Pages

Wednesday, December 7, 2011

Mata Pena Lebih Tajam Dari Pedang !




Seiring dengan kemajuan teknologi zaman sekarang. Perumpamaan itu mungkin sudah kurang sesuai untuk dekad ini. Ini kerana pada zaman serba canggih ini, blog menjadi medium pengantaraan dalam memperjuangkan sesebuah ideologi, fahaman, hasutan mahupun sokongan. Ramai blogger yang lahir setiap hari. Ada yang hanya menulis tentang sesuatu isu atau topik yang khusus seperti tentang kereta, makanan, sukan, hiburan, politik dan paling ramai ialah mengenai kisah peribadi.
Baru-baru ini, seorang blogger menulis isu lebih sensitif. Aku pun tak sempat baca apa yang dia tulis, tapi mengikut komen-komen dalam post bertajuk permohonan maaf kepada semua rakyat atas keterlanjurannya itu, dia seperti menghina sultan johor. Aku pun tidak dapat baca apa yang dia tulis itu, sebab dia sudah remove post tersebut, tapi berdasarkan tajuk postnya Dah mampos buat cara mampos la, anda boleh bayangkan sendiri lah dia tulis apa.
Bila kita menulis tentang sesuatu perkara itu, kita kenalah bertanggungjawab. Menulis di ruangan yang hampir boleh dibaca oleh semua orang perlulah bijak dan bukan menulis ikut perasaan tanpa akal fikiran yang waras. Kita diberikan akal untuk berfikir, kita diberikan ruang untuk bersuara dan mengetengahkan pendapat perlulah digunakan dengan bijak.
Baru-baru ini, seorang pengguna facebook ditahan oleh pihak polis atas gurauan melampaunya. Tahun lepas 10 Individu telah dihadapkan ke mahkamah dan telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina sultan perak di dalam laman webnya. Ini bermakna setiap yang kita tulis atau lakukan di dalam dunia internet ini, ianya mudah dikesan.
Jadilah blogger yang bertanggungjawab.


Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment