Pages

Sunday, October 2, 2011

Politik dan Sejarah Negara

Jangan politikkan sejarah negara


SINTOK - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah (gambar) bertitah bahawa mana-mana pihak tidak wajar mempolitikkan sejarah negara, sebaliknya menjadikan ia sebagai panduan hidup.

Baginda bertitah, sejarah menjadi inti kepada jati diri dan ia merupakan kompas hidup seseorang.

"Sejarah tidak wajar dipolitikkan. Jika sejarah menyatakan komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya dan menghalalkan kekejaman komunis.

"Beta melihat anak-anak muda terlalu berorientasikan masa depan. Memang banyak kebaikan kita memikirkan masa depan, kita akan berusaha mengejar cita-cita dan bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu kerja," titah baginda pada majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini semalam.

Bagaimanapun, titah baginda, jika terlalu berorientasikan masa depan juga mempunyai keburukan kerana kita akan melupakan fakta sejarah.


Memetik kenyataan dalam akhabar KOSMO hari ini, Apa yang di fahami

KDYMM Sultan Kedah melahirkan rasa kemurkaannya berhubung isu KEKEJAMAN KOMUNIS yang cuba di putarbelitkan demi mengelirukan dan menimbulkan sentimen kemarahan serta ketegangan terhadap rakyat.

No comments:

Post a Comment