Pages

Saturday, October 22, 2011

Rusuhan Ekoran Akidah Umat Islam Dicabuli


Rusuhan Ekoran Akidah Umat Islam Dicabuli 




Tragedi Natrah dalam kenangan....

Satu rusuhan yang besar pernah berlaku di Tanah Melayu dan lebih khususnya di negara jiran iaitu Singapura pada tahun 1950.

Umat Islam di Tanah Melayu dan Singapura bangkit dek kepanasan bagi menentang usaha dan cubaan pihak tertentu untuk melari dan memurtadkan Natrah. Rusuhan ini telah menyaksikan seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang lagi telah cedera. Malahan Singapura juga telah dikenakan perintah berkurung selama dua hari.

Itulah harga aqidah di mata umat Islam pada tahun 1950.

Aqidah seorang yang bernama Natrah bukanlah satu barang murahan yang boleh dilelong atau dijual-beli malahan ianya begitu berharga sekali. Sekalipun umat Islam di Tanah Melayu masih dijajah British namun jiwa mereka masih merdeka untuk bangkit bersama di atas isu perdana umat iaitu isu aqidah.

Natrah....oh Natrah....

Kita mungkin mempunyai pandangan dan kaedah bekerja yang berbeza, namun sensitiviti umat Islam dengan agamanya jangan sekali-kali dibiarkan luntur.

Biarpun kita punyai sejuta wajah, pastikan kita terus punyai satu aqidah....

by



Esok akan berlangsungnya program Himpunan Sejuta Umat yang akan diadakan bertempat di Stadium Shah Alam dari jam 2 petang sehingga jam 6 petang dalam moto "Selamatkan Akidah Umat"

Maklumat lanjut layari HIMPUN Klik Disini



No comments:

Post a Comment