Pages

Sunday, October 23, 2011

Peringatan Dari Harussani Zakaria

Peringatan Dari Harussani Zakaria



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberi peringatan jelas terdapat golongan yang semakin berani memesongkan akidah dan menghina Islam tatkala perpecahan umat Islam semakin ketara di negara ini.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ucapan pada Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Stadium Shah Alam, semalam.

Mufti Perak itu turut menegaskan golongan ini tidak akan henti berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Malaysia dengan pelbagai muslihat yang ada.

Dalam pada itu, Harussani turut berkata orang Melayu adalah bangsa yang istimewa kerana dikaitkan dengan Islam sehingga ia membawa kepada pengertian dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya lagi, keistimewaan orang Melayu adalah kerana bangsa ini mempunyai kefasihan sehingga mampu menguasai al-Quran sekalipun kitab suci tersebut diturunkan dalam bahasa Arab.

“Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang Melayu semakin lemah. Kerana kelemahan itu, Islam yang satu ketika dahulu dihormati, (telah diganggu-gugat oleh) mereka (yang) berusaha memesongkan dan menghina kita,” ujar beliau.

1 comment:

  1. saya setuju dengan pendapat ini......harap2 kita semua di beri hidayah..amin..

    ReplyDelete