Pages

Sunday, November 13, 2011

Berilmu Tetapi Membuat Maksiat !







Tercengang! Satu persoalan yang sering ditimbulkan kepada para ustaz atau penceramah setiap kali membincangkan soal maksiat dan dosa. Kenapa maksiat juga terkena ke atas insan-insan yang dikatakan berilmu. Kenapa dosa-dosa masih lagi bertandang dalam kehidupan sehariannya?

Makanya, bermacam-macam ulasan yang diberikan. Antaranya ialah ibadat solatnya belum sempurna. Taqwanya belum mantap. Aqidahnya masih goyah. Kealpaannya menguasai diri. Nafsunya memuncak ketika itu dan lain-lain lagi.

Kenapa seseorang yang berilmu (agama) namun masih lagi berpotensi dan selalu sahaja terjerumus ke lembah maksiat dan dosa?

Jawapannya, ilmu bukannya syarat total untuk seseorang itu terselamat dari sebarang dosa. Dan ilmu itu akan ditentukan oleh tahap iman yang dimiliki. Iman ilmu yakin tidak mampu menjauhi seseorang dari terlibat dengan maksiat. Iman ilmul yakin ialah seseorang itu hanya setakat tahu..ya setakat tahu, seperti dia tahu Allah sentiasa melihat, Allah menilai segala perbuatannya. Ketika dia tahu yang Allah mengetahui perbuataannya, langsung pula ia melakukan dosa..dalam masa yang sama dia juga tahu yang perbuatan ini dosa dan yang itu maksiat.

Inilah ilmul yakin. Ilmu yang tidak disertai dengan pandangan hati yang suci jilah, melalui Ainul Yakin. Ainul Yakin adalah tahap Iman pandangan hati suci jilah yang berasaskan musyahadah. Inilah tahap iman para abrar dan siddiqin. Iman tahap inilah yang akan menyekat seseorang dari melakukan dosa dan maksiat. Kalau bagai para Nabi dipanggil ‘maksum’ dan bagi para siddiqin pula ‘mahfuz’, yakni terpelihara dari melakukan dosa.

Inilah jawapan kepada persoalan di atas. Sesiapa sahaja berpotensi untuk melakukan dosa dan maksiat selagi imannya berada di tahap ilmul yakin. Tapi bagaimana untuk mencapai tahap iman ainul yakin? jawapannya ialah dengan cara membersih hati dari selain Allah. Tak lain ialah dengan cara bermujahadah melawan hawa nafsu. Oleh kerana nafsu ditemani syaitan dan disemarakkan dengan tipudaya ‘dunia’, seseorang perlu menjalani ‘jalan’ atau pun tariiqah untuk dia membuang segala perkara tersebut dari bersarang di hatinya. Selagi musuh-musuhnya itu masih berada dalam dirinya, ia akan mengotori jiwa dan sanubarinya yang mejadi punca kepada berlakunya pendurhakaan terhadap Allah.

Tak hairanlah kalau kita melihat, seorang yang berilmu, tapi masih lagi melakukan dosa. Ini kerana ilmunya itu tidak berdasarkan kebersihan dan kesucian hati yang bersifat rabbani. Ini disebabkan antaranya ia tidak melakukan mujahadatunnafsi dengan melazimi auradut tariqah (wirid-wirid tariqah) yang ditalaqqi dari syeikhul mursyid. Ia tidak berupaya mengetahui segala tipudaya nafsu, syaitan, dunia dan tidak tahu cara mengelakkan darinya kecuali dengan bimbingan para masyaikh.

Pendeknya sesseorang yang ingin bebas dari pengaruh nafsu dan syaitan yang menuntun dirinya ke arah maksiat mestilah membuang terus semua itu dari bersarang di lubuk hati sanubarinya. Sehingga hatinya kosong ‘anma siwallah’..barulah dia akan dimahfuzkan dari dosa dan maksiat. Apabila dia wusul kepada Allah, barulah ia hidup dalam musyahadah akan sifat Jamal Allah, sifat Kamal Allah, Sifat Jalal Allah…dia sebenar-benarnya telah makrifat akan Allah. Imannya sudah mencapai Haqqul Yakin…di saat ini, dosa baginya bukan lagi derhaka kepada Allah…tapi ‘lupa’ akan Allah menjadi satu dosa baginya. Bahkan ada sesetengah arifinabillah menganggap dirinya kufur andai sesaat sahaja dia lupakan Allah.

Nah! Saat ini, untuk apa lagi dia ingin lakukan sesuatu yang menderhaka akan tuannya. Lupa pun sudah dikira kufur. Dan anugerah ini dipandangnya adalah pemberian dari Allah Taala yang bila-bila masa sahaja Allah boleh sahaja menariknya kembali. Namun Allah sekali-kali tak akan mensia-siakan para ashfiyaanya.

No comments:

Post a Comment