Pages

Saturday, September 24, 2011

Guan Eng kerana Mulut Badan Binasa !


Guan Eng kerana Mulut Badan Binasa !


Kenyataan Lim Guan Eng memburuk-burukkan Johor dibantah keras oleh UMNO Johor dan diselar oleh Pemuda Barisan Nasional Johor. Lim Guan Eng ketika berada di Australia, telah menyifatkan Johor sebagai sebuah negeri yang tidak selamat dan orang asing sangat mudah diculik di negeri itu, berbanding Pulau Pinang yang diisytiharkannya sebagai negeri paling selamat di Malaysia.

Walaupun kenyataan Lim Guan Eng itu sebenarnya bertujuan untuk menarik pelaburan asing ke Pulau Pinang, namun sebagai Ketua Menteri di salah sebuah negeri dalam Malaysia, apatah lagi Pulau Pinang sendiri merupakan negeri yang membayar ufti kepada Kedah, gelagat Guan Eng tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Tuntutan yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional Johor agar Lim Guan Eng membuat permohonan maaf serta mencabar Guan Eng untuk datang ke mana-mana bahagian di Johor untuk melihat sama ada dia akan diculik atau sebaliknya, sebenarnya tidak perlu. Guan Eng bukan jenis orang yang akan meminta maaf, sebaliknya dia yang akan menyalahkan orang yang dicercanya. Paling cikai pun, kalau dia dah terdesak sangat dan sememangnya bersalah, dia akan menyaman agar pihak yang berjaya membuktikan dia bersalah, tutup mulut dan berasa gerun.

Dalam keadaan ini, UMNO dan kerajaan Barisan Nasional negeri Johor seharusnya mengambil tindakan yang lebih keras terhadap Lim Guan Eng. Hasutan yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan fitnah yang dilemparkannya, boleh menyebabkan Johor kerugian besar dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing ke negeri tersebut, terutama sekali di Senai Hi-Tech Park dan Iskandar Malaysia.

Apatah lagi motif Guan Eng dalam hal ini amat jelas, iaitu membantu Singapura untuk memastikan negeri di hujung tanah itu tidak disaingi oleh Johor.

DAP sebelum ini merupakan penyokong paling kuat apabila Abdullah Badawi membatalkan projek jambatan bengkok yang bakal menyaksikan sebahagian besar daripada perdagangan entreport Singapura berpindah ke Tanjung Pelepas, Johor. Malah DAP juga merupakan penyokong dan penyumbang idea utama terhadap penjualan pasir selain membenarkan ruang angkasa Malaysia untuk dicerobohi oleh jet-jet pejuang Singapura yang tidak dikemudikan walau seorang pun anak Melayu pulau tersebut.

Untuk ingatan, tiada anak-anak Melayu yang terlibat dalam kor kereta kebal Singapura, pengawalan peluru berpandu, radar, mahupun sebagai juruterbang jet pejuang. Ia merupakan larangan tidak rasmi yang dikuatkuasakan semenjak Singapura berdiri sebagai kerajaan yang berasingan di bawah Lee Kuan Yew pada tahun 1965 dahulu!

Perlu diingat, kuasa utama di Johor adalah UMNO. Malah Johor kekal sebagai negeri Melayu yang menjadi penyumbang kepada kerajaan Barisan Nasional di Putrajaya. Apa yang dilakukan oleh Guan Eng sebenarnya memerlukan tindakan pantas, keras dan mampu memberi pengajaran.

Guan Eng wajar disaman dengan nilai saman ratusan juta ringgit supaya mulutnya tidak lagi lancang dan membolehkan dia membuat pendirian sama ada masih ingin menjadi rakyat Malaysia atau berpindah ke seberang tambak

No comments:

Post a Comment