Pages

Saturday, September 24, 2011

Hindari Asap Maut !


Hindari Asap Maut !


 Hindari Asap Maut !





Dalam banyak-banyak artikel, rasanya artikel ini akan mengundang rasa tidak senang hati ramai pembaca blog ini yang sudah sekian lama menyedut dan tersedut asap maut ini, iaitu asap rokok!

Maaf kiranya apa yang saya paparkan kali ini menyinggung perasaan anda semua!



Bagi mereka yang sudah lama menjadi penagih tegar rokok tak kira apa jenama pun, pasanglah niat dan cita-cita dihati anda untuk membebaskan diri dari cengkaman rokok dan asap maut ini.

Untuk meninggalkan tabiat merokok ini, Ia bermula dari dalam hati anda, bermula dengan tindakan anda dan ajaklah orang-orang yang anda sayangi untuk meninggalkan tabiat ini bersama.

Mengapa saya katakan asap rokok boleh membawa maut? sila lihat kandungan bahan kimia beracun dalam sebatang rokok seperti dibawah.



Anda mungkin bukan seorang perokok, namun dapatkah anda membebaskan diri anda dari persekitaran udara disekeliling anda, iaitu udara yang bercampur dengan hembusan asap rokok!

Mengikut definisi WHO , Perokok Pasif adalah mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang - kurangnya 15 minit dalam masa 2 hari untuk tempoh seminggu.




Ramai yang tidak tahu bahawa Perokok Pasif mempunyai risiko 30%lebih tinggi dari perokok sebenar untuk mendapat kanser paru-parudan 20% lebih tinggi dari perokok sebenar untuk mendapatkanpenyakit jantung! Oleh itu mengikut logiknya mereka yang selalu berdampingan dengan anda seperti isteri dan anak-anak anda akan lebih mudah mendapat penyakit tersebut dan akan lebih dahulu meninggalkan anda. Oleh itu mahukah anda menjadi pembunuh kepada mereka yang anda paling sayangi?

Saya tidak mahu membicarakan tentang hukum merokok dalam islam di sini kerana saya bukanlah seorang ahli agama, namun jika kita berfikir secara rasional tentang kandungan bahan-bahan kimia beracun yang terdapat dalam sebatang rokok itu lalu kita teruskan juga tabiat kita itu, maknanya kita sengaja mencampakkan diri kita ke lembah kebinasaan, atau sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai penyakit yang boleh memberikan kemudharatan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya mengganggu tugas kita sebagaikhalifah di muka bumi ini seperti apa yang telah diamanahkan olehNya.


*Merokok punca pelbagai jenis penyakit.



Bukankah dengan meninggalkan tabiat merokok serta menjauhi asap maut ini adalah satu tindakan yang bijak dan menguntungkan???

Jika tidak boleh membuang terus serta merta tabiat ini tidak mengapa, buat dan usahakan secara perlahan-lahan, insyaAllah berjaya!

Sayangilah dirimu itu kerana setiap diri itu menanggung Amanah!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment