Pages

Wednesday, January 25, 2012

Seorang lagi Mahasiswa ditahan!









Ugutan membunuh menjadi satu 'trend' untuk berjenaka dikalangan pelajar-pelajar. Bagi mereka , ianya satu lawak sekadar hiburan tetapi tidak sedar akan implikasinya terhadap sistem keselamatan negara. LAWAK ADA HADNYA!!

Jika sebelum ini,penulis pernah membuat pendedahan mengenai pelajar universiti yang berlawak mahu bom helikopter Perdana Menteri, baru-baru ini rakan blogger membuat satu lagi pendedahan akan seorang lagi yang mahu tembak kapal terbang Perdana Menteri!!! (klik disini untuk ke artikel)


Pelajar yang difahamkan seorang perempuan dikatakan ditahan polis. Polis patut siasatan siswi ini dibawah akta hasutan!! Siswi yang celupar ini memuatnaikkan status facebook sebegini " butuh najib, you naik kapal terbang, nanti saya tembak kapal terbang awak"
Berikut adalah laporan Bernama :

ALOR SETAR, 19 Jan Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis hari ini, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.
Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.
"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di sini malam ini.
Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.
"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.
"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.
Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut. "Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment