oleh kerajaan, namun pada masa yang sama, di kawasan-kawasan di mana Pakatan Rakyat adalah wakil rakyatnya, pertumbuhan pusat-pusat judi haram begitu berleluasa.

Ambil sahaja contoh di Selangor dan Pulau Pinang. Mana tempat yang tidak ada pusat judi haram di kawasan DAP dan PKR? Bahkan di Kedah juga, Alor Star dan Sungai Petani, bahkan Kulim menjadi sarang judi haram tanpa sebarang 'bantahan' daripada wakil-wakil rakyat, mahupun pemimpin dan anggota-anggota parti Pakatan Rakyat. Kalau ditempelak, mereka akan mengatakan, judi adalah haram untuk orang Islam, tetapi dibolehkan untuk orang bukan Islam. Jadi, tidak boleh dirampas hak tersebut dengan sewenang-wenangnya.

Dan apabila memperkatakan tentang pusat-pusat judi haram, maka mereka akan berkata, apa bezanya judi haram dengan judi 'halal' yang diberi lesen oleh kerajaan tanpa mereka mengambil kira bahawa judi haram merupakan indikasi kepada jenayah terancang atau sindiket jenayah yang besar kemungkinan menjadi TUAN BESAR kepada wakil rakyat, mahupun Ahli-Ahli Majlis PBT.

Serangan terhadap pasukan polis pasti akan diperhebatkan sebagai tekanan agar polis tidak melaksanakan perang terhadap pusat-pusat judi haram tersebut. Diharapkan semoga polis tidak tunduk kepada desakan dan tekanan puak-puak yang bergantung sepenuhnya kepada sindiket jenayah dan membiakkan persundalan selain judi di kalangan masyarakat!

Rujukan : Sini

No comments:

Post a Comment