Pages

Tuesday, September 20, 2011

NAJIB AKAN TURUNKAN HARGA PETROL?


NAJIB AKAN TURUNKAN HARGA PETROL?

Memandangkan kehangatan perbincangan tentang ISA yang 'diubahsuai' oleh Najib Abdul Razak sehingga memerlukan pujian daripada pelbagai lapisan masyarakat, maka cerita tentang penurunan harga minyak dunia, tidaklkah begitu dititikberatkan. Bahkan suara-suara sumbang TNB yang sedang mendesak agar kerajaan menaikkan tarif elektrik menerusi pengungkitan kononnya, TNB terpaksa menyerap kos RM3 bilion beberapa hari lepas, turut tidak begitu terangsang, memandangkan harga minyak dunia yang nyata tidak mampu membantu 'tekanan' TNB.

Khalayak masih lagi menunggu-nunggu pengumuman yang bakal dibuat oleh Najib Abdul Razak berhubung penurunan harga minyak. Selepas Najib membunuh 'senjata' dan modal Pakatan Rakyat tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi pengumumannya pad 16 September lepas, senjata seterusnya adalah harga minyak dan secara automatik, penurunan harga barang.

Ketua Pegawai Eksekutif Lion Group, William Cheng dalam satu kenyataan dua hari lepas menyatakan perasaan tidak senangnya dengan harga rendah barangan keperluan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia. Menurutnya, modus operandi Kedai Rakyat 1Malaysia akan membunuh peruncit-peruncit yang bernaung di bawah ACCIM.

Sebelum ini, antara alasan yang digunakan untuk menaikkan harga barangan dan keperluan adalah kenaikan harga minyak, sungguhpun kebanyakan lori tidak menggunakan petrol, sebaliknya diesel dan kenaikan harga diesel tidak sekerap kenaikan petrol.

Sebarang penurunan harga minyak sebelum ini tidak akan banyak memberi kesan kepada harga barangan dan keperluan memandangkan kenaikan yang dibuat, jarang sekali mengalami penurunan melainkan akibat kurangnya permintaan.

Pada ketika ini, RON95 dijual pada harga RM1.90 dan diberikan subsidi oleh kerajaan. Manakala RON97 pula dijual pada harga RM2.70 dan diapungkan mengikut harga pasaran semasa. Kali terakhir RON97 mengalami perubahan harga adalah pada Jun 2011 apabila petrol itu dinaikkan 10 sen oleh pihak yang berkenaan kononnya untuk menampung kenaikan harga minyak dunia.

Nampaknya penurunan harga minyak kali ini menutup terus mulut Persatuan Pengedar-Pengedar Petroleum Malaysia yang kelam-kabut menaikkan harga RON97 pada April 2011 apabila harga minyak dunia naik dari USD105 menjadi USD114.

Mengapa pula kali ini, Persatuan tersebut tidak bertindak sepantas mereka menaikkan harga RON97? Mengapa pula kali ini tidak seorang menteri pun yang mahu memberi ulasan serta membayangkan penurunan harga RON95 selain diesel dan LPG?

Rakyat Malaysia sedang menanti-nanti penurunan harga dan cuba membandingkan kepantasan menurunkan harga itu sama seperti pantasnya harga dinaikkan untuk 'menampung kos' atau 'mengurangkan bebanan subsidi kerajaan'. Bahkan RAKYAT MALAYSIA JAUH LEBIH TERANGSANG untuk menantikan pengumuman tentang penurunan harga minyak berbanding pengumuman pemansuhan ISA sebenarnya!
Confirm Undi atas pagar pada BN..
Sini



No comments:

Post a Comment