Pages

Tuesday, September 13, 2011

Kejahatan Ariel Sharon.


Kejahatan  Ariel Sharon..


* Ariel Sharon lahir di Kfar Malal, Palestin dengan nama Ariel Scheinermann pada 27 Februari 1928, ketika bapanya masih menuntut dalam bidang agronomi di Universiti Tbilisi, Georgia, sementara ibunya dalam bidang perubatan.

* Sharon memang bersifat pelampau kerana sejak berusia 10 tahun lagi sudah terlibat dalam pergerakan pemuda Zionis, Hassadeh (bererti, Medan). Pada usia 14 tahun, Sharon menganggotai pula Gadna, iaitu batalion separuh militer, kemudian Haganah, pasukan separa militer bawah tanah Yahudi. Ketika era pembentukan negara Israel, Sharon dilantik menjadi komanden platon briged Alexandroni, dan mengalami cedera teruk semasa bertempur dengan tentera Jordan di Latrun, Israel.

* Pada 1949, Sharon dinaikkan pangkat menjadi komander kompani Briged Golani dan tahun berikutnya, pegawai perisik Central Command, seterusnya Ketua Unit 101, iaitu Unit Khas pertama tentera Israel (1951).

* Di bawah pimpinannya, Unit 101 melancarkan siri serangan yang tidak putus-putus ke atas Palestin dan negara-negara Arab lain. Unit ini dibenci kerana selain tentera, mereka juga menjadikan orang-orang awam sebagai sasaran. Unit 101 menjadi dalang operasi Qibya pada musim luruh 1953 menyebabkan 69 orang penduduk kampung di Tebing Barat, Palestin meninggal dunia, termasuk kanak-kanak.

* Isteri Sharon, Margalit mati dalam kemalangan kereta pada Mei 1962 menakala anak lelakinya, Gur mati pada Oktober 1967 kerana ditembak oleh kawannya semasa mereka bermain dengan selaras rifel. Selepas kematian Margalit, Sharon mengahwini adiknya, Lily. Lily pula mati pada tahun 2000 akibat kanser.

* Sharon menjadi komander Briged 202 Israel dalam perang Terusan Suez pada 1956, dan bertanggungjawab merampas kembali kawasan timur Sinai dan Genting Mitla. Sharon juga terlibat merancang dan memimpin pasukan tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan Perang Yom Kippur pada Oktober 1973. Sharonlah juga yang mengesan lompang-lompang dalam kemaraan pasukan-pasukan tentera Mesir, lalu menyerangnya hingga tentera Mesir dan negara-negara Asia Barat lain yang bersekutu dengannya, tumbang.

* Karier politik Sharon bermula pasa 1940 dengan menjadi ahli Mapai (Parti Pekerja dan Tanah Israel), sebelum ditukar menjadi Parti Buruh. Beliau adalah salah seorang pengasas penubuhan Parti Likud pada Julai 1973 dan dilantik Menteri Pertahanan pada 1981 di bawah Perdana Menteri, Menachem Begin.

* Dosa Sharon yang tidak akan dilupakan oleh seluruh dunia Islam ialah menjadi dalang pembunuhan keji terhadap pelarian-pelarian Palestin di khemah Sabra dan Shatila pada 1982. Sebagai Menteri Pertahanan, Sharon telah mengapikan tentera Kristian Phalengis Lebanon menyerang penghuni khemah pelarian itu, menyababkan hampir 4,000 orang awam yang tidak bersalah, dibunuh dengan kejam.
Suruhanjaya Kahan yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut mengesahkan penglibatan Sharon. sharon akhirnya terpaksa melepaskan jawatan, (namun terus menjadi Menteri Tidak Berpotfolio dalam kabinet Menachem Begin), tetapi itu pun setelah puas didesak dan terjadinya pertempuran antara orang awam Israel dengan tentera negara tersebut.

* Sharon menjadi menteri di beberapa potfolio dalam kabinet Perdana Menteri-Perdana Menteri berikutnya, hinggalah beliau sendiri menduduki jawatan tertinggi itu pada Februari 2001 selepas Parti Likud pimpinnya memenangi pilihan raya.

* Apabila Sharon menjadi Perdana Menteri, serangan terhadap Palestin diperhebatkan lagi. Kematian di kalangan pejuang dan orang awam terus meningkat. Pada 14 Disember 2001, Sharon 'memenjarakan' pemimpin pejuang pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat di dalam pejabatnya di Ramallah kerana menggalakkan pejuang Palestin menyerang Yahudi. Bala tentera Israel yang dilengkapi dengan kereta kebal mengepung pejabat Arafat 24 jam sehari serta memotong bekalan elektrik.

* Sharon amat membenci Arafat, hinggakan sewaktu ditemu bual oleh stesen televisyen BBC pada 3 Januari 2002, Sharon dengan bongkaknya berkaat, dia menyesal kerana tidak membunuh Arafat, 20 tahun lalu, sewaktu tentera Israel menyerang PLO di Lebanon pada 1982. Malah Sharon berkata, "Maafkan saya kerana tidak membunuhnya dahulu".

* Sewaktu Arafat terpenjara, Sharon terus mengarahkan pihak tentara Israel mengganas , membunuh pejuang serta rakyat awam Palestin dan meruntuhkan kediaman mereka. Pada 3 April 2004, Sharon mengeluarkan ancaman bahawa Arafat dan pemimpin pergerakan Hizbullah di Lebanon adalah sasaran pembunuhannya. Ancaman itu dikeluarkan dua minggu selepas tentera Israel membunuh pengasas Hamas, Syeikh Ahmed Yassin ketika ulama itu dalam perjalanan ke masjid untuk bersembahyang Subuh. Seminggu selepas mengeluarkan ancaman tersebut, tentera Israel membunuh pula pengganti Ahmed Yassin, Abdel Aziz Rantisi.

* 11 November 2004, selepas dua tahun 'dipenjarakan ' di pejabatnya oleh tentera israel, Yasser Arafat meninggal dunia dalam keadaan misteri, dipercayai akibat diracun. Tidak lain tidak bukan, perencana kepada kesengsaraan dan kematian Arafat itu adalah lelaki pendek berbadan gempal yang bernama Ariel Sharon.

* Pada 16-30 Ogos 2005, Sharon melakukan suatu tindakan yang mengejutkan apabila mengusir 9,480 penduduk haram Yahudi di 21 petempatan haram di Gaza, dan empat lagi di utara Tebing Barat. Tindakannya itu membangkitkan kemarahan pelampau Yahudi, menyebabkan seorang abi bernama Yosef Dayan mengenakan sumpahan Pulsa di-Nura ke atasnya, dengan harapan malaikatmaut akan menyeksa serta mencabut nyawa Sharon.

* 18 Disember 2005, Sharon diserang strok dan doktor turut mengesan kerosakan pada saraf jantungnya . Beliau diminta berehat sementara menunggu hari pembedahan pada 5 Januari. Sharon enggan mematuhi arahan itu dengan pergi bekerja, dan sebagai imbuhannya, dia diserang strok sekali lagi pada 4 Januari, sehari sebelum dibedah. Pada 8 Januari, Sharon koma sampailah sekarang. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment