Pages

Monday, September 12, 2011

Kesedaran Pengguna


Kesedaran Pengguna




Hari ini kita akan membincangkan isu kesedaran pengguna pada masa kini. Untuk berjuang seseorang pejuang  harus bijaksana dan perlu mempelajari sebanyak mungkin ilmu dan memperoleh maklumat terkini apa yang berlaku di bumi yang kita pijak serta langit yang kita junjung ini.

Setelah membuat pemerhatian dan mengaturkan soal jawab selama 3 bulan secara sampling rawak juga melalui Kajian menggunakan kaedah kualitatif, kami mendapati tahap ambil berat pengguna Malaysia rata-rata sangat lemah terutama di kawasan luar bandar. Di mana mereka tidak punyai pendidikan asas tentang kepenggunaan dimana mereka kebanyakkan mudah saja diperdaya golongan-golongan tertentu seperti peniaga dalam pelbagai bidang terutama yang melibatkan direct sales.

Tahukah kenapa ekonomi China sangat cepat meningkat? Bagaimana kita menyumbang ke arah kecepatan kenaikkan ekonomi China?

Baiklah, mungkin ada diantara pembaca blog ini ketahui macam-macam cerita mengenainya, mungkin juga ada yang tidak tahu. Kami akan mengupas dari satu sudut saja, yang kami fikir senarionya mudah difahami. Menurut Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan 2007, lebih 15000 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Plastik merupakan salah satu penyumbang utama kepada sisa sampah di Malaysia. Bahan buangan plastik kita dieksport ke China dengan anggaran harga 0.20sen sekilo tapi mereka proses jadi tupperware sebagai contoh jual balik pada kita 1unit dengan harga beringgit-ringgit. Beginilah proses asas yang berlaku, dan tahukah anda baju yang anda pakai juga mengandungi plastik dalam kadar 30% biasanya. Bergantung pada jenis plastik samada kasar atau halus. Memandangkan cotton di pasaran agak mahal, plastik merupakan alternatif yang baik. Begitu juga dengan wallet dan tali pinggang, yang dikatakan kulit itu di lapisan permukaan atas saja itu pun nipis saja, yang lain plastik juga. Inilah trend bisnes masa kini.

2 Bisnes yang paling baik untuk dibuat atas dunia ini ialah berasaskan angin (feng) dan air (shui). Sebagai contoh roti yang kita selalu beli, ia membesar kerana punya udara, cuba anda mampatkan, itu sajalah sebenar saiz makanan tersebut. Sekiranya produk berasaskan air dipasaran terlalu banyak, baru-baru ini iklan bio aura sering di tontonkan di televisyen.

Sebagai pengguna yang bijaksana, anda harus bijak menilai duit anda dengan nilai barangan. Baju dan seluar yang berjenama popular, saya tidak mahu sebut secara direct tapi apa-apa jenama popular di pasaran, yang tidaklah sepadan dengan harga. Saya ambil contoh: BRAND A ialah satu brand popular di dunia. Sebenarnya yang dikatakan original bukanlah pada baju atau seluar tapi hanya pada logo, mungkin butang dan sebagainya. Jika di China ada 3 jenis teknik replika barangan, iaitu yang biasa, sederhana dan terbaik. Jadi apabila anda membeli satu baju-baju berjenama sebenarnya di hasilkan katalah di Malaysia, cuma brand itu dicop di UK. Jadi original ialah pada cop brand tersebut saja. Kilang-kilang besar di Malaysia tidak berani untuk meletakkan Brand kerana ia menyalahi akta undang-undang hakcipta dan perdagangan.

Fikirkan,
Adakah berbaloi membeli baju berjenama popular sedangkan kualiti pemakaian itu sama dengan baju biasa? Di sinilah kebanyakkan pengguna tewas, rata-rata menilai buku dari kulitnya. Kebanyakkan barang yang kita pakai ialah hasil dari sisa sampah kita sendiri.

Pada ketika keadaan ekonomi kurang memberangsangkan, kuasa membeli juga terjejas, mungkin anda belum merasainya secara ketara, tapi beringatlah sebelum kena. Menjadi pengguna yang bijak adalah penting, jika di Taiwan, pengguna sangat awas ditipu kerana mereka boleh black mail atau saman syarikat yang terbabit. Sebagai contoh air coca-cola. Sekiranya membeli di Taiwan, air coke dalam tin tersebut mestilah penuh. Tapi apabila mereka mendapati tiba-tiba didalam tersebut hanya mempunyai separuh atau 3 suku, pengguna di sana akan mula menggertak syarikat tersebut atas tuduhan cuba menipu pengguna. Inilah kesedaran pengguna di sana, mereka tidak mengambil mudah hak mereka. Tapi adakah anda tahu hak anda?

Untuk rujukan terbaik, anda bolehlah ke KPDN dan hal ehwal pengguna berdekatan dan mempelajari seberapa banyak yang boleh dipelajari. Dengan kesedaran dan maklumat yang ada insyaAllah dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik


Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan

No comments:

Post a Comment