Pages

Wednesday, September 14, 2011

KISAH ANWAR IBRAHIM-Sekadar Renungan


KISAH ANWAR IBRAHIM TERBONGKAR !!!


N.Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai Kedah mendedahkan bekas Presiden PAS,Arwah Dato’ Fadzil Mohd Nor pernah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan meliwat I pada tahun 1998, namun nasihat itu ditolak oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


“1998, Arwah Dato Fadhil Nor nasihat @anwaribrahim untuk Sumpah demi bersihkan diri dari tuduhan Liwat 1 tapi Anwar enggan walau didesak Arwah”, katanya dalam twitternya, 5 Sept.

AIDC melaporkan N. Gobalakrisnan merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan sejak dari tahun 1998, bertindak keluar dari PKR pada 3 Mac 2011 kerana mendapati parti semakin rosak malah tersasar jauh daripada asas perjuangannya setelah dikuasai pemimpin seperti Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang hanya berjuang atas kepentingan diri sendiri.Pendedahan N. Gobalakrisnan bukanlah perkara baru,malah pernah disebut oleh beberapa pemimpin PKR sebelum ini, termasuklah Lokman Noor Adam dan YB Zulkifli Noordin.



Anwar Dicabar Lokman Noor Adam

Lokman Noor Adam dalam temu bual pada 15 Jun 2011 di Caps Square,Kuala Lumpur mendedahkan beliau pernah meminta Anwar bersumpah untuk membersihkan tuduhan liwat yang dikenakan kepadanya pada 15 September 1998, ketika dalam kereta bersama Anwar dari tol Sungai Besi menghala ke Sungai Chua.Menurut Lokman, Anwar enggan bersumpah dengan alasan ulama melarangnya berbuat demikian.Namun pada pada 19 September 1998 semasa berceramah di rumah Lokman, di Batu Pahat Johor, Anwar menunjukkan dirinya seperti bersumpah, walhal sebenarnya beliau tidak bersumpah mengikuti hukum Islam.

“Anwar tak sebut pun Wallahi, Wabillahi, Wattalahi, saya bersumpah dengan nama Allah, saya tak pernah meliwat sesiapa pun. Yang itu dia tak sebut.Saya bersumpah dengan nama Allah,apa yang dituduh oleh media massa ke atas diri saya hari ini adalah tidak benar.Tuduhan yang mana satu ??? Tuduhan liwat Sukma lima belas kali ke ??? Tuduhan meliwat Munawar ke ??? Tuduhan menyalahguna kuasa ke ??? Tuduhan yang mana satu tak sebut.Masakan bekas seorang Timbalan Perdana Menteri, bekas Presiden ABIM, tak tahu nak bersumpah mesti sebut Wallahi, Wabillahi, Wattalahi. Itu dari segi logik akal.Kedua, masa dia angkat sumpah jadi Ahli Parlimen. Berapa puluh tahun dia jadi Ahli Parlimen. Bila dia menang pilihan raya. Dia tak ditabalkan lagi, dia kena angkat sumpah. Angkat sumpah dia, Wallahi, Wabillahi, Wattalahi.

“Dia jadi Timbalan Menteri, dia jadi Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri…semua angkat sumpah yang sama.Jadi, yang peliknya, jadi Menteri apa semuanya dia boleh angkat sumpah, kenapa kali ni nak buktikan dia bukan seorang peliwat dia tak berani bersumpah ??? Tak sampai pun 30 saat”, kata Lokman.

Anda inginkan penjelasan dari Lokman Adam ???

KLIK DI SINI



Zulkifli Noordin Dedah Misteri Di Sebalik Sumpah Anwar

YB Zulkifli Noordin mendedahkan lebih lanjut berkenaan misteri di sebalik sumpah Anwar, termasuk ‘bersumpah’ di rumah Lokman, di Batu Pahat, Johor.Katanya, beliau berada dalam kereta bersama Anwar dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat ke rumah Lokman Noor Adam.Ketika itu Anwar meminta pertolongannya untuk menelefon (Allahyarham) Datuk Ishak Baharom untuk mendapatkan sokongan.

“Saya pun telefon. Saya tanya Datuk Ishak Baharom, macam mana ini.begini.begini.Datuk Ishak Baharom kata, sumpah lah.Suruh dia (Anwar) sumpah. Sumpah mubahalah.Datuk Ishak Baharom.aya ingat lagi.Saya dalam kereta masa itu,Saya, Anwar,guard (tak ingat siapa) kat depan,lepas itu pemandu.. kereta Toyota Estima.Saya pasang speaker phone,saya suruh dia (Anwar) dengar apa Datuk Ishak Baharom cakap.Datuk Ishak Baharom kata, suruhlah dia (Anwar) sumpah. Anwar dengar, dia tak bercakap”, katanya.

Menyentuh berkenaan ‘sumpah’ Anwar di rumah Lokman, Zulkifli berkata,

“Kat Batu Pahat itu, dia sumpah.Tapi sumpah temberang dia lah.Demi Allah,saya tak buat apa yang mereka sebut.Tak spesifik kepada tuduhan dia meliwat Azizan… takTapi… geng (kita) termasuk sayalah.dulu kan, bodoh..pergi cerita (kepada orang ramai), Anwar dah sumpah dah. (Tetapi sebenarnya) Bukan sumpah (yang mengikut syariat Islam)”, katanya.

Anda inginkan penjelasan dari YB Zulkifli Noordin ???

KLIK DI SINI

SUMPAH TAK NAK ???

DNA TAK BAGI ???

SEMUA NAK SALAHKAN ORANG LAIN ???

DS NAJIB DAN SAIFUL DAH BERSUMPAH !!!

ADAKAH MEREKA DI LAKNAT OLEH ALLAH DAN KEHIDUPAN MEREKA SEKARANG SENGSARA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

pejuangmelaka - Hanya ALLAH yang tahu kebenarannya.. Salam Perjuangan

1 comment:

  1. Politik apa yer yg betul2 islam? Sebenarnya sistem demokrasi tiada dalam sistem Islam..Sistem Khalifah sahaja betul menurut Islam.. Dalam Demokrasi 0.01% sahaja pemimpin berkaliber di temui manakala dalam sistem khalifah seharusnya dr majlis syura sendiri..Saya cuma menyuarakan pendapat dari perspeksi saya..Bagi saya PAS atau UMNO Melayu DAP shj Cina..Salam ukhwah sahabat..

    ReplyDelete