Pages

Tuesday, September 27, 2011

Saifudin Tolong Bercakap Benar walaupun Pahit

SAIFUDDIN NASUTION CUBA ALIH SEJARAH ANWAR IBRAHIM!!!
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendesak agar pemimpin-pemimpin UMNO 'menghentikan budaya tuduh-menuduh' berhubung Tragedi Memali pada tahun 1985. 

Sebabnya mudah sahaja. Tragedi Memali 1985 turut membabitkan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim merupakan orang yang paling lantang bersuara menyatakan bahawa Allahyarham Ibrahim Libya dan kawan-kawannya yang terbunuh dalam tragedi tersebut sebagai penderhaka dan pemberontak.

Pada ketika itu Anwar Ibrahim merupakan salah seorang Menteri Belia dan Sukan. Anwar yang sangat terdesak untuk naik pangkat dengan segera, menggunakan kesempatan dan kesedihan kaum keluarga Allahyarham Ibrahim Libya dengan melabelkannya sebagai pemberontak dan penderhaka.

Itu adalah sejarah. Saifuddin Nasution yang sejarah dia sendiri pun kucar-kacir serta caca marba berkata, perkara itu tidak perlu diperdebatkan dan dipertikaikan lagi. Malah berkata, tidak mahu mencari salah sesiapa. (BACA DI SINI)

Alangkah kelakarnya si Setiausaha Agung PKR ini... pada ketika dia dan PKR membelasah sejarah pihak lawan, tidak pula kedengaran cakap-cakap seperti ini. Hanya apabila membabitkan Anwar Ibrahim, maka ia tidak boleh lagi diperdebatkan dan dipertikaikan.

Awat,? Depa duk sebut-sebut pasal dosa Anwar Ibrahim lagi ka kat orang Memali?

Cuba dia ulas pulak pasal benda nih sebab sekarang ini, Anwar Ibrahim dan PKR sibuk bercerita tentang kronisme dan nepotisme yang diamalkan oleh UMNO-BN.

Bapa Anwar, Ibrahim Abdul Rahman dan dua orang adik lelaki Anwar, Farizan dan Marzuki memiliki saham yang berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Pada 2 Mei 1998, Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790,500 saham dalam Nissan Industrial Oxygen Incorporated.

Farizon pula memiliki 250,000 sahaja Pengkalen Holdings Berhad. Marzuki memiliki 2,800,000 saham di Penas Corporation. Pada tahun 1993, Ibrahim Abdul Rahman memiliki 2,000,000 saham dalam Industrial Oxygen Incorporated Berhad.

Adakah data-data di atas merupakan data-data yang tidak perlu dipertikaikan dan tidak perlu tuduh-menuduh seperti yang dikehendaki dalam kes Tragedi Memali?





[Video] Analisis tentang video dan penipuan Anwar



Rujukan : Sini

No comments:

Post a Comment