Pages

Tuesday, September 13, 2011

Melayu masuk mulut buaya sebab nak lari dari mulut harimau


   Jangan masuk mulut buaya sebab nak lari dari mulut harimau








Jangan masuk mulut buaya sebab nak lari dari mulut harimau




Saya pasti ketika ini masih panas isu seorang pemimpin sebuah parti politik yang bercakap tentang Tragedi Bukit Kepong.Pemimpin itu,Mat Sabu merangkap Timbalan Presiden Pas mendakwa pengganas Komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong adalah wira sebenar bukannya anggota polis yang mempertahankan balai polis itu.


Sebenarnya anda tidak perlu keliru atau mengelirukan diri sendiri apabila mendengar kenyataan Mat Sabu.Anda hanya perlu kaji perkataan ini,KOMUNIS dan apakah motif perjuangan mereka.


Ramai para penyokong Mat Sabu mengatakan sebab anggota polis tadi bukan wira sebenar adalah kerana mereka diibaratkan bekerja untuk British,kerana ketika itu sistem kerajaan dikuasai oleh British.Senang cerita,mereka bagaikan talibarut penjajah.


Ok,bekerja dengan British,maka jadinya talibarut British.


Bagaimana dengan bekerja untuk Komunis?Siapa Komunis?Mahukah saya ceritakan sejarah fahaman Komunis?Bermula dari Das Kapital atau The Communist Manifesto?Latar belakang Karl Marx and Frederick Engels?Siapa Lenin?









Pernah dengar kata-kata 'hikmat' bapa Komunis Karl Marx,"Religion is the opium of the people"? (Agama adalah candu masyarakat)


Saya tidak kisah jika pihak yang menyerang balai polis Bukit Kepong itu adalah anggota pertubuhan Islam contohnya atau kesatuan Melayu seperti KMM,tak kisahlah sayap kiri atau pemberontak British,asalkan bukan Komunis atau spesisnya seperti Bintang Tiga atau MPAJA.


Ini yang diangkat sebagai wira adalah KOMUNIS,yang membunuh ramai orang Melayu dan Islam kerana dituduh sebagai talibarut British.Jika anda tidak setuju dengan polis Bukit Kepong dan British,tidak semestinya anda mesti setuju dengan Komunis hanya kerana Komunis menentang British.


British tidak percayakan Tuhan anda.Komunis tidak percayakan agama.Mengapa anda sokong Komunis hanya kerana Komunis menentang British?


Dua-dua saya tidak suka,sama ada British atau Komunis.Tetapi dalam situasi Bukit Kepong,saya lebih menyokong anggota polis dan keluarga mereka,kerana mereka sebangsa dan seagama dengan saya.Di pihak Komunis,hanya Mat Indera dan beberapa kerat Melayu bodoh,selebihnya adalah mereka yang menganggap agama anda adalah candu masyarakat (termasuk Melayu bodoh tadi).


British mentadbir Tanah Melayu dan sudah tentu mewujudkan institusi pertahanan (baca:polis dan tentera) untuk menjaga tanah jajahannya.Fahaman Komunis merebak dari Russia,China dan ke negara-negara Asia Tenggara.Komunis diciptakan untuk 'clash' dengan fahaman Kapitalis dan Imperialis seperti British.Siapa Komunis?Orang kafir zimmi yang baik hati yang mahu merdekakan tanah anda dari British?


Fikirlah Bangsaku ..

British tidak percayakan Tuhan anda.Komunis tidak percayakan agama.Mengapa anda sokong Komunis hanya kerana Komunis menentang British?


Jika syaitan dan Iblis yang menyerang Bukit Kepong,maka mengapa anda mesti menyokong syaitan dan Iblis tadi semata-mata mereka menentang British?


Apa yang saya mahu katakan lagi, fikir lagi bangsaku ?


UMNO tidak percayakan sistem Islam. DAP dan Komunis bukan sahaja tidak percayakan sistem Islam malah Islam dan Tuhan anda sendiri. Mengapa anda sokong DAP dan Komunis semata-mata mereka menentang UMNO?


Mengapa bodoh sangat ni. Bangkitlah Bangsaku  !


Jangan sampai motif perjuangan anda mencapai tahap:semata-mata menentang UMNO.


Ini mencapai faham Machiavelli iaitu gunakan apa sahaja isu dan cara asalkan UMNO jatuh. Biar Islam diperkosa luar dan dalam,asalkan UMNO tumbang. Jual Islam pun tak apa,asalkan UMNO tumbang.


Katakan Komunis berjaya menghalau British dari Tanah Melayu.Anda fikir Komunis akan melantik Mat Sabu menjadi Presiden dan menjalankan hukum Hudud dan Qisas di Tanah Melayu?Hey kawan,nak sembahyang dalam masjid pun belum tentu selamat,inikan pula nak bercakap pasal sistem Islam di bawah cengkaman Komunis.Bacalah sejarah negara-negara Asia Tengah ketika di bawah USSR.Sampai satu tahap generasi muda tak tahu nak solat,puasa dan sebagainya.Mereka hanya tahu ucap 'Lailahaillallah' sebab nenek moyang mereka selalu mengucapnya.Sekolah agama ditutup,para ustaz dibunuh.Agama adalah candu masyarakat.KOMUNIS KATA AGAMA ADALAH CANDU MASYARAKAT.Agama adalah candu masyarakat.KOMUNIS KATA AGAMA ADALAH CANDU MASYARAKAT.


Apa jadi pada muslim ? Nak puasa pun tak boleh,nak terawih pun tak boleh.Ramai kena siksa dan dibunuh.Siapa yang buat tu?Orang kafir zimmi yang baik hati yang nak merdekakan tanah air anda?KOMUNIS!!


Jangan masuk mulut buaya sebab nak lari dari mulut harimau.


Sokong Komunis sebab nak merdeka dari British.Komunis tu baik hati sangat ke?Komunis tu suka tolong orang Islam ke?Sila senaraikan 10 kebaikan Komunis sebagai sebab mereka patut diangkat sebagai wira.


Jangan jadi bodoh.Kita perlu mengenal siapa musuh,siapa kawan.Fikir betul-betul adakah tepat dia saya angkat sebagai wira?Mengapa saya angkat dia jadi wira?Sebab dia menentang British?Jika syaitan menentang British,adakah syaitan saya angkat sebagai wira?


Mungkin kata Mat Indera atau Abdullah CD,saya berjuang untuk membebaskan bangsa dari British.Tetapi mengapa anda bunuh bangsa anda sebab nak halau British?Saya nak bagitahu,jika Komunis berjaya menghalau British,Mat Indera dan Abdullah CD tak akan mentadbir Tanah Melayu,tetapi KOMUNIS YANG AKAN MEMERINTAH TANAH MELAYU.Chin Peng yang akan buat anda-anda semua jadi anjing kurap duduk bawah dia.


Mengapa orang benci Komunis?Ada tak catatan bahawa Komunis memberi bantuan makanan untuk orang kampung?Komunis tolong bina surau dan masjid?Mengapa orang benci Komunis?SEBAB KOMUNIS KEJAM!


Semata-mata tak nak duduk bawah British,lebih rela duduk bawah kangkang Komunis yang bunuh suami anda dan rogol anak perempuan anda.Rela duduk bawah Komunis yang kata agama kamu,nabi kamu dan Tuhan kamu ADALAH CANDU,CANDU DAN CANDU MASYARAKAT.


Bangkitlah Bangsaku..


Jangan masuk mulut buaya sebab nak lari dari mulut harimau.Ingat kata-kata ini.


Saya tak kisah anda ingin mengangkat Komunis sebagai wira hanya kerana anda benci UMNO dan anggap mereka sebagai talibarut British.Tetapi siapa Komunis?Apa motif perjuangan mereka?


Adakah Komunis lebih baik dari British?


Tepuk dada tanya kepala lutut anda sendiri.


Apakah kepentingan sejarah?Sejarah adalah senjata untuk mengelirukan anda dan membuatkan anda menganggap musuh adalah wira anda,superhero anda.Apa kepentingan sejarah?Sejarah adalah mikroskop untuk mengelakkan anda menjadi mangsa keadaan,dan mengelakkan anda mengangkat orang yang menganggap agama anda candu masyarakat sebagai wira sejati anda.



“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).
Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk dirinya atau puaknya, maka dengan lantangnya dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya. Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada dirinya dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya, atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya.
Golongan fanatik parti dan mazhab selalu melakukan perkara yang seperti ini. Dunia juga rosak apabila kebenaran itu dilacurkan untuk mendapatkan habuan atau keuntungan.


Nik Aziz : Nikmat Besar Jika Berpadu
Satu Ketika Nik Aziz Kata Nikmat, Kini Bukan Nikmat Lagi Setelah 18 Tahun Berkuasa Di Kelantan.





Karpal : Langkah Mayat Dulu Baru Tubuh Negara Islam
Karpal Singh (Pengerusi DAP), Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.

Menang jadi Arang, Kalah jadi Abu

Menang jadi Arang, Kalah jadi Abu
Siapakah yang paling untung dalam PRU13? Bila kalah semuanya menyanyikan lagu bangau oh bangau.



Salam Perjuangan ..

No comments:

Post a Comment