Pages

Monday, October 3, 2011

Fikirlah Bangsa Melayu !







Professor C.P Fitzgerald dalam bukunya "A Short Cultural History of China" (600+ pages) menulis bahawa boleh dikatakan sudah menjadi budaya orang Cina tidak minat berkerja dengan perkhidmatan kawalan keselamatan seperti Polis sejak berkurun kurun dinegeri China. Sebab sejarahnya penuh dengan pergolakan, penentangan dengan pihak berkuasa, saperti Manchu, kuasa asing (Manchuria menjadi sebahagian negeri China hanya selepas Perang Dunia II) yang menawan dan memerintah China beratus tahun sehingga awal abad 20.

Usaha menentang kuasa asing itu berterusan, perasaan benci, syak wasangka terhadap pemerintah itu mendatangkkan rasa jelek kapada kuasa Polis dan Kerajaan Manchu. Bila orang putih England, Peranchis, German dll cuba menawan beberapa tempat diChina, perasaan memberontak cuba mengenyahkan kuasa asing itu juga berterusan.

Diabad 19 timbul gejala kongsi gelap yang tujuannya adalah bergerak secara rahsia cuba mengeluarkan kuasa dan pengaruh asing. Perang Candu (Opium War akibat British memaksa China menerima candu sebagai balasan dagangan) berakhir dengan British menakluk Hong Kong - yang dipulang kapada China hanya 1-2 dekad yang lalu.

Jadi, orang Cina tidak minat berkerja sebagai Polis itu berpunca dari itu. Orang DAP bencikan Pemerintah, keji apa saja berkaitan dengan Kerajaan, termasuk Polis, juga berpunca dari situ. Maka sekarang apa saja helah yang DAP boleh gunakan, mereka gunakan mengkeji Polis dan Kerajaan.

Pengaruh pengganas Kominis dinegara ini juga ada berkaitan. Polis adalah musuh kapada mereka. DAP mirip kapada komunis - Lim Kit Siang mahukan ketua pengganas kominis Chin Peng dibenarkan masuk Malaysia. Maka itu juga menjadi sebab tidak banyak Cina mahu kerja sebagai Polis. Bukan sebab disiplin Polis dsbnya yang disebut juga itu.



Sekumpulan 13 NGO cina menggelar diri mereka Committee Member of Secondary School Dropouts, Plan of Action for Malaysia berkata masalah kegagalan pelajar cina meneruskan pengajian adalah kerana Kelas Peralihan. Kelemahan mereka dalam Bahasa Kebangsaan adalah punca utama kerana mereka menghadiri sekolah rendah cina.


Jadi kumpulan ini telah menghantar memo kepada Tan Sri Muhyiddin supaya dikaji semula sillibus Kelas Peralihan dan guru di beri kursus khas.

Nah ! Satu lagi pengakuan bahawa sekolah cina langsung tidak memperdulikan Bahasa Kebangsaan ! Dan kelemahan itu diletakkan atas bahu Kementerian Pendidikan pula untuk mengatasinya. Kenapa mereka tidak hantar memo itu kepada DonZong atau siapa yang bertanggungjawap atas pendidikan sekolah cina, supaya Bahasa Kebangsaan diberikan lebih perhatian ( seperti yang sepatutnya ). Bukankah cara itu baru dinamakan tackling the root cause, menyelesaikan masalah dibahagian akarnya - iaitu diperingkat sekolah cina itu sendiri.



Kita gesakan Kerajaan serapkan sekolah Cina kedalam sistem Sekolah Kebangsaan dan adakan hanya satu sistem pelajaran, tidak tiga seperti yang ada sekarang - SK, SJKC, SJKT.

Ini selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan negara dimana Bahasa Melayu (Malaysia) adalah Bahasa Kebangsaan negara ini. BM mesti dijadikan abahasa pengantar disekolah sekolah, Mandarin dan Tamil boleh diajar dan dipelajari sebagai mata pelajaran pilihan (elective subjects).

Perkara 152 berkata bahasa lain boleh digunakan selain dari untuk tujuan resmi dan sekolah adalah urusan resmi dimana mana negara. Maka sekolah diMlaysia mestilah menggunakan BM sebagai bahasa pengantar.

Satu sistem pelajaran boleh mendatangkan semangat mahu bercampur gaul diantara kanak kanak, menimbulkan sefahaman dan aspirasi yang sama diantara mereka disemua sekolah, untuk saliturahim dan perpaduan, tidak seperti yang ada sekarang ini.







Fikirlah Bangsaku !!!




Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment