Pages

Wednesday, October 26, 2011

ARTIKEL PANAS UNTUK CHINA PRESS


ARTIKEL PANAS UNTUK CHINA PRESS DAN KOH WEE..!!!


Blog Mymassa menyiarkan terjemahan sebuah artikel “hebat” yang disiarkan di akhbar China Press yang bersinis kepada blogger pro-UMNO yang dikatakan “tidak bersekolah”. Mungkin penulis di China Press itu, Koh Kok Wee, merasakan dia adalah penulis yang hebat dan sangat “bersekolah tinggi”.

“Terima kasih” saya ucapkan kepada Koh Kok Wee dan China Press atas kritikan “hebat”, “bermutu” dan mungkin pandangan itu dihasilkan oleh seorang lulusan “sekolah paling tinggi di dunia”.

Artikel di China Press itu mendakwa bahawa blogger pro-UMNO menjatuhkan UMNO sendiri dengan memutar belitkan fakta, bermuslihat, fitnah dan menheret “budak mentah” ke kancah pertikaian politik di alam siber. Kok Wee mengaitkan dakwaannya itu dengan isu “anak lelaki VVIP Pulau Pinang yang dikatakan mencabul buah dada rakan sekelasnya dan membayar wang pampasan RM200,000 untuk menutup kes tersebut”.

Kemudian, Kok Wee yang “sekolah tinggi-tinggi” itu merujuk kepada sejarah negara China dengan menceritakan tentang hulubalang Xiang Yu dan hulubalang Liu Bang yang berperang di zaman King of Western Chu Xi. Dan Kok Wee yang mungkin berjaya di “sekolah paling tinggi di dunia” itu turut menyelitkan cerita The Warring States Period yang menyentuh perasaan mengenai Panglima Lee Yang yang tewas setelah membunuh anak Maharaja Chong Shan!

Tinggi sungguh ilmu Kok Koh Wee. Banyak sejarah China yang dia tahu. Tapi malangnya, dia selama ini hanya menyimpan ilmunya dalam seluar dalamnya. Dikala pihak parti pembangkang menyerang anak dan keluarga pemimpin UMNO mahupun BN, Koh Wee hanya berdiam diri.

Ketika anak-anak, keluarga, besan, sanak saudara pemimpin Kerajaan diserang, mungkin Koh Wee sedang ketawa berdekah-dekah sambil menyokong serangan tidak beretika itu. Cerita-cerita purba China itu diperam selama mungkin di celah pahanya.

Namun, bila sekali saja anak pemimpin DAP diserang blogger UMNO, terus Koh Wee melenting, melatah yang bukan-bukan. Habis keluar cerita perang China sana sini. Kalau boleh, cerita Fong Sai Yuk dan Wong Fei Hong pun nak diselitkan jugak!

Saya ingin bertanya kepada Koh Wee yang “belajar sekolah tinggi” ini, mengapa perlu ada pandangan berpilih? Mengapa perlu ada “double standard”? Mengapa tidak Koh Wee menyerang pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyerang anak-anak, keluarga dan sanak saudara pemimpin UMNO dan BN.

Sebagai contoh, isteri Perdana Menteri diserang hampir setiap hari, anak Perdana Menteri pun diburuk-burukkan setiap hari, anak Datuk Seri Hishamuddin pun di serang juga oleh blogger-bloger pembangkang. Malah, anak-anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pun teruk diserang ketika ayah mereka itu mentadbir negara.

Di mana Koh Wee ketika itu? Masih di dalam buaian, kah? Koh Wee “bisu”kah ketika itu? Jari jemari Koh Wee “cacat”kah ketika itu? Atau Koh Wee masih lagi belum habis menuntut belajar di “sekolahnya yang tinggi-tinggi” itu?

Pada saya, pendapat Koh Wee itu sangat jelas berat sebelah, “pathethic”, rapuh, berpihak dan terang-terang tidak berasas. Dalam ertikata lain, salah sama sekali penghinaan dan dakwaannya terhadap blogger pro-UMNO.

Bukanlah berniat untuk meninggi diri, namun pada pandangan saya, Koh Wee dan China Press perlu balik dan belajar di “sekolah yang lebih tinggi” sebelum memberi kritikan terhadap senario politik Malaysia pada masa ini. Rasanya, sekolah Koh Wee dan akhbar Cina itu belum cukup tinggi lagi.

Seperkara lagi, kalau nak kritik pun, berikanlah kritikan yang membina dan tidak menghina mana-mana pihak. Apa “sekolah tinggi” Koh Wee dan China Press tidak ajar tentang etika dan moralkah dahulu? Jangan nampak telur tembelang sebiji di sebelah pihak sini saja kerana di pihak sana ada berjuta biji lagi telur tembelang yang jauh lebih busuk dan keji!


pejuangmelaka - Sebelum membuat sesuatu spekulasi lihat diri sendiri dahulu. Ibarat meludah ke langit kena muka sendiri..


Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment