Pages

Thursday, September 8, 2011

Sitt Al-Wuzara, JAKIM enggan bertindak, tolak memorandum


Sitt Al-Wuzara, JAKIM tolak memorandum

nota kepala: salin 100% dan tampal dari blog Milo Suam.

MANUSIA biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, sehingga ke hari ini bebas menghina dan mencaci Islam di internet. Menyedari bahawa menjaga dan memelihara kesucian Agama Islam menjadi tanggung jawab setiap umat Islam secara keseluruhannya.

Jingga 13, sebuah badan NGO, yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker dan blogger hari ini telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari tadi.

Memorendum itu diterima dengan baik, malah pegawai tersebut meskipun mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, difahamkan beliau akanmembawa perkara ini kepada pihak pentadbiran atasan.

Jingga 13 bertujuan memberikan desakan yang kuat kepada pihak berkuasa ini agar melancarkan tindakan besar-besaran kepada manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Manusia biadap ini masih bebas menghina, mencaci, mencarut serta menyiarkan gambar-gambar menghina Allah SWT dan Rasullulah SAW di internet. Malahsemakin banyak laman blog, Twitter dan facebook diwujudkan untuk menghina dan mencaci Islam.

Di bawah ini salinan memorendum yang telah dihantar kepada SKMM.


Kira-kira jam 2:30 petang, Jingga 13 menghantar satu lagi memorandum ke pejabat rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM di Putrajaya.

Pihak Jingga 13 disuruh menunggu sementara pegawai jabatan itu akan dihantar untuk menerima memorandum tersebut. Malangnya selepas kira-kira sejam menunggu, pegawai yang ditunggu tak kunjung tiba, sebaliknya Polis yang dihantar.


Pihak Polis yang dihantar itu memaklumkan bahawa pihak kementerian tidak mahu menerima memorandum ini kerana penghinaan terhadap Islam ini bukan di bawah bidang kuasa JAKIM.

Maka jawapan ini jelas membuktikan bahawa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara akan terus bebas menghina, mencaci Islam, Allah SWT dan Rasulullah SAW tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini manusia biadap ini terus-terusan memaki hamun, menganjing, membabi, serta mencarutkan Allah dan Rasul kerana badan Islam paling besar di Malaysia, JAKIM mendakwa mereka tiada kuasa.

5 comments:

  1. jalan kerja terus.......

    ReplyDelete
  2. PANCUNG...........///
    SIMPANG TIGA KOTA BHARU..

    ReplyDelete
  3. InsyaALLAH.. Sama2 kita lihat dalangnya Di Beri BALASAN OLEH ALLAH..

    ALLAHUAKHBAR !!!

    ReplyDelete
  4. J abatan
    A ku
    K erja
    I kut
    M asa

    ReplyDelete
  5. Hantar memorandum kepada Agong sebagai Ketua Agama Islam Malaysia!!!

    ReplyDelete