Pages

Tuesday, September 13, 2011

Saya Berani Junjung Al-Quran Dan Bersumpah -Mamat Sepah


Saya Berani Junjung Al-Quran Dan Bersumpah Kenyataan Adda Tidak Benar -Mamat Sepah


Mamat, bekas anggota kumpulan Sepah yang didakwa telah memutuskan hubungan cinta antaranya dengan Nur Syuhada (Adda) tanpa sebarang alasan telah menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya. Malah tuduhan yang dibuat oleh Adda didakwa mempunyai agenda tertentu dan melampaui batas.


"Saya berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh Adda itu adalah tidak benar.

"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.

"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan," katanya dipetik sebagai berkata.

"Bagaimanapun, saya akui perkara sebegini akan berlaku dan menasihatkan Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.

"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi," katanya Mamat.


Mengenai dakwaan Adda yang turut mendakwa Mamat sebagai individu yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah, katanya perpecahan kumpulan tersebut adalah berdasarkan persetujuan daripada ketiga-tiga pihak.


"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga bukan kerana saya seorang," jelasnya.

Tambah Mamat, kekasihnya Fida telah menyuruhnya agar tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan Fida juga sangat memahami situasinya sekarang.


Sumber : Sini

No comments:

Post a Comment