Pages

Thursday, September 29, 2011

HUDUD-Antara Al-Quran dan Buku Jingga


Facebook Wall yang dikeluarkan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi membuktikan pendirian Pemuda PAS bercanggah dengan keputusan Pakatan malam tadi. Pemuda PAS mendesak agar Hukum Hudud diikhtiraf dan tidak dipermainkan seolah2 ianya bukan sebagai salah satu mainan politik parti. Ianya membuktikan bahawa PAS tidak bersungguh2 malah menjadikan ianya mainan politik semata2. Apa pendirian Pakatan mengenai perlaksanaan tersebut? Jangan kata ianya pendirian PAS semata2. Anwar sendiri membuat kenyataan peribadi menyokong Dasar Perlaksanaan Hukum tersebut di Negeri Kelantan. Pakatan kelihatan tidak menghormati Pengundi di Kelantan yang majoritinya mengundi PAS kerana mahu Hukum ini dilaksanakan. Dikatakan Pemuda PAS sedang berkerah untuk mengugut Undi Protes terhadap Pakatan jika dasar perlaksanaan Hudud ini tidak direalisasikan di Negeri2 yang majoritinya merupakan Umat Islam dan dipegang Kerajaan Negeri PAS. Dasar dan Prinsip apa sebenarnya yang dibawa Pakatan? Dok sibuk Buku Jingga. Buku Jingga itu juga adalah Dasar Sekular. Bukan merujuk Dasar Hukum Islam sebenar. Untuk apa PAS merujuk pada Buku Jingga? Bukankah PAS merujuk Al Qur'an dan Sunnah? Al Qur'an jadi mainan bisikan dan teriakan politik semata2. Teruskan Usaha Pemuda PAS. Undi Protes sahaja yang mampu mengajar pemimpin2 PAS yang hanya tahu bersuara tetapi tiada tindakan. SIBUK hina dasar UMNO. Kita bercakap tentang Dasar mereka. Dasar UMNO pula yang dibicarakan untuk alih perhatian. Bersatu Bangsaku kembalikan kekuatan Melayu. Mana majoriti Melayu yang kian terpecah kerana perbezaan POLITIK..

pejuangmelaka - PAS TOLONG IKHLAS dalam perjuangan.. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai Rujukan Bukan BUKU JINGGA ...

No comments:

Post a Comment