Pages

Tuesday, November 8, 2011

3 tahun tahap IQ setaraf dengan Bill Gates


 3 tahun tahap IQ setaraf dengan Bill Gates

Mungkin ini fenomena biasa di abad ini tetapi kadangkala tidak terjangkau difikiran kita bahawa kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun sudah memiliki tahap IQ yang luar biasa. Cerita terbaru berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun KARINA Oakley, yang memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160.


Bahkan , tahap IQ kanak-kanak ini dikatakan setanding dengan seorang saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.

Dia kini ahli forum Mensa - sebuah organisasi intelektual dari seluruh dunia. Tahap kepandaian Karina seperti budak berusia lima tahun dengan daya imaginasi dan kepetahan bercakap.

Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius.

"Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.

Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah

Ibu Karina bekerja dalam bahagian pemasaran sebuah syarikat swasta manakala bapanya, Nick merupakan seorang pakar komputer. Mereka tinggal di Guildford, Surrey. Britain.

No comments:

Post a Comment