Pages

Monday, November 7, 2011

Nama Belakang Golongan Gay Dan Lesbian ?




“Saya fikir adalah salah bagi kerajaan mendiskriminasi rakyat kerana orientasi seksual mereka. Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama seperti lelaki dan wanita heteroseksual untuk membuat kontrak, hak melawat hospital, hak untuk bersama-sama dalam perkahwinan, dan saya tidak faham mengapa ia dianggap oleh sesetengah untuk pihak (memberi hak kepada gay dan lesbian sebagai suatu) ancaman kepada perkahwinan heteroseksual”, kata Al Gore.
Berdasarkan kata-kata Al Gore di atas, AS yang dikenali sebagai Negara Sekular dan Negara Demokratik pun tidak memberikan hak-hak yang berkaitan dengan perkahwinan kepada gay dan lesbian.
Mungkin di AS, hak untuk melakukan aktiviti homoseksual dan berkahwin dibenarkan, namun untuk mendapatkan hak-hak selebihnya selepas perkahwinan pasangan gay dan lesbian itu masih disekat.
Di Malaysia, kumpulan gay dan lesbian yang berselindung di sebalik Seksualiti Merdeka memulakan gerakan mereka pada tahun 2008.
Dua tahun selepas itu, Seksualiti Merdeka menyiarkan ucapan gay Melayu-Islam, Azwan Ismail untuk dipertontonkan kepada masyarakat umum.
Azwan mengakui memang sukar sebagai seorang gay untuk memberitahu kepada umum bahawa dirinya seorang gay.
Setiap individu gay akan merahsiakan identitinya, hanya membuka identitinya kepada kelompok sejenisnya, tetapi akan menyembunyikan identitinya kepada umum.
“Saya Azwan Ismail, berumur 32 tahun. Saya telah mengambil masa yang agak lama untuk mengenali diri saya, untuk menyakini diri saya bahawa saya seorang Gay.
“Dan apabila saya berani mengatakan saya seorang Gay kepada orang lain setelah 30 tahun itu, saya telah menjadi seorang yang kuat dan yakin dengan apa yang bakal saya lalui pada masa depan”
Azwan mengakui faktor agama Islam dan budaya Melayu menghalangnya sebagai seorang gay dan meneruskan aktiviti homoseksual.
Namun, setelah dia menyertai Seksualiti Merdeka, keyakinannya semakin kuat, dia berani mengumumkan secara terbuka mengatakan dirinya seorang gay, setelah berani menolak saranan Islam yang melarang penganutnya mengamalkan aktiviti homoseksual.
“Memang tidak dinafikan agar sukar untuk menjadi seorang Gay di Malaysia, terutama kita adalah seorang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu kita apa yang kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi.
“Tetapi kita (golongan Gay) kena ingat bahawa apa yang diberitahu orang lain, apa yang diberitahu oleh guru-guru kita, ustaz kita, kawan-kawan kita kebanyakannya dari pandangan seorang heteroseksual
Azwan juga menyeru rakan-rakan sejenisnya supaya mencari sumber-sumber kekuatan yang ada di sekeliling mereka dan berpegang teguh serta menyokong sumber kekuatan itu untuk mendapatkan masa depan seorang gay yang lebih baik di negara itu.
Apakah sumber ‘kekuatan’ yang dimaksudkan oleh Azwan itu dan kenapakah gay Melayu Islam itu menyeru rakan sejenisnya berpegang teguh kepada sumber kekuatan itu untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik ?
Jika ada yang bertanyakan Seksualiti Merdeka sudah bermula sejak tahun 2008, kenapa baru sekarang pihak polis bertindak, soalan yang sama perlu ditanya, kenapa setelah pakatan pembangkang berjaya menafikan 2/3 kerusi di parlimen, kenapa baru Seksualiti Merdeka baru berani menonjolkan diri ?
Azwan pun mengakui, dia sudah lama mengamalkan gaya hidup gay, namun berani mengumumkan secara terbuka, dirinya seorang gay, setelah dua tahun menyertai Seksualiti Merdeka, yakni pada tahun 2010.
Amir Muhammad, pemilik NGO LGBT, Matahari Books dan salah seorang aktivis Seksualiti Merdekamembuat aduan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tindakannya menjadi wakil Malaysia ke Festival Filem Q (Festivel Filem Gay) di Jakarta tahun lepas dikritik.
Salah satu flatform penyokong Festival Filem Q adalah Komunitas Salihara, satu kumpulan yang juga menjemput Anwar memberi ceramah bertajuk “Kebebasan dan Musuh-musuhnya”.
Anti-Anwar website attacks ORANG MACAM KITA. But (more shockingly) misspells my name!”, kata Amir dalam twitter kepada Anwar.
Not new – Umno’s machinations 12 years!“, jawab Anwar dalam twitter kepada Amir.
Persoalan pertama : Kenapa Amir Muhammad membuat aduan kepada Anwar apabila mendakwa dirinya diserang ‘diserang’ oleh laman web anti-Anwar ?
Apa status Anwar pada kacamata Amir ? Sumber kekuatan ? Penaung ?
Persoalan kedua : Kenapa Amir menggunakan kod inner circle ‘Orang Macam Kita’, apabila bertwitter dengan Anwar dan lebih pelik lagi Ketua Umum PKR itu seolah-olah memahami makna bahasa kod inner circle itu serta menasihati Amir agar jangan mempedulikan serangan itu, kerana padanya bukan perkara baru, kerana dirinya juga telah ‘diserang’ sejak 12 tahun lalu.
Apakah kod rahsia itu mengesahkan Amir dan Anwar termasuk dalam lingkaran sama seperti Azwan iaitu lingkaran’Orang Macam Kita’ yang sentiasa menyembunyikan identiti dan hanya diketahui identiti mereka oleh lingkaran sejenis sahaja ?

No comments:

Post a Comment