Pages

Saturday, October 8, 2011

Budget 2012 dari Pandangan Pembangkang

ANWAR KATA TAK REALISTIK, TONY PUA KATA BAJET GAGAL!!!

Setelah Najib membentangkan belanjawan 2012 yang disambut baik oleh semua pihak terutama sekali warga marhein dan rakyat kebanyakan yang rata-rata tertekan selama ini dan ditipu serta dipermain-mainkan oleh Pakatan Rakyat, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat mula berasa resah. Mereka tahu, sekiranya bajet Najib itu memberi impak positif dan disukai oleh rakyat, maka Pakatan Rakyat akan ditimpa malapetaka.

Justeru, beberapa orang daripada mereka mula memperlekeh-lekehkan bajet kali ini yang lebih menekankan kepada golongan bawahan dan golongan marhein. Anwar Ibrahim contohnya berpendapat, bajet yang dibentangkan oleh Najib sebagai tidak realistik dan tiada perancangan untuk pendapatan - pendapat yang sebenarnya DICEDUK dan DICURI daripada pandangan terhadap bajet alternatif yang dibentangkannya.

Menariknya Tony Pua juga turut senada dengan Anwar Ibrahim. Tony Pua melihat bajet yang dibuat oleh Najib itu tidak memberikan indikasi kepada pembaharuan ekonomi. Pembaharuan ekonomi yang dimaksudkan oleh Tony Pua sebenarnya langsung tidak ada kena-mengena dengan golongan marhein. Yang dipentingkan oleh Tony Pua adalah golongan peniaga.

Atau lebih tepat lagi, golongan yang membiayai aktiviti DAP.

Beberapa tindakan serta peruntukan untuk DAP secara tidak langsung telah dimansuhkan oleh Najib Abdul Razak, termasuklah harga rumah baru yang dikekang menerusi skim baru yang memastikan, pemaju perumahan di Lembah Kelang dan Pulau Pinang yang rata-ratanya adalah penyokong DAP, dengan bantuan spekulator hartanah tidak boleh menaikkan harga rumah dengan sewenang-wenangnya.

Begitu juga dengan beberapa peruntukan lain yang sama sekali tidak terjangkau dek akal Tony Pua bahawa Najib akan SANGGUP untuk melakukannya. Contohnya, peruntukan besar untuk kakitangan awam, pesara tentera dan polis, bahkan untuk pelajar-pelajar sekolah.

Pendek kata, apa-apa sahaja masalah yang seringkali dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dan cuba dimanipulasikan, Najib Abdul Razak mengatasinya dengan kaedah konvensional... Dalam bahasa yang lebih mudah faham, Najib bermain dengan permainan Pakatan Rakyat.

Kesian Tony Pua.... mahu tak mahu, terpaksalah dia melalak-lalak mengatakan bajet kali ini bukan satu reformasi. Yang dibisingkannya adalah hutang negara yang meningkat. Adakah hutang negara itu boleh diselesaikan dengan menghentikan segala peruntukan dan perbelanjaan? Adakah hutang negara itu akan selesai apabila kerajaan menggunakan duit tersebut untuk membayar hutang?....

Apakah yang dilakukan oleh Najib menerusi bajet tersebut bukan satu reformasi? Reformasi yang dimaksudkan adalah pembaharuan dalam aliran tunai dan pengembangan ekonomi bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu berdikari dan lebih berdaya saing.

Bajet lawak pembangkang boleh pula dia kata bagus, walaupun bajet alternatif Anwar dan Pakatan Rakyat itu hanya memperkatakan tentang belanja, guna duit dan bagi, bagi, bagi tanpa memikirkan duit yang masuk !


pejuangmelaka - Kalau telah di namakan pembangkang kerjanya mestilah membangkang.. Bagi saya sebelum ini mereka beritahu Bajet di tiru dari idea mereka , tentunya bajet mereka tidak relevan. Jagalah hati kamu . Bersangka baik dengan orang mukmin dan bersangka buruk dengan orang kafir itu yang di anjurkan rasulullah.. Renung2kan dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment