Pages

Thursday, October 27, 2011

Jumpa Al-Gore di London ?








AIDCNews – 27/10/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di London untuk menghadiri mesyuarat dengan salah orang rakan baik dan mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.

“London: perbincangan sehari dgn Al Gore, Mitch Kapor, Jonathan Nash – mengenai pembangunan mampan dan beretika, pendidikan bermutu”, kata Anwar dalam twitternya 11 jam yang lalu.

Al Gore melalui partinya, Demokrat terpaksa berundur dari politik setelah tewas kepada parti Republikan pimpinan George W. Bush pada tahun 2000.

Walaupun beliau pernah dicalonkan untuk jawatan Presiden dalam pemilihan jawatan itu pada tahun 2004, namun beliau mengumumkan untuk menarik diri dan dalam masa sama membuka sebuah syarikat di London.

Al Gore merupakan pengkritik utama polisi-polisi Presiden Bush termasuklah dalam soal hak sama rata perkahwinan sesama jenis (same-sex marriage).

Dalam program televisyen internet miliknya, Current TV, Al Gore mengkritik polisi Bush yang menentang perkahwinan sesama jenis itu.

“Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama sepertimana lelaki dan wanita heteroseksual dalam kontrak mereka, (mendapat) hak untuk melawat hospital, dan bersama-sama dalam perkahwinan”, kata Al Gore
Berdasarkan kritikan-kritikan keras Al Gore itu kepada polisi Republikan, maka tidak hairan jika beliau mula membuka operasi di luar negara.

Ramai pemerhati politik AS berpendapat langkah Al Gore membuka Generation Investment Management (GIM) di London pada tahun 2004 sebagai usaha untuk ‘melarikan aset/wang’ miliknya ke luar negara supaya tidak menjadi sasaran kumpulan musuh politiknya, Republikan.

GIM merupakan syarikat usahasama Al Gore dan David Blood, bekas CEO Goldman Sachs Asset Management.

Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Foto ini dirakam semasa mesyuarat GIM di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore, yang melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel.

Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan
Al Gore sebagai pengerusi GIM turut melantik penasihat-penasihat antarabangsa, termasuklah, Mary Robinson, bekas Presiden Ireland dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di PBB; Jonathan Lash, bekas Presiden World Resources Institute; Mitch Kapor, pakar teknologi maklumat dan aktivis hak asasi; John Doerr, venture capitalist dan Anwar Ibrahim.

Anwar dilantik penasihat antarabangsa GIM pada Februari 2005 setelah bermesyuarat semula dengan Al Gore di pejabatnya di One Vine Street, London.

Al-Akhbar, sebuah akhbar Mesir menggambarkan Al Gore seorang tokoh yang amat menyayangi bangsa Yahudi. Organisasinya, GIM yang dianggotai Anwar telah melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad
Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel. Klik di sini
Sejarah persahabatan Anwar dan Al Gore dibina sejak akhir tahun 1990-an, diperteguhkan lagi persahabatannya selepas Anwar berhijrah ke United Kingdom dan AS selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.

Untuk memahami bagaimana konspirasi Anwar, Al Gore dan George Soros dari akhir tahun 1990-an hingga sekarang, sila klik di sinisinisinisini dan sini-aidc



Pejuangmelaka - Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akan duduk diam selagi kita tidak mengikut telunjuk mereka. 



Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment