Pages

Monday, November 14, 2011

AUKU : Tolong PRIHATIN kepada MAJORITI Pelajar

Keratan akhbar BERITA HARIAN 14 November 2011

1. Kita akan melihat sesetengah mahasiswa mahupun masyarakat akan terpedaya dengan persepsi segelintir pihak tertentu yg memburukkan AUKU kerana pemahaman terhadap AUKU dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat masih lagi di tahap yg tidak memuaskan.

2. Kita perlu faham kewujudan AUKU ini bukan hanya berkaitan dengan mahasiswa tetapi lebih banyak memfokuskan kepada penubuhan, pentadbiran dan pengurusan universiti.

3. Hampir keseluruhan seksyen dalam AUKU pula menyentuh mengenai penubuhan, pentadbiran dan pengurusan universiti. Jadi seharusnya tidak timbul isu bahawa AUKU perlu dimansuhkan kerana selain Seksyen 15, seksyen lain menyentuh mengenai pihak universiti.

4. Kewujudan Seksyen 15 dalam AUKU mempunyai beberapa kepentingan :

a) Memberi kebebasan kepada mahasiswa drpd mana2 parti politik dan kumpulan yg mempunyai agenda tersendiri.


b) Menghalang parti politik yg cuba membawa politik kurang sihat ke dalam kampus.


c) Mahasiswa akan berpartisipasi dalam pembangunan negara dan dasar kerajaan sebagai "pihak ketiga" bukannya memihak.


d) Mahasiswa hari ini bebas untuk menyertai NGO yg tidak bermotifkan politik.



5. Kerajaan perlu membuat rayuan dengan membawa kes berkaitan Seksyen 15(5)(a) yg dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kpd mahkamah yg lebih tinggi demi kepentingan majoriti mahasiswa yg inginkan kampus mereka aman dan harmoni.

6. Kerajaan tidak boleh tunduk kepada minoriti mahasiswa yg inginkan Seksyen 15(5)(a) dimansuhkan tetapi kesan buruknya akan melanda keseluruhan masyarakat kampus dan menyebabkan kampus tidak harmoni dan aman.

7. Jangan terpedaya dengan slogan kebebasan yg digunakan oleh segelintir pihak tertentu kerana di dunia ini tidak ada kebebasan mutlak selain kebebasan terpimpin.


pejuangmelaka - Contohilah perjuangan rasulullah dan khalifah selepasnya.. Semuanya mengamalkan demokrasi terpimpin bagi menjamin keamanan Islam.. Ingatlah bangsaku sentiasa mengingati para pejuang dahulu dalam menegakkan sirah Islam..


Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment