Pages

Monday, September 5, 2011

RASHID MAIDIN MELAKSANAKAN MEMBUNUH WARIS RAJA-RAJA MELAYU


RASHID MAIDIN PERNAH MELAKSANAKAN ARAHAN MEMBUNUH SEMUA WARIS RAJA-RAJA MELAYU DI SELANGOR




Ada sebuah kisah benar yang sukar dinafikan kerana sumber cerita ini diperolehi daripada salah seorang waris dan keturunana Raja-raja Melayu di Kedah dan Selangor. Beliau sudah kembali ke rahmatullah tapi saya pernah berkesempatan bertemu beliau di atas kajian sejarah PKM tidak lama dahulu. 

Si arwah waris keturunan Raja-raja Melayu di Kedah dan Selangor pernah menceritakan secara lisan kepada saya mengenai kekejaman komunis di Selangor dan berkenaan ayahandanya turut berjuang menentang komunis termasuk Rashid Mydin, Pada masa beliau menceritakannya beliau sudah berusia lebih 80 tahun. 

Menurut beliau oleh kerana ayahandanya giat dan menentang komunis di Selangor dalam daerah permastautinnya, ayahandanya sangat dikehendaki oleh komunis dan Rashid Maidin. Rashid Maidin telah diarahkan untuk membunuh ayahandanya serta seluruh waris keturunan Raja-raja Melayu Selangor sebelum PKM berkuasa. 

Rashid Maidin telah mencuba sebanyak dua kali untuk membunuh ayahandanya tetapi gagal. Akhirnya ayahandanya dan beliau telah pergi ke sarang komunis (mereka berdua ini ilmunya tinggi bukan sebarang orang) di mana Rashid Mydin berada. Mereka berdua telah mencabar Rashid Maidin untuk bertarung sehingga ke titisan darah terakhir di mana Rashid Maidin menjadi gugup dan ketakutan. Akibatnya, Rashid Maidin telah di beri amaran oleh keduanya agar keluar dari negeri Selangor.Rashid Maidin akur dan keluar dari Selangor.

Saya sengaja mengeluarkan kisah ini kerana terdapat sebuah artikel yang dikeluarkan di blog pro Pakatan Sosialis Pro Komunis yang menyanjung kehebatan Rashid Maidin. Sekarang anda nilailah sendiri siapakah Mat Indera dan Rashid Maidin yang di puja-puja sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan mereka berdua sendiri sanggup membunuh orang Melayu yang enggan menyertai Komunis. 

Hebat sangatkah Mat Indera sehingga terpaksa berlutut kepada Kiai Salleh ? Hebat sangatkah Rashid Maidin sehingga terketar-ketar ketakutan dan terpaksa melarikan diri dari Selangor apabila berhadapan dengan dua orang wairs Raja-raja Melayu di Kedah dan di Selangor?

Pejuangkah mereka apabila bersengkongkol dengan PKM untuk menubuhkan sebuah NEGARA KOMUNIS?

Apakah mereka benar-benar mahu menghalau British keluar atau hanya ingin menjadi ORANG BERKUASA DALAM SEBUAH NEGARA KOMUNIS?

Pautan : Sini

No comments:

Post a Comment