Pages

Monday, September 5, 2011

Kristian vs Islam


Kristian vs Islam

Antara Kristian dan Islam yang mana satukah yang paling lurus agamanya? Kalau ditanya pada orang Kristian sudah tentu mereka menjawap Kristian adalah agama yang lurus, sekirannya di tanya pada orang islam sudah tentu Islam adalah agama yang lurus....

Atikel ini dapat memberikan sedikit penjelasan tentang pemilihan agama yang lurus dan benar pada mereka yang masih lagi tercari-cari...dan masih lagi goyang akidahnya...

Adakah Tuhan itu punyai anak?

Sekirannya kita ada anak, sanggupkah kita melihat anak kita sendiri di siksa dan di hina di depan mata kita sendiri? sudah tentu tidak... kasih sayang seorang ibu melebihi kasih anak pada ibunya sendiri...10 orang anak belum tentu dapat menjaga ibunya seperti mana ibu dapat menjaga 10 orang anak...betul? Begitulah juga Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang...sekirannya Tuhan itu ada anak, sudah tentu dia akan memuliakan anakNya sendiri...Dia pasti tidak akan sanggup biarkan anaknya disiksa dengan kejam demi orang lain...Sudah pasti Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...carilah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...sudah pasti dia akan menyayangi anda...

Maha Suci Tuhan yang Esa Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia




Agama yang benarkan arak dan zina adalah agama yang mudah?


Masih ingatkah masa kita kecil ibu kita berikan kita susu dan mengawal tingkah laku kita dengan rapi...apa yang kita main, apa yang kita tengok...kerana ibu kita sayangkan kita...Ibu kita tidak akan sanggup berikan kita arak walaupun dia kaki minum, sebab ibu sayangkan kita...Tapi bila besar ibu kita sudah lepaskan kita....begitulah juga Tuhan melarang kita minum arak walaupun setitis, berjudi dan berzina, dadah dan berhibur dengan berlebihan....sebab Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang melebihi ibu kita sendiri, Tuhan tidak akan lepaskan kita walau sesaat...dia Maha Melihat dan Maha Mendengar...sekirannya Tuhan / agama lain membenarkan arak, zina dan judi...maka adakah Tuhan menyayangi kita sebenarnya?



Kalau kita sayangkan anak, kita pasti berikan makanan yang terbaik dirinya...kita mahukan dia mendapat nutrien dan khasiat yg bagus untuk pembinaan fizikal dan mental. Kita sanggup habiskan banyak wang untuk belikan makanan dan susu yang terbaik untuk anak kita...Makanan yang kotor, tidak berkhasiat kita tak akan bagi kerana budak-budak perlukan pertumbuhan yang baik.

Begitulah bagaimana Tuhan menyuruh kita meninggalkan makanan yang haram...Tuhan tidak mahu kita makan makanan yang kotor dan membahayakan kesihatan...Maka, Islam melarang makan bangkai, babi, binatang yang berkuku dan hidup dua alam kerana binatang itu punyai racun, kotor dan kurang berkhasiat...Tuhan menyuruh kita makan binatang ternakan yang baik yang hanya makan tumbuhan yang bersih ....seperti kambing, ayam...Maka diberikan banyak binatang ternakan di bumi ini...Tuhan larang kita makan binatang liar berkuku, reptilia yang hidup dua alam, seperti singa, harimau maka Tuhan sikitkan bilangan binatang-binatang liar ini...Maka sukarlah bagi manusia untuk memakannya dan amat sukar untuk menternak harimau sebagai binatang ternak ...Begitulah Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Tuhan turunkan anakNya atau seorang mansia yang terpilih ke bumi?

Tiap kali kita beli mesin yang baru, kita cari manual/model/sample cara nak gunakannya dengan cara betul....kalau tidak...mesin itu akan cepat rosak kerana kita tak faham...Model dan sample itu mestilah sama dengan mesin yang kita mahu beli. Contohnya kalau kita mahu beli TV Plasma Toshiba, sudah pasti kita mahu lihat sample model TV Plasma Toshiba bukan TV Plasma LG. Kalau kita mahu beli rumah model kondominium, sudah pasti kita mahu lihat sendiri model rumah contoh kondominium bukan nya banglow betul tak?

Begitulah Tuhan menciptakan manusia yang kompleks ini, dia berikan kita manual iaitu Al Quran dan sunnah nabi muhamad saw sebagai model supaya kita tidak cepat rosak dan sesat. Tiada seorang pun di dunia ini ada biografi yg selengkap nabi muhamad saw dari dia mula dilahirkan hinggalah kewafatan baginda...

Sekirannya Tuhan ciptakan malaikat untuk mendiami bumi ini, sudah pasti model dan sample yang akan diberikan malaikat juga...sekirnnya Tuhan turunkan anakNya, mampukah kita ikut seperti mana anaknya buat? sudah tentu tidak....sebab keduannya makhluk yang berbeza...anak Tuhan dan manusia adalah makhluk yang berbeza...bagaimana kita mampu ikut anak Tuhan sekirnnay kita sendiri manusia biasa?

Sebab itulah setiap zaman... nabi-nabi dilahirkan untuk memperingati perintah Tuhan dan sebagai model ikutan manusia yang sezaman dengannya...Walaupun nabi muhamad saw telah lama wafat...Tuhan tidak akan biarkan manusia terus kesesatan tampa peringatan...Memang ada wali-wali Tuhan, ulamak dan insan-insan yang ikhlas yang mengantikan tugas nabi muhamad menerangkan kalimah-kalimah Tuhan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhamad saw dalam menjalankan kerja-kerja dakwah pada masyarakat dan amalan-amalan kebajikan.

Al Quran sebagai manual (main reference)buku rujukan pertama


Nabi Muhamad s.a.w sebagai model/sample
Bacalahlah Biogrgrafi dan Hadis-Hadis yang dapat menerangkan Al Quran dengan lebih mendalam

Kalau Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Mengapa aku di timpa musibah, kegelisahan, kesedihan, kekeliruan? 


Orang tua-tua kata kalau sayang anak tangan-tangankan...maknanya pukul lah sedikit anak-anak tu dan berikan sedikit ancaman supaya mereka takut untuk membuat kesalahan yang membahayakan dirinya...Kita tidak mahu anak kita main terjun bangunan, kita berikan ancaman dan rotan sekirannya mereka bermain di tepi bangunan.

Begitu juga bagaimana Tuhan ingin mendidik kita supaya kembali bertaubat kepadaNya... Tuhan uji dengan penyakit, kesusahan, kesengsaraan dan berikan ancaman hukum yang dasyat supaya kita kembali sedar...insaf dan bertaubat kerana Tuhan masih lagi sayangkan kita ... Hukuman hudud seperti rotan dan sebatan dan rejam sehingga mati, sebenarnya adalah tujuan mendidik...bukan untuk menghukum...Sekirannya kita sudah bertaubat dan kembali kepada Tuhan, maka tidak patut hukuman itu dijalankan...Tuhan itu Maha Pegampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Sebenarnya kasih sayang Tuhan itu amatlah luas melebihi seorang ibu kepada anaknya sendiri...seorng ibu kalau anaknya derhaka, ingkar.. tak mahu dengar cakap...dah nak halau keluar dari rumah..tak mengaku anak..lah...tapi Tuhan masih lagi berikan rezeki dan peluang pada manusia yang ingkar dan derhaka kepada Nya sehingga saat kematian, nyawa masih lagi berada di kerongkong pintu untuk kembali bertaubat masih lagi terbuka luas...Tetapi amatlah rugi sekirannya kita lambat kembali kepada Tuhan atau menunggu sekirannya akhir hayat baru hendak bertaubat...kerana Tuhan itu Maha Pemberi Kurnia dan Anugerah...Sekirannya kita ingin dapatkan kasih sayang Tuhan bersegeralah kembali bertaubat kepada Nya mengapa perlu tunggu dan tunggu?

Aku Masih Lagi Tidak Mengerti... Megapa Tuhan Ciptakan Manusia dan berikan Kesusahan pada Manusia?


Bila kita ciptakan sesuatu barang yang baru...kita pasti nak uji barang itu betul tak? ujian Quality Control, QA, Sirim, Six Sigma dan macam-macam testing...lagi banyak barang itu lulus dalam ujian maknanya barang itu berkualiti tinggi macam barang2 keluaran Jepun ... telah mendapat pengiktirafan dunia...

Begitulah juga Tuhan menciptakan manusia satu makhluk dengan tanganNYa sendiri...diletakkan manusia di dunia ini dengan berbagai ujian nafsu, kelemahan jasmani, jin dan syaitan...sekirannya manusia itu dapat bertahan dan lulus ujian, dapatlah pengiktirafan dari Tuhan ...dan sudah pasti tempat itu tinggi di sisi Nya saat manusia meninggalkan dunia....

Quran [5.48]... Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu..

Kalau begitu...Apa tujuan manusia diciptakan? Apa fungsi manusia?

Sekirannya kita ciptakan manusia palsu atau robot. Cyborg ciptaan manusia menggunakan teknologi artificial intelligence dan RFID microchip technology. Cyborg ini memang ciptaan realistik yang sedang giat diuji di makmal UK. Tujuan utama Cyborg adalah untuk mengantikan tentera manusia dan mengikut arahan dan perintah manusia.

Setiap penciptaan ada fungsi yang tertentu....maka apa pula tujuan utama manusia di ciptakan oleh Tuhan? Sama sahaja...mengikut perintah Tuhan..dan mengabdikan diri kepada NYA...itulah tujuan utama manusia diciptakan...

Quran:surat Adz Dzariat ayat 56, “Tidak Kuciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu

No comments:

Post a Comment