Pages

Saturday, September 10, 2011

Phahrolrazi calon pilihan ganti MB Kedah?


Phahrolrazi calon pilihan ganti MB Kedah?

Isu spekulasi penggantian Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mula suam-suam kuku kini dipanaskan kembali dengan desas-desus exco kanan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dikatakan calon pilihan jika berlaku kekosongan jawatan tersebut.

Walaupun dua lagi exco – Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohammad Taulan Rasul – turut berada dalam senarai itu, Phahrolrazi (kiri) yang juga ADUN Pengkalan Kundor dikatakan menjadi calon pilihan jika wujud keperluan berbuat demikian.

Bahkan, wujud cakap-cakap yang Azizan dikatakan diberi masa untuk terus menjalankan tugasannya sebagai biasa kecuali jika terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan.

Bagaimanapun, demi kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, PAS tentunya tiada pilihan sekiranya Azizan sakit, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Ini kerana, tugas mempertahankan penguasaannya di negeri itu amat penting bagi PAS yang pertama kali menawan Kedah tiga tahun lalu, selepas mencuba dalam sebelas kali pilihan raya umum sebelumnya.

Phahrolrazi yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah dan yang dipertua PAS Kuala Kedah dilihat berada dalam kedudukan terbaik bagi mengambil alih teraju pemerintahan negeri berdasarkan hirarkinya itu.

Amiruddin, 49, adalah ADUN Anak Bukit yang memegang portfolio jawatankuasa industri dan pelaburan, pertanian dan industri asas tani, bioteknologi, pembangunan luar bandar dan basmi kemiskinan.

Di peringkat PAS negeri, beliau - yang juga seorang jurutera dalam bidang sivil - memegang jawatan bendahari.

Perkembangan baru ini dilihat susulan masalah kesihatan yang dialami Azizan sehingga dikatakan tidak dapat memfokuskan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Manakala Mohamad Taulan pula adalah ADUN Tokai, memegang portfolio jawatankuasa agama, pelajaran dan koperasi.
Beliau juga seorang peguam, ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kedah dan yang dipertua PAS Pendang.

 http://www.malaysiakini.com/news/175365

Phahrolrazi dinamakan untuk menggantikan Ustaz Azizan dari kem Ulama PAS.

Selain daripada Phahrolrazi, dua orang tokoh Erdogan turut dinamakan. Nampaknya Erdogan tidak sabar-sabar untuk merampas tahta kekuasaan dalam PAS.

Makin dekat pilihan raya, makin kuat propaganda yang dimainkan oleh geng erdogan untuk mendapat kuasa dalam PAS. Propaganda ini dibantu oleh media anti Islam seperti Malaysiakini.

Mari kita tunggu apakah kesudahan episod perebutan kuasa dalam PAS. Jika dahulu, perebutan ini menyebabkan ramai tokoh-tokoh PAS keluar meninggalkan PAS, bagaimana pula dengan senario yang terbaru ini?

No comments:

Post a Comment