Pages

Monday, September 26, 2011

PERSAHABATAN RANTING-RANTING PERPADUAN


PERSAHABATAN RANTING-RANTING PERPADUAN


Wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu menguatkan persaudaraan keislaman kita jika persahabatan diantara kita masih goyah,

Wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu menaikkan syiar islam diseluruh dunia jika keikhlasan tiada didalam persahabatan,

Wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu didalam melemahkan musuh-musuh islam jika tiada persefahaman dan tolak ansur didalam persahabatan kita,

Wahai saudara-saudaraku ikatlah persahabatan diantara kita dengan keimanan kerana ALLAH, maka dari situ terbitlah bibit-bibit kemanisan didalam persahabatan dan kekuatan Ummah,

Ramai yang mengomel mengatakan di zaman yang serba moden ini, tiada manusia yang ikhlas lagi dalam bersahabat,ramai yang menikam dari belakang...

Wahai saudara-saudaraku, bersabda rasulullah s.a.w..."ketahuilah..sesiapa yang mengatakan sesuatu kepada seseorang itu dengan sesuatu keburukan, maka keburukan itu kembali kepadanya...."

Sedarilah wahai sesiapa yang yang ragu-ragu dalam bersahabat....
jika kita ingin dihormati, maka hormatilah orang lain terlebih dahulu..
jika kita ingin disayangi,maka sayangilah orang lain terlebih dahulu...
jika kita ingin di percayai, maka percayailah orang lain terlebih dahulu...
begitulah juga jika kita tidak mahu di khianati,maka jangan lah kita khianati orang..
jika kita tidak mahu di herdik maka jangan lah kita mengherdik orang...

ALLAH menjadikan dunia ini sempurna dan adil....keseimbangan terdapat didalam segala sesuatu..berfikirlah wahai saudara-saudaraku...PERSAHABATAN YANG BAIK itu dimulai dengan DIRI sendiri dahulu di sertakan bersama KEIMANAN yang diniatkan kerana ALLAH,

ingatlah...PERSAHABATAN ANTARA SAUDARA SEISLAM adalah ranting-ranting pokok kepada perpaduan UMMAH.....

ya ALLAH....satukanlah hati-hati kami didalam bersahabat keranaMU ya ALLAH....
ya ALLAH....jadikanlah persahabatan kami ini berguna dan diredhaiMU ya ALLAH...
ya ALLAH...jadikalah persahabatan diantara kami ini adalah keranaMU ya ALLAH...
ya ALLAh...jadikanlah persahabatan kami ini seperti mana nya persahabatan di antara Rasulullah dan saidina Abu Bakr....
AMIN~amin~~ya RABB~~perkenankanlah~


PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Ambillah iktibar dari peristiwa ini, dan mungkin banyak lagi kes sedemikian yang tidak tersebar kepada umum. Sesungguhnya manusia itu sentiasa melakukan amalam "Menzalimi Diri sendiri" walaupun telah di beri peringatan.

No comments:

Post a Comment